Tuesday, July 17, 2018

Jepun Persoalkan Dengan Dasar Dr. Mahathir


Akhbar berpengaruh Jepun, Nikkei Asian Review mendakwa dana saham terus mengalir keluar dari Malaysia disebabkan pelabur tetap tidak yakin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju...

Akhbar kewangan terbesar di dunia dengan edaran lebih tiga juta naskah itu melaporkan, dasar2 kewangan yang tidak kukuh termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan masih menyaksikan penurunan sekarang...

Nilai Ringgit Semakin Menyusut




Nilai Ringgit semakin lemah hingga melebihi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hingga akhir Jun, ketika wujud kebimbangan mengenai kemampuan kewangan negara...

Katanya, ringgit stabil sejurus selepas Dr. Mahathir mengambil alih jawatan pada Mei kerana pelabur percaya  beliau boleh memberi lebih tumpuan kepada pasaran setelah membawa Malaysia keluar ketika kegawatan ekonomi pada akhir 1980-an...

Kegopohan Mengumumkan Penilaian Semula Hutang Negara Beri Kesan Negatif Pada Ekonomi


Kenyataan bahawa hutang kerajaan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya di percayai lebih daripada RM1 trilion menyebabkan keadaan semakin buruk...

Menurut akhbar itu lagi, kerajaan tidak memberi banyak keyakinan dari segi dasar ekonomi baharu...

Sebaliknya, Dr. Mahathir telah melaksanakan semula dasar2 yang di amalkannya semasa menjadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003...


Penanda aras indeks FBM KLCI yang kukuh sejak awal tahun, turut jatuh selepas Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dan sejak itu merudum 10 peratus...

Baca di sini :
Kerajaan PH Gagal Pulihkan Pasaran Saham

Ketegangan Hubungan Malaysia-China Dan Pengumuman Penghapusan GST Memburukkan Keadaan Ekonomi



Selepas dua bulan, kerajaan telah memenuhi manifesto untuk menghapuskan GST tetapi ia juga menambah kebimbangan mengenai hasil kewangan negara...

Baca di sini :
Hapuskan GST Menjejaskan Ekonomi Negara

Dan di sini :
GST Sifar Malaysia Di Tertawakan Dunia

Dasar Yang Tidak Relevan Dan Konsisten Menggugat Keyakinan Pelabur

Malah, ketegangan antara AS dan China semakin memberi tekanan kepada pasaran saham Asia dan dasar kerajaan baharu turut menyumbang kepada penurunan itu di Malaysia...

Kerajaan juga menilai semula projek infrastruktur utama yang di laksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu...

Projek kereta api berkelajuan tinggi yang melibatkan Singapura menjadi mangsa kepada perubahan dasar tersebut dengan saham-saham berkaitan infrastruktur itu seperti YTL jatuh...

Selain itu, menurut laporan Nikkei Asian Review lagi, Dr. Mahathir tidak berhenti2 menangani tanggungjawab kerajaan untuk memerangi rasuah sehinggalah Najib telah di dakwa atas tuduhan menggelapkan dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Kerajaan tidak memberi banyak keyakinan dari segi dasar ekonomi baharu tetapi sebaliknya Dr. Mahathir telah melaksanakan semula dasar-dasar yang di amalkannya semasa menjadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003.

Ini termasuk mencari ruang untuk membentuk sebuah syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang baharu dan mempelajari amalan kawalan kualiti Jepun sebagai sebahagian daripada Dasar Pandang ke Timur yang di perbaharui...

Tetapi dengan perubahan industri automotif global yang sentiasa berubah, sebarang usaha baharu akan berdepan dengan prospek kejayaan yang tidak jelas...

Proton Holdings, yang di tubuhkan Dr. Mahathir sebelum ini adalah usaha untuk mewujudkan sebuah kereta kebangsaan, tetapi sukar untuk mencapai kejayaan sebaliknya menghadapi jualan yang lembap sejak kebelakangan ini...

Syarikat itu kini dimiliki 49.9% oleh China’s Zhejiang Geely Holding Group...

Dari sumber asal :

http://www.agendadaily.com/bahasa-malaysia/isu-semasa/fokus/31441-media-jepun-kata-pelabur-tak-yakin-dengan-dasar-dr-mahathir.html

https://www.thethirdforce.net/nikkei-asian-review-pelabur-tak-yakin-dengan-dasar-dr-mahathir/

0 comments:

fda

Archives