Sunday, August 7, 2016

Bersih 5.0 patut dijalankan di Pulau Pinang


BERSIH 5.0 akan diadakan bagi mendesak agar MO1 ditangkap atas tuduhan rasuah dan penyelewengan, seiringan dengan pengumuman yang dibuat oleh DOJ pada 20 Julai lalu. Sasaran jumlah yang akan hadir adalah 500,000 orang. Lokasinya tetap sama iaitu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Penganjurnya sudah tentulah BERSIH yang diterajui oleh Maria Chin Abdullah dan Ambiga.

Cuma kali ini, penyertaan Mahathir dan konco-konconya dalam demonstrasi tersebut tidak lagi dilakukan secara sorok-sorok walaupun Mahathir mungkin tidak akan berada lama kerana ketuaan dan masalah kenyanyukannya.

Baca seterusnya di http://umnotgkarang.com/mengapa-bersih-5-0-tidak-diadakan-di-pulau-pinang-walhal-lim-guan-eng-didakwa-mahkamah-kerana-rasuah-dan-salahguna-kuasa/

Jika agenda mereka adalah untuk gulingkan kerajaan yang korup, kenapa tidak adakan di Pulu Pinang di mana Lim Guan ENg telah jelas didakwa di mahkamah?


Najib belum didakwa lagi. DOJ hanya mahu tarik harta yang di "percayai" dibeli hasil duit curi. Permohonan mereka kepada mahkamah masih berdasarkan maklumat pengadu ("complainant").

Namun masih jadi persoalan kerana maklumat yang dibentangkan lebih menunjuk kepada wang melibatkan kepunyaan syarikat Arab atau syarikat JV Arab-1MDB. Duit 1MDB syarikat JV telah dipulangkan maka ia pun duit arab.

Setelah berkali-kali mengadakan Bersih, apa yang mereka capai? Jelas sekali Bersih hanya menyusahkan dan tidak mencapai apa yang mreka mahukan. SIla baca Snapshot2016 untuk hujah berkenaan ini. http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/bersih-hanya-demo-jalanan-yang-mahu.html

Adakah DOJ hanya main politik terhadap Malaysia?

Berbalik kepada Bersih 5.0, nawaitu mereka bukan berkenaan korupsi pemimpin tapi hanya mahu gulingkan kerajaan.


Bersih 5.0 yang sering bercakap berkenaan demokrasi dan institusi kerajaan kini mahu gulingkan kerajaan hanya berdasarkan andaian, fakta yang masih "one sided", menghukum sendiri, dan mengetepikan "due process".

Jika Bersih 5.0 berhujah instutusi kerajaan tidak boleh diperccayai, kini mahkamah Amerika yang mana mereka lebih percaya yang akan buat keputusan.

Apa cerita?






0 comments:

fda

Archives