Monday, July 23, 2018

Menteri Melayu Kerajaan PH Terus Bangsatkan Orang Melayu


Masa dalam pakatan pembangkang dulu, kita semua tahu pemimpin2 PAN jadi lidah rasmi DAP...

Bila ada jer isu2 yg menyentuh sensitiviti atau kepentingan Melayu dan Islam, pemimpin PAN lah yg DAP arahkan utk keluarkan kenyataan...




Banyak contoh yg mengesahkan pemimpin PAN adalah lidah rasmi paling setia untuk DAP...

Menteri Wilayah Persekutuan, YB Abdul Khalid Samad Komen Tentang Harga Barang Naik

Tatkala mengulas mengenai kenaikan harga barang yang mendadak meski pun kerajaan melaksanakan SIFAR GST, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyatakan bahawa kenaikan tersebut tidak boleh di elakkan...

PENDOKONG PESTA ARAK tersebut tidak menyalahkan peniaga, kerajaan terdahulu atau pun mantan Perdana Menteri DS Najib Razak sebagaimana Menteri KPDNKK Saifuddin Nasution Ismail...

Khalid tak menyatakan apakah pelan dan tindakan kerajaan mengatasi kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat...

Tapi Khalid menyatakan bahawa 'era orang Melayu bergantung kepada kerajaan sudah berakhir'...

Apakah 'bergantung' yg di maksudkan Khalid ialah semua jenis bantuan dan perkhidmatan yg selama ini kerajaan hulurkan pd orang Melayu...

Kalau kerajaan sekarang dah tak nak berikan bantuan dan perkhidmatan pd org Melayu, adakah ianya hanya akan di berikan pd org bukan Melayu jer!!!

Dan apa pula kaitan bantuan dan perkhidmatan kerajaan pd org Melayu dgn kenaikan harga barangan yg tak dapat di kawal lagi...

Peringatan DS Najib Menjadi Kenyataan


Kenyataan beliau tersebut mengingatkan saya pada kata2 mantan perdana menteri DS Najib Razak bahawa orang Melayu akan terbangsat apabila UMNO hilang kuasa.

Kenyataan Khalid tersebut sekaligus membina kefahaman diri saya mengapa barangan mewah seperti helikopter, jet ski dan sebagainya yang tidak mampu di miliki oleh majoriti Melayu TIDAK DIKENAKAN CUKAI SST.

Menteri Melayu Yang Memperlekehkan Orang Melayu


Terdahulu, menteri pendidikan Dr. Maszlee Malik menyatakan bahawa orang Melayu tidak boleh hidup TANPA BR1M...

Kenapa Menteri Melayu Hina Bangsa Mereka Sendiri

Orang-orang Melayu, umat Islam, kaum Peribumi, Orang Asal (Asli) serta Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak harus berkecil hati dengan kenyataan2 menteri kerajaan PH dalam perkara ini...

Selaku kaum majoriti yang mendiami tanahair ini sejak ribuan tahun lalu, kita perlu sedar dan insaf bahawa 95% pengundi Cina mengundi Pakatan Harapan pada PRU 14 lalu...

Justeru itu, amatlah wajar para menteri kerajaan hari ini membalas budi kaum Cina tersebut dan menafikan hak-hak anda sebagai kaum MAJORITI MALAYSIA yang tidak mengundi Pakatan Harapan...

Tapi apa yang kita kesalkan ialah apabila menteri2 dari bangsa kita sendiri mengeluarkan kenyataan menghina dan memperlekehkan bangsa mereka sendiri...

Apakah sikap yg di tunjukkan oleh menteri2 berkenaan sebagai luahan kemarahan mereka pd org Melayu yg masih memberi undi pd BN pd PRU 14 yg lepas...

Atau ianya sebagai ucapan terimakasih mereka yg tak terhingga pd DAP dan bangsa lain yg memberi mereka peluang utk memegang jawatan menteri...

Walaubagaimana pun, tidak salah sekiranya anda masih mengharapkan bantuan dan sokongan mereka, manalah tahu jika di beri borang keahlian parti Pakatan Harapan sebelum di bantu.

Maklumlah mereka hanya ada 25% sahaja, TERSISIH dari arus perdana umat Islam dan Melayu Bumiputera...

0 comments:

fda

Archives