Sunday, July 15, 2018

Bab Rompak Keretapi, LGE Menteri Kewangan 'TERBAIK' di Planet


Kalau aku gunakan perkataan 'bersyukur', nanti ada yg kata aku 'kaki kipas' kerajaan Pakatan Harapan terutamanya menteri kewangan 'terbaik' dalam sejarah Malaysia...😂😂😂

Jadi, aku gunakan perkataan 'bertuah' jerlah...

Seyes der, rakyat Malaysia mmg sangat2 'bertuah' sbb dapat menteri kewangan yg  licik mcm belut...

Sebab apa aku cakap cam tu, korang baca dan cuba fahamkan 'kehebatan' Guan Eng sejak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang lagi...

Cara Guan Eng Dengan DAP 'JIMATKAN' Duit Rakyat

Dalam sejarah Malaysia mungkin dunia, belum ada manusia sehebat Lim Guan Eng...

Tak cayer, cuba korang baca...

Projek Terowong Pulau Pinang


Mesti korang ingat lagi ttg isu Terowong Pulau Pinang...

Secara ringkas ttg skandal tu, keseluruhan kos yg LGE umumkan ialah RM6.34 billion...

Yang syahdunya, lepas beratus juta aset milik kerajaan Pulau Pinang di serahkan pada konsortium pemaju, hasil yang dapat Guan Eng bagi ialah kertas kajian kebolehlaksanaan projek yang tak siap2 sampai hari nie!!!

Tapi tanah yg dah bertukar milik tu dah pun mula di majukan untuk projek perumahan mewah...


Seyes, aku hengatkan bila dah kecoh2, projek tu batal...

Ye lah, katanya SPRM dah serbu 7 pejabat kerajaan Pulau Pinanglah...

SPRM dah ambil keterangan saksilah...

Tapi bila kerajaan pusat bertukar tangan, tetiba Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Chow Kon Yeow umumkan projek tu dah di kaji semula dan akan di teruskan...

Tentu 'dungku dangkak' dia org kaji projek tu kan...

Bukan senang nak kurangkan kos sampai 50% derr...

Kos baru regernya ialah RM10 billion!!!

Matematik aku memang lemah sebab cikgu matematik aku meninggal dunia masa umur dia muda...😭😭😭

Tapi tak lah sampai bodoh tahap gaban matematik aku tuu...😉😉😉

Chow Kon Yeow cakap lepas di kaji semula, kos tu dah di kurangkan dari RM20 billion ke RM10 billion, maknanya pengurangan 50%!!!

Tapiii...

Guan Eng umumkan dulu kos asal keseluruhan RM6.34 billion...

Bila masa pula kos tu boleh naik sampai 400% pada RM20 billion!!!

Kos baru yg kononnya dah di jimatkan sampai 50% ialah RM10 billion...

Kalau dulu kos tu RM6.34 billion dan sekarang dah jadi RM10 billion, apa ker jadah yang di jimatkan!!!

Dah tu, banyak pembinaan masa kos RM6.34 billion tak akan di buat dengan kos 'super jimat' yg baru nie!!!

Tak cayer, baca kat sini :
Perancangan berserta 'package' projek Terowong Pulau Pinang Dengan Harga Runtuh...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Terror dia org kan...💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️

Projek ECRL



Tak perlu rasanya 'di perkenalkan' projek yang bermula dari idea mantan PM 6, Dato' Sri Najib Razak...

Bagi aku, apa yang menarik tentang projek ECRL nie...

Mula2 di umumkan projek nie batal sebab kos yang terlalu tinggi, Guan Eng kata kerajaan tak mampu nak teruskan...

Lepas tu pulak, Guan Eng kata projek ECRL di tangguhkan pada satu masa yang sesuai (kononnya bila gomen dah banyak duit ler gamaknyer)...

Lepas tu pulak, Guan Eng umumkan projek nie di kaji semula kos keseluruhannya...

Statement yg paling 'win' ialah projek nie akan di teruskam dengan kos baru iaitu RM70 billion!!!


Power tak Guan Eng derrr...

Kos asal RM55 billion, Guan Eng cakap kerajaan tak der duit...

Bila kos berubah jadi RM70 billion, Guan Wng cakap, teruskan...😉😉😉

Projek HSR Singapura ~ Kuala Lumpur


Satu lagi cetusan idea dari Najib era kerajaan BN...

Tapi bila kerajaan PH ambil alih, skrip dia sama jer mcm projek Terowong Pulau Pinang, ECRL...

Kos asal era Najib ialah RM72 billion...

Guan Eng cakap kos tu tinggi sangat, mana kerajaan ada duit!!!

PM pula tambah, projek tu membazir sebab landasan pendek tapi kos tinggi...

Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) pula kata, kos tu boleh di kaji balik dgn beberapa pengubahsuaian landskap dan projek bertujuan utk jimatkan kos...

MPK (Majlis Pencacai Kerepot) pun buat cadangan canggih yg di gelakkan Singapura, kos dapat di kurangkan dari RM72 billion kepada RM110 billion!!!

Guan Eng pun kata 'cun', kita dah dapat jimatkan kos pembinaan projek HSR...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Hebatkan Guan Eng!!!

Projek LRT 3


Nie lagi satu drama swasta dari Tokong Production...

Projek yg dah di rangka dari era Najib dengan kos RM9 billion terpaksa Guan Eng kaji semula...

Kesian kat Guan Eng kan...

Semua projek mega dia kena kaji semula utk 'kurangkan' kos...

Kaji punya kaji, Guan Eng dapat jimatkan sebanyak 47% kos pembinaan...😂😂😂

Tapi macam biasalah...

Kos RM9 billion tu pada kajian pertama melonjak ke RM31.5 billion...

Jadi buatlah kajian kedua...

Bila siap kajian kedua, Guan Eng sekali lagi dgn muka bajet 'wira negara' umumkan kos harga runtuh RM16.3 billion, penjimatan 47% dari kos asal RM31.5 billion...


Hakikatnya 'penjimatan' yang Guan Eng umumkan tu ialah peningkatan perbelanjaan dari kos asal...

Rakyat Memilih Kerajaan Yang Mahu Rakyat Berkhidmat Untuk Mereka

Itulah kehebatan Guan Eng dan kerajaan PH...

Tak heranlah hutang negara tiba2 meningkat dari RM686.6 billion kepada RM1.1 trilion!!!

Ingat yer, bila Guan Eng kata nak kaji semula maka tunggulah 'berita gembira' tentang kenaikan RM yang akan di belanjakan...

Semua kos yang dia orang naikkan tu yang akan menanggungnya ialah rakyat dalam berbagai bentuk...

Yang pasti tak cukup beberapa tahun jer utk kita bayar balik kenaikan kos tu...

Pasti akan memakan masa puluhan tahun kita akan bayar kenaikan membabi buta kos tu...

Jadi sebagai rakyat Malaysia, dah tentu patut kita berterima kasih atas 'KEBIJAKSANAAN' Lim Guan Eng menguruskan kewangan negara...

0 comments:

fda

Archives