Monday, October 17, 2016

Legasi Mahathir perabis duit rakyat tak boleh diteruskan


Kerajaan perlu berani ubah suai legasi merugikan

ARAU - Kerajaan hari ini mesti berani mengubah suai legasi kerajaan terdahulu yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa yang merugikan rakyat, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Sambil merujuk kepada Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), beliau berkata, industri automotif dalam alaf baharu sangat kompetitif dan mendorong banyak syarikat dalam bidang berkenaan untuk bergabung.

"Kita bangga Malaysia memasuki industri automotif tetapi keadaan sekarang sangat berbeza. Kita tidak lagi kompetitif malah kerajaan terpaksa memberi subsidi berbilion ringgit untuk memastikan Proton tidak gulung tikar.

"Wang subsidi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan yang memanfaatkan rakyat," kata Annuar kepada pemberita selepas memberi ceramah pada Program Penerangan Pemimpin Bersama Akar Umbi peringkat negeri di sini, hari ini.

Turut hadir pada program jelajah siri ketiga itu ialah Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Annuar berkata, beliau sendiri membuat gesaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya legasi negatif tidak kira oleh sesiapapun yang tidak lagi sesuai atau memberi kesan positif kepada rakyat hendaklah diubah suai.

"Kita tidak mampu berterusan menanggung Proton kerana wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan satu model perniagaan yang sepatutnya memilih penggabungan," katanya.

Annuar berkata, kos penswastaan yang menjadi bebanan juga harus dikaji semula supaya rakyat tidak dibebankan dengan cukai kelak.

Katanya, pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa Menara Kembar Petronas boleh diruntuhkan bagi menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

"Pembangkang memutarbelitkan kenyataan Salleh dengan memetik sebahagian sahaja kenyataan beliau sedangkan menteri berkenaan tidak langsung bermaksud mahu meruntuhkan KLCC," jelasnya.

Beliau mahu pemimpin akar umbi dan jentera penerangan Umno melengkapkan diri dengan pengetahuan supaya tidak terpengaruh dengan persepsi yang tidak benar.

"Kerja pembangkang mudah sahaja. Mereka cari salah kerajaan untuk menyerang dan kita terpaksa memberi penerangan untuk membetulkannya," kata Annuar. - Bernama


Bila projek yang disebalik ada KEPENTINGAN PERIBADI, KELUARGA, PROKSI, PEMEGANG AMANAH DAN KRONI, Mahathir mesti melenting

Baca Mahathir pusing di Snapshot 2016. http://snapshot2016.blogspot.my/2016/10/ada-tembelang-mahu-ditutup-bila-meroyan.html

5 comments:

  • Anonymous says:
    October 17, 2016 at 2:24:00 PM GMT+8

    Legasi Ajib Kor ialah menyapu duit rakyat?

  • Anonymous says:
    October 17, 2016 at 11:34:00 PM GMT+8

    Betul cakap Nuar celak. Legasi dia yg patut kita simpan. Legasi curi duit org miskin. Anak tok guru yg sesat jadi pemimpin umno. Hampas punya parti.

  • Anonymous says:
    October 18, 2016 at 10:36:00 AM GMT+8

    skrang mahathir dok sua pungkok pada anuar aljuburi

  • Raja Kumbang says:
    October 18, 2016 at 11:46:00 AM GMT+8

    Tak ada jati diri langsung, proton tu melambangkan kegigihan orang melayu dalam kejuruteraan tinggi. 1MDB tu pulak, melambangkan mcm mana sorang pm melayu boleh kena tipu dgn anak cina obese

  • Anonymous says:
    October 18, 2016 at 8:13:00 PM GMT+8

    Tu yg mamak kerala selalu cakap..
    Dia sendiri perabis wang rakyat..tol sentiasa naik..ipp yg berat sblh..skandal kewangan yg buruk..anak bangkrap boleh kaya balik..sistem kehakiman dirogol..hakim dipecat..yg berani kritik kena isa....
    Memang gila punya mamak...ptuiiih

fda

Archives