Thursday, April 6, 2017

PKR hijack ahli PPBM?


KENYATAAN MEDIA KETUA PENAJA PPBM BAHAGIAN REMBAU, TUAN HAJI BAKLY BIN BABA

Tindakan segelintir ahli PPBM Rembau, diketuai Anas Sudin dengan kehadiran lebih kurang 30 orang pengikutnya (kebanyakan anak muda belasan tahun) mengisytiharkan keluar parti malam semalam tidak sedikitpun menjejaskan kedudukan PPBM Rembau, walaupun dia menggembar-gemburkan kononnya mereka yang keluar seramai 500 orang.

Anas Sudin mendakwa kumpulannya sebagai barisan AJK PPBM Rembau. Hakikatnya, dakwaan ini adalah palsu dan berniat untuk mengelirukan pandangan umum terhadap nama baik PPBM.

PPBM Pusat hanya baru menamakan saya sebagai Ketua Penaja Bahagian Rembau pada 31-Mac (Jumaat) yang lepas dan saya diarah oleh PPBM Pusat untuk membentuk barisan Penaja PPBM Rembau.

Kami telah bermesyuarat pada 1-April yang lalu (Sabtu) .Senarai barisan Penaja Bahagian telah siap untuk diserah ke Ibupejabat parti dalam masa terdekat. Pada peringkat awal, Anas Sudin telah dinamakan sebagai Timbalan Ketua Penaja Bahagian Rembau. Kita telah berhubung dengan dia beberapa kali tetapi dia telah menolak cadangan ini dan mengatakan dia telah mengisi borang ahli PKR.

Kami akur dengan pendiriannya dan terpaksa mengeluarkan dia dari jawatan Timbalan KB. Saya ingin menjelaskan keadaan sebenar berkaitan situasi yang sedang cuba dikelirukan oleh Anas Sudin.

Dakwaan yang mengatakan PPBM Rembau akan ditutup tidak berasas sama sekali. Cawangan PPBM belum pun diwujudkan lagi. Yang ada hanya Jawatankuasa penaja PPBM Rembau yang baru saja diperakukan dalam mesyuarat 1 April barubaru ini.

Kami mengecam keras tindakan Anas yang cuba mengharu-biru dan mengelirukan ahli PPBM Rembau sebaik sahaja mengetahui dirinya tidak dilantik sebagai Ketua Penaja Bahagian.

Kami mendapat maklumat dia akan membawa ramai ahli keluar dari PPBM untuk menyertai PKR sebagai langkah memberi tekanan kepada PPBM Pusat, seterusnya berniat mahu mencalarkan imej PPBM Rembau pada pandangan umum.

Persoalannya kenapa dia berusaha membawa penyokong menyertai PKR ? Kenapa tidak menyertai semula UMNO? Tindakan ini bertujuan untuk melaga-laga dan memecahbelahkan keakraban hubungan parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Dalam sidang media yang dibuat semalam, Anas Sudin mengatakan dia keluar PPBM dan tidak menyatakan pendirian untuk menyertai mana-mana parti, sedangkan bukti jelas menunjukkan beliau bukan sahaja menganggotai PKR malah telah mengajak ahli-ahli PPBM mengisi borang PKR dan telahpun mewujudkan Grup WA Aktivis PKR Dun Paroi. 

Tindakan Anas Sudin ini jelas cuba memutarbelitkan kenyataan sebenar yang dilakukannya bagi tujuan meraih simpati umum .

Hingga kini kami beryakinan tindakan Anas Sudin ini tidak akan menjejaskan kedudukan PPBM Rembau khususnya. Ahli PPBM Rembau sedar bahawa mereka menganggotai parti ini bukan disebabkan Anas Sudin, tetapi di atas maksud yang lebih besar, iaitu untuk meyokong usaha pembetulan yang dipelopori Negarawan Tun Dr Mahathir. Kepentingan Individu sebenarnya tiada tempat didalam PPBM.

Kami yakin ahli-ahli PPBM Rembau amat matang dan tidak mudah terpedaya dengan provokasi murahan Anas Sudin.

Ahli PPBM tahu membezakan yang mana perjuangan sebenar dan yang mana satu perjuangan untuk kepentingan individu. Kami akan mengerakkan jentera PPBM Rembau di segenap peringkat bagi memberi penjelasan dan memperbetulkan kekeliruan serta dakyah yang disebar oleh kumpulan kecewa ini.

Hj Bakly Baba (016-6227873)
Ketua Penaja Bahagian PPBM Rembau
06-April-2017

Baju biru muda dah jadi PKR. Oh ... bukan lah lompat ikut Ezam dan pondan berjanggut tu.

Macam lawak ajer mamat ni. PPBM mmg bukan cerdik pun puak-puak ni ... :)

Namun, jahat juga PKR ni. PAS pun marah dengan PKR ....

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/04/pas-tentukan-hubungan-dengan-pkr-di.html

0 comments:

fda

Archives