Friday, November 2, 2018

Insentif Kepada Rakyat Dan PKS Bukannya Tongkat Tetapi Pemangkin Ekonomi Rakyat


Kerajaan membayangkan tiada lagi pemberian subsidi kepada rakyat termasuk kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membendung budaya terlalu bergantung kepada pihak lain serta tidak mampu berfikir...



Mahathir kata sikap bergantung kepada subsidi dan insentif adalah salah dan lebih di burukkan lagi apabila di amalkan oleh kerajaan terdahulu...



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini tidak lagi seperti kerajaan terdahulu yang selalu memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat...

Inilah yang di lakukan kerajaan terdahulu...
 


Mereka memberi wang kepada rakyat dan golongan miskin serta anda tidak perlu bekerja... 

Walaupun tidak bekerja, anda tetap mendapat RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia)...




Jika Malaysia terus menjadi sedemikian, tidak lama lagi, semua orang tidak akan mampu berfikir, tidak boleh bergerak dan tidak boleh melakukan kerja dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada subsidi,” katanya selepas merasmikan Dasar Nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI, di sini hari ini...

Merasionalisasi Subsidi Tidak Memanjakan Rakyat


Memang sangat mengejutkan bila Mahathir sendiri tak faham apa yang dia kata...

Apa yang di buat Datuk Seri Najib masa pemerintahnya ialah merasionalisasikan subsidi...

Maksudnya kerajaan menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan perkenalkan pemberian subsidi secara bersasar...

Sebagai contoh, subsidi bahan api secara pukal sebenarnya lebih beri menafaat pada golongan T40 berbanding golongan B40 dan M40...

Maksudnya, dah tentulah kenderaan seperti motor dan kereta di bawah 1600 cc yang mampu di miliki golongan B40 menggunakan bahan api yang jauh lebih sedikit dari kereta2 mewah golongan B40...

Bila subsidi bahan api di berikan secara pukal, maka golongan yang lebih banyak dapat menafaat ialah golongan T40...

Sedangkan tujuan subsidi ialah untuk membantu golongan B40 yang lebih terhimpit dengan kos sara hidup semasa berbanding golongan T40 yang menjalani kehidupan mewah...

Lebihan pendapatan kerajaan hasil dari merasionalisasikan subsidi itulah yang di agihkan kepada rakyat golongan B40 dan M40 supaya semua golongan sama2 dapat menikmati kek ekonomi negara...

Jadi mana asasnya yang Mahathir katakan BR1M, Bantuan Sara Hidup Nelayan, Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Petani, Kad Diskaun Petrol Pada Nelayan sebagai memanjakan rakyat dan menjadikan rakyat malas!!!

Lagi pun kebanyakan subsidi yang di beri berbentuk 'one off' dan bukannya sepanjang tahun...

Dan di samping meringankan beban kehidupan rakyat, sebenarnya kerajaan juga dapat menafaat sebab pemberian subsidi bersasar lebih menjimatkan perbelanjaan kerajaan...

Kegiatan penyeludupan juga dengan sendirinya akan lebih terkawal bila harga barangan keperluan di Malaysia sama dengan harga di negara2 jiran...

Menghapuskan Insentif dan Peluang Keoada PKS Akan Membunuh Industri Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Menghapuskan terus insentif dan bantuan kepada PKS ibarat menambah kekayaan pada rakyat yang dah kaya dan merampas harta rakyat miskin dan di berikan pada yang kaya...

Sediakanlah berapa banyak peluang perniagaan, pemain industri perusahaan PKS hanya akan mampu berputih mata...

Bukan kerana mereka malas tapi kerana mereka benar2 tidak berkemampuan...

BilaIns bantuan pada PKS di hentikan sepenuhnya, segala peluang perniagaan dan kekayaan akan di bolot oleh golongan T40...

Ini akan mengakibatkan berlakunya jurang perbezaan ekonomi yang lebih besar di kalangan rakyat Malaysia...

Ini bukan saja boleh menyebabkan kekacauan di kalangan masyarakat malah secara langsung boleh menggugat kestabilan negara...

Lihat apa yang telah berlaku di negara2 yang mempunyai jurang sosio ekonomi yang besar di kalangan rakyat mereka seperti negara2 di benua Afrika, Amerika Latin, Asia malah Eropah...

Tidak ada pelabur yang akan datang bawa pelaburan ke dalam negara yang dalam kekacauan...

Apa yang Mahathir terlepas pandang ialah di samping perancangan menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat, kerajaan juga harus memberikan perhatian kepada kemampuan merebut peluang yang di sediakan di kalangan rakyat...

Dan bantuan dari kerajaanlah yang akan jadi pemangkin kepada keupayaan merebut peluang yang di sediakan...

Kalau semua insentif dan bantuan kepada PKS di hentikan maka golongan B40 akan kehilangan keupayaan merebut peluang ekonomi yang di sediakan...

Janganlah kerana dendam politik maka Mahathir menjadikan marhaen sebagai mangsa!!!

0 comments:

fda

Archives