Monday, July 16, 2018

Kerajaan PH Sibuk Kaji Projek Mega Tapi Biarkan Petani Dengan Nelayan Mengah!!!

'KEPRIHATINAN' KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PADA GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN

Sejak ambil alih penerintahan dari bekas kerajaan Barisan Nasional pada 9hb Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan yg di ketuai Tun Dr. Mahathir berterusan berikan 'hadiah' istimewa pada rakyat...

Keghairahan Dan Kegopohan Kerajaan PH Bawa Padah Pada Ekonomi Negara


Sebab ghairah sangat nak buktikan tuduhan PH ke atas mantan kerajaan BN khususnya Dato' Sri Najib Razak, akhirnya Malaysia di landa malapetaka ekonomi yg menyebabkan mantan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat teguran kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng...

Baca di sini :
Anwar Tegur Lim Guan Eng

Memburukkan keadaan ekonomi negara bila kerajaan PH seolah2 sengaja menimbulkan ketegangan hubungan dengan kuasa ekonomi dunia, China...

Beberapa projek yang dah di tandatangani oleh mantan kerajaan BN, di katakan akan di batalkan, di kaji semula dan akhirnya di serahkan pada pihak lain yang membangkitkan kemarahan kerajaan China kepada Malaysia...

Baca di sini :
Risiko Membatalkan Projek Yang Telah Di Persetujui Dengan China

Juga di sini :
Kerajaan PH Cuba Main Api Dengan Kuasa Ekonomi Dunia, China

Dendam Kerajaan PH Pada BN Dan Najib Menbuatkan Rakyat Terus Menderita

Tak cukup dengan kemusnahan ekonomi yang di buat akibat sikap gelojoh kerajaan PH, dendam pada mantan kerajaan BN terutamanya pada Najib menambahkan penderitaan rakyat marhaen...

Dengan menjajakan cerita yang kononnya hutang sebenar negara ialah RM1.1 trilion berbanding RM686.6 bilion yg mantan kerajaan era BN umumkan, kerajaan PH secara segera berikan 'hadiah istimewa' pada 2 kelompok masyarakat iaitu penjawat awam dan penggiat industri pertanian negara, petani dan nelayan...

Berita 'Gembira' Kepada Penjawat Awam



Dalam kemeriahan nak sambut Hari Raya Aidil Fitri, dalam keseronokan sebahagian besar penjawat awam yg mengundi PH dalam PRU 14 melihat BN tumbang dan dalam mengira2 jumlah bonus yang akan kerajaan baru PH bagi, maka lengkaplah 'keseronokan' mereka saat di berikan notis perberhentian kerja 24 jam oleh kerajaan PH yang baru...

Baca di sini :
Aidil Fitri Paling Sedih Untuk Penjawat Awam Dan Keluarga Mereka

17000 penjawat awam berstatus kontrak di berhentikan serta merta...

Yang masih tak di berhentikan terus berdebar menanti sama ada nama dan jawatan mereka tersenarai atau tak utk dapat 'bonus' Pilihanraya dan Hari Raya...

Alasan kerajaan PH ialah mereka semua lantikan politik mantan kerajaan BN...

Dengar khabar, guru KAFA, anggota SPAD malah imam dgn bilal pun ada yg kena pecat...

Tak tahulah macam mana kerajaan PH kaitkan golongan2 tu dengan aktiviti politik...

Nasib baik tak di tuduh terlibat dalam aktiviti pengganas...😂😂😂

Bila ramai yang bersuara, kerajaan PH cakap kerajaan tak mampu nak bayar gaji sebab hutang negara RM1.1 trilion...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Golongan Dalam Industri Pertanian Pun Jadi Mangsa

Bila industri pertanian mendapat impak negatif dari tindakan2 terburu2 kerajaan PH akibat dendam dan ketidakmatangan mereka menguruskan sesuatu isu dalaman, golongan yang paling terkesan ialah golongan petani dan nelayan...

Petani Dan Peneroka Felda



Antara kesan terus yang di rasai ialah :

》Bonus raya di bayar lewat hanya selepas didesak berkali-kali oleh BN. 
Dan itupun, hanya RM400 iaitu kurang seratus berbanding dengan kerajaan dulu.

》Negara China pengimpot kedua besar minyak kelapa sawit dan getah. 

Kerajaan baru asyik mengenakan negara China dan batalkan projek mereka dalam usaha berbau politik untuk hantam Najib. 
Tak mustahil, negara China yang pada tahun lalu janji kepada kerajaan lama nak naikkan impot sawit dan getah sudah tiba2 buat u-turn dan kurangkan impot dari kita.

》Oleh kerana nak mansuhkan GST, kerajaan baru telah terdesak dan kembalikan cukai ekspot 5% ke atas minyak sawit bermula bulan Mei walaupun cukai ini sudah di hentikan oleh kerajaan BN dulu pada mula tahun. 

Cukai ini turut beri tekanan kepada permintaan dan harga minyak sawit Malaysia. 
Menteri kewangan baru kita macam tidak kisah langsung.

Oleh itu, harga dan jumlah ekspot minyak sawit dan getah telah jatuh 20% sejak PRU14.

Baca di sini :
Cukai Ekspot 5% Punca China Kurangkan Impot Komoditi Malaysia

》Di atas alasan tidak munasabah, minggu lepas semua negara2 Eropah telah memutuskan untuk melarangkan semua impot minyak sawit bagi tujuan bahanapi biodiesel pada tahun 2030. Mereka juga memutuskan akan mengurangkan impot minyak sawit bermula tahun ini sehingga tahun 2030.

Baca di sini :
Eropah Hentikan Impot Sawit Bagi Tujuan Bahanapi Bio Diesel Pada 2030

Kerajaan PH langsung tidak bersuara dan membantah langkah kejam gabungan negara2 Eropah ini macam tidak hiraukan nasib beratus ribu orang yang terlibat dalam industri pertanian utama kita.


Nasib Golongan Nelayan


Kalau penjawat awam di kejutkan dengan notis 24 jam perberhentian kerja, golongan petani terutamanya peneroka Felda di kejutkan dengan harga komoditi yang menjunam akibat kekurangan impot secara drastik dari China kerana cukai ekspot 5% yang kerajaan PH kenakan, golongan nelayan juga tak terlepas dari menerima nasib yang sama...

Dengan bermodalkan alasan hutang negara dan kononnya mahu nelayan lebih berdaya saing, Tun M mengumumkan bantuan elaun nelayan sebanyak RM300 yang mereka perolehi dari mantan kerajaan BN, di berhentikan...

Baca di sini:
Kerajaan PH Hentikan Bantuan Elaun Kepada Nelayan


Apa yang membingungkan, selepas Perdana Menteri mengumumkan pemberhentian bantuan elaun kepada nelayan, Menteri Pertanian dan Industrian Asas Tani, Salahuddin Ayob pula mengatakan pengumuman Perdana Menteri tu bukan bermaksud pada bantuan elaun bulanan pada nelayan...

Menjadi Tanggungjawab Kerajaan Membantu Rakyat Dan Bukannya Menambahkan Beban Rakyat


Siapa pun penjawat awam yang telah di berhentikan, petani dan nelayan, kerajaan sedar mereka ialah rakyat Malaysia yang bernaung di bawah kerajaan Malaysia!!!

Tanggungjawab kerajaan yang di pilih ialah membantu keseluruhan  rakyat Malaysia dan bukannya terbatas kepada penyokong parti kerajaan PH sahaja...

Apakah masa depan dan nasib penjawat awam, pekebun2 kecil, peneroka2, nelayan dan ahli keluarga masing2 akan terus di pinggirkan dan di tindas selepas BN di tumbangkan...


Apakah mereka tidak layak mendapat bantuan yang selama ini di perolehi dari mantan kerajaan BN semata2 kerana mungkin mereka bukan penyokong dan pendokong Pakatan Harapan...

Jika kerajaan PH mampu utk meneruskan projek2 mega yang di katakan telah meningkat berkali ganda dari kos asal yang di isytiharkan oleh mantan kerajaan BN maka tak ada alasan kenapa bantuan dan insentif kepada mereka hendak di berhentikan...

Projek2 mega yang menelan belanja berbilion ringgit hanya membeei munafaat kepada warga kota dan kawasan sekitarnya...

Golongan petani dan nelayan tidak mendapat apa2 munafaat dari projek2 mega tersebut...

Tapi kerajaan PH jangan lupa, wang yang akan di belanjakan utk projek tersebut juga ada sebahagiannya datang dari keringat dan airmata para penjawat awam yang di buang, petani dan nelayan yang di hentikan banyuan dan insentif kepada mereka melalui pelbagai cukai yang di kenakan ke atas mereka...

Adakah adil bila kerajaan PH menggunakan wang mereka untuk menambahkan penderitaan dalam kehidupan seharian mereka!!!





0 comments:

fda

Archives