Friday, November 23, 2018

Amaran Mantan Ketua Hakim Negara Berkenaan ICERD


Tiada siapa yang lebih memahami mengenai perlembagaan dan undang2 selain dari seorang hakim...

Bila seorang mantan Ketua Hakim Negara, WAJIB kita ambil perhatian setiap kata2nya kerana beliau bercakap dengan ilmu dan fakta...

Dalam rencana ini Tun Abdul Hamid menggunakan perkataan 'pengesahan' bagi 'ratification', 'mengesahkan' bagi 'to ratify' dan 'di sahkan' bagi 'ratified'...

Apakah ICERD?


ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum...

Konvensyen itu telah di buka untuk di tandatangani dan di sahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969...

Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya...

Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya termasuk Brunei dan Israel...

Tetapi dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, kerajaan PH hendak mengesahkannya sebagai memenuhi janji pilihanrayanya, khususnya kepada orang bukan Melayu...

Konvensyen itu antara lain, memperuntukkan :

Perkara 1 Fasal 1 :

Takrifan 'diskriminasi kaum' yang bermaksud 'sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan...

Ringkasnya memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi...

Perkara 1 Fasal 2 :

Ringkasnya, diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara d ibenarkan...

Perkara 1 Fasal 4 :

Ringkasnya, diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di benarkan jika ia memenuhi syarat2 yang di sebut dalam fasal ini...

Tanpa menghujahkan alasan2 lain...

Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad...

Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan 'di teruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) di ambil telah dicapai'...

Selain dari itu, jika konvensyen itu di sahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya di biarkan berterusan...

Perkara 2 Fasal 1 :

Ringkasnya, kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang2 yang mengekalkan diskriminasi kaum...

Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu di mansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah di hentikan...

Saya tiada masalah dengan Perkara 3 kerana kita tidak pernah mengamalkan apartheid...

Perkara 5 :

Ia menghendaki Negara Pihak (negara2 yang mengesahkan Konvensyen ini) menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya, hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara, hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula...

Hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama2 orang lain...

Hak untuk mewarisi harta...

Hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain2...

Semuanya sudah pun di peruntukkan dalam Perlembagaan kita...

Kita tidak ada masalah dengannya...

Di manakah ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Penjelasannya

Pertama :

Takrifan diskriminasi kaum...

Ia jelas bercanggah dengan :

Perkara 8(4)(f) :


Yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu...

Perkara 89 :

Mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu...

Perkara 153 :

Mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang di berikan atau di adakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana2 antara negeri Sabah dan Sarawak...

Apakah Akibatnya Jika Malaysia Mengesahkan Konvensyen Ini


Dengan pengesahan kita, dengan rasminya, menerima kandungan konvensyen itu...

Maka semua undang2 kita, termasuk Perlembagaan, akan terpaksa di pinda atau di mansuhkan...

Segala peruntukan yang memberi keistmewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah di mansuhkan atau di pinda...

Pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang di berikan atau di adakan oleh Kerajaan Persekutuan dan pemberian permit atau lesen dan sebagainya TIDAK BOLEH mengikut kuota orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi...

PNB yang mengeluarkan Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Nasional dan lain2 yang khusus untuk Bumiputra akan di tutup atau semua produknya di buka kepada orang bukan Melayu dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak...

UiTM, Maktab Rendak Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA dan yang serupa dengannya akan di tutup atau di buka kepada semua...

Tanah rizab Melayu akan di hapuskan...

Rejimen Askar Melayu akan di bubar...

Biasanya, saya tidak mahu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja2 Melayu dalam hal politik...

Tetapi mempertahankan tanggungjawab dan kuasa Raja2 Melayu bukanlah isu politik...

Ia isu keperlembagaan...

Perkara 153 (1) Memperuntukkan :


Menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana2 antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum3 lain mengikut peruntukan Perkara ini...

Perhatikan klausa *Menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu*...

Perkara 153 Fasal (2) :

Yang di-Pertuan Agong  menjalankan fungsinya mengikut apa3 cara yang perlu bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan di buat perizaban bagi mereka mengikut kadar yang di fikirkan munasabah oleh baginda mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan dan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang di berikan atau di adakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga mengenai permit dan lesen...

Perkara 153 Fasal (3) :

Bagi memastikan perizaban yang di sebut dalam fasal (2) itu di buat, Yang Di Pertuan Agong boleh memberi apa2 arahan am yang perlu kepada mana3 Suruhanjaya atau pihak berkuasa yang di pertanggungkan mengenai pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu...

Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah MEMATUHI arahan itu dengan sewajarnya...

Perkara 153 Fasal (6) :

Memberi kuasa kepada Yang Di Pertuan Agong untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak mengikut kadar yang di fikirkan munasabah oleh baginda mengenai permit atau lesen yang di perlukan bagi mengendalikan apa2 pertukangan atau perniagaan yang di peruntukkan dalam undang2 Persekutuan yang sedia ada...

Pihak berkuasa itu di kehendaki MEMATUHI  arahan itu dengan sewajarnya...

Perkara 153 Fasal (8A) :

Yang Di Pertuan Agong di beri kuasa untuk memberi apa2 arahan yang perlu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban kadar yang di fikirkan munasabah oleh baginda mengenai tempat2 di universiti, kolej atau institusi pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak...

Pihak berkuasa berkenaan hendaklah MEMATUHI arahan itu dengan sewajarnya...

Perlu di ambil perhatian bahawa peruntukan yang sama dengan Perkara 153 itu terdapat juga dalam perlembagaan2 negeri2, termasuk Sabah dan Sarawak yang menggantikan perkataan 'Melayu' dengan 'anak negeri' (natives)...

Tetapi apa yang sangat mengejutkan ialah peruntukan yang sama tidak terdapat dalam Perlembagaan negeri Pulau Pinang...

Hanya satu alasan yang saya boleh berikan.

Semua Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak Merdeka adalah daripada parti MCA, Gerakan dan DAP...

Walau pun di luar mereka musuh politik, tapi mereka sependapat mengenai hak keistimewaan orang Melayu...

Maka, walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan peruntukan seperti Parkara 153 di masukkan ke dalam Perlembagaan negeri2, mereka tidak melakukannya...

Itu satu pengajaran kepada orang Melayu tetapi orang Melayu tidak akan mempelajarinya...

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menghapuskan hak keistimewaan mereka sendiri!!!

Biar apa pun, bagi negeri2 lain, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri di pertanggungjawabkan untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan memastikan di buat perizaban mengenai perkara2 yang di sebut itu untuk mereka...

Maka, jika ICERD di sahkan, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan hapus, hak Yang di-Pertuan Agong, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri mempertahankannya dan memastikan ia di laksanakan juga akan di hapuskan...

Itulah kesannya...

Maka, dalam isu ini, Yang Di Pertuan Agong, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri juga perlu di nasihatkan dengan betul untuk membolehkan mereka mengambil pendirian yang betul dan tindakan yang sewajarnya, demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan negeri2, hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak dan tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri melindunginya...

Apa yang orang bukan Melayu beri sebagai ganti?

Apa yang tercatat dalam perlembagaan sebagai hak mereka kekal sebagai hak mereka...

Apa yang tercatat sebagai hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, di kongsi...

Dalam kata2 lain, hak aku hak aku, hak kamu hak kita...

Adakah syarikat2 mereka akan di buka kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Saya katakan tidak!!!

Jika di buka pun, mereka akan meletakkan syarat mestilah boleh menguasai Bahasa Mandarin dan tidak boleh memakai hijab!!!

Itu dengan sendirinya akan menghalang orang Melayu dan anak2 negeri Sabah dan Sarawak daripada di terima berkhidmat dalam syarikat2 mereka...


Selain itu, mereka akan menggunakan bahasa Cina sesama mereka...

Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan terpinggir juga...

Gaji lebih rendah!!!

Peluang kenaikan pangkat tidak ada...

Cubalah membuka satu perniagaan yang di fikirkan akan bersaing dengan perniagaan mereka dan alamilah tindak balas seluruh masyarakat perniagaan mereka...

Itu bukan diskriminasikah!!!

Memandangkan kesannya yang terlalu besar itulah maka selama 50 tahun kerajaan BN tidak mengesahkan konvensyen itu...

Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan Peguam2 Negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu...

Perlu di ambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri...

Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu...

Bagaimana sekarang?

Sekarang, dengan Waytha Moorthy, Pengerusi HINDRAF sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial...

Tommy Thomas sebagai Peguam Negara...

DAP sebagai parti dominan dalam PH walau pun PH menafikannya...

Pemimpin2 Amanah seperti masih khayal dengan kemenangan dan jawatan menteri...

Pemimpin2 PKR sibuk berebut jawatan dalan parti...

Dr. Mahathir cuba menyesuaikan diri dengan fahaman liberal dan sosialis DAP...

Kebencian terhadap Datuk Seri Najib sampai ke tahap apa yang di buat oleh kerajaan BN termasuk 22 tahun yang di lakukan oleh Dr. Mahathir sendiri, semuanya salah...

Beberapa orang menteri kerajaan PH yang tidak pernah merasakan kuasa dan kedudukan cuba menjadi juara masyarakat mereka sendiri...

Iri hati dan dendam terhadap orang Melayu dan janji pilihanraya PH...

Dengan itu semua, maka kerajaan PH bersedia untuk mengesahkan konvensyen itu!!!

Para pemimpin Melayu dalam PH, sama ada dari Amanah, PKR atau pun Bersatu, terus membisu...

Saya tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita...

Namun, bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan?

Saya katakan bahawa pengecualian (reservation) seperti itu akan di bantah oleh negara2 lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum...

Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu!!!

Jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang di sebut itu akan di kekalkan (jika boleh, saya kata tidak boleh), untuk apa konvesyen itu hendak di sahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak di sahkan?

Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan2 bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan2 itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948...

Jika tidak cukup tambahkan sahaja...

Peliknya, Akta Hasutan hendak di mansuhkan...

Konvensyen itu hendak di sahkan...

Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak di sahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang di berikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak itu, DI HAPUSKAN SAMA SEKALI!!!

Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, bagi mengelakkan bantahan...

Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153...

ITU ADALAH SATU PEMBOHONGAN!!!

Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan...

Dalam kata× lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai...

Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud!!!

ITU ADALAH HUJAH YANG MELESET!!!

Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153...

Perkara ini, orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar!!!


Sebenarnya, pelantikan Waytha Moorthy sebagai menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) adalah satu kesilapan yang besar!!!

Beliau adalah generasi pertama kelahiran Malaysia, lahir kira2 3 tahun selepas penubuhan Malaysia...

Beliau, malah, besar kemungkinan, ibu bapanya juga, tidak melalui sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini dan menghayati mengapa peruntukan mengenai Tanah Rizab Malayu, Regimen Askar Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan...

Beliau marah kerana tidak di terima untuk belajar undang2 di universiti awam Malaysia...

Dia sangat berdendam...


Maka, setelah menjadi seorang peguam, beliau menubuh HINDRAF...

Imejnya sebagai Pengerusi HINDRAF sangat bertentangan dengan mesej perpaduan...

HINDRAF melambangkan pemberontakan satu kaum yang di tindas oleh kaum majoriti...

Kehadirannya untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Negara dengan di temani oleh seorang sahabat karibnya dengan rupa (patut atau tidak di panggil hantu) sudah cukup untuk merenggang masyarakat majoriti Melayu/Islam daripadanya...

Tanpa masyarakat majoriti, perpaduan tidak mungkin tercapai...

Maka, tidak hairanlah jika, sebagai seorang menteri, beliau terus melaksanakan agenda HINDRAF...

Saya katakan, beliau akan menyebabkan perpecahan, malah permusuhan antara kaum, bukan menyatupadukan mereka...

Kepada anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, bahawa untung rugi mereka adalah bersama orang Melayu dalam hal ini...

Jangan kerana benci kepada orang Melayu atas isu agama hingga terlupa isu yang lebih besar...

Kepada pemimpin2 Melayu dalam PKR, Bersatu dan Amanah saya minta, nyatakan pendirian masing2...

Orang Melayu ingin tahu apa pendirian anda semua!!!

Kepada kerajaan PH saya ingin bertanya, adakah ia benar2 hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Jika, ya, cakap terus terang supaya semua orang tahu...

Jangan berselindung di sebalik konvensyen itu...

Kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, kebanyakan kamu (termasuk saya) hanya baru keluar dari kampung atau pedalaman satu atau dua generasi...

Jangan lupa daratan...

Tanya diri sendiri tanpa Perkara 153,
Dasar Ekonomi Baru, MARA, FELDA, PNB, UiTM, Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA, Asrama Desa dan lain2...

DI MANA KAMU SEKARANG!!!

Jangan bodoh sombong nanti jadi Red Indians di negera sendiri!!!

Kepada kumpulan yang memperjuangkan pengesahan ICERD, saya katakan janganlah menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara pariah yang enggan mengesahkan konvensyen2 antarabangsa...

Sebagai misalan, Amerika Syarikat belum mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979) dan Konensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989)...

Malaysia telah pun mengesahkannya...

Saya telah katakan apa yang saya hendak katakan...

Terserahlah kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak memikirkannya dan mengambil pendirian masing2 dan secara berkumpulan...


Ingat, orang Melayu seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Dato’ Maharaja Lela, Tok Janggut, Dol Said, Rosli Dobi, Antanum, Mat Salleh  dan lain2, dalam serba kekurangan, bangun menentang penjajahan British!!!

Ingat, apabila Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dan askar2 British lari bertempiaran menyelamatkan diri...

Siapakah yang bangun berjuang kalau bukan askar2 Melayu yang di ketuai oleh, antara lain,  Leftenan Adnan hingga ke titisan darah terakhir!!!

Ingat, dalam tahun 1946, walau pun dalam keadaan kemiskinan, tanpa pelajaran dan jawatan tinggi, tanpa kenderaan walaupun basikal, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga ia di tarik balik...

Ingat, selepas itu, anak muda Melayulah yang mengangkat senjata menentang pemberontakan kominis...

Ingat, itu di ikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan...

Ingat, demi untuk mencapai kemerdekaan, orang Melayu sanggup bertolak ansur hingga tinggallah sedikit hak mereka yang di persetujui dan termaktub dalam Perlembagaan...

Adakah, hari ini, setelah menikmati hasil kemerdekaan selama 60 tahun, kita, dengan rela, akan menyerahkan segala2nya?

Adakah demi rasa malu kerana kononnya di anggap rasis (walau pun hakikatnya kita hanya mempertahankan kita), maka kita akan biarkan perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita berkubur!!!

Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah ada yang kerana ingin merampas hak orang lain...

Adakah kita dengan rela, akan menyerahkan hak kita?

KITA BUKAN HENDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN!!!

Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah di persetujui dan termaktub dalam perlembagaan...

Kita mempertahankan peruntukan perlembagaan yang sedia ada...

Pelampaukah kita?

Rasiskah kita?

Alhamdullilah Bekas Ketua Hakim Negara telah menolong umat Melayu Islam untuk memahami kesan malapetaka jika ICERD di tandatangani...

Walaupun panjang, bacalah untuk kebaikan anak cucu Melayu Islam kita semua....



Dari tulisan asal :

Tun Abdul Hamid Mohamad

Bekas Ketua Hakim Negara Malaysia
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

0 comments:

fda

Archives