Monday, August 15, 2016

5 prinsip gerakerja untuk menang PRU14


HULU SELANGOR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menggariskan lima prinsip yang boleh membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri berkata, prinsip itu ialah menyelesaikan masalah dalaman parti, turun ke bawah merungkai isu rakyat dan akar umbi, memilih calon disukai dan mampu menang, kerja keras dan jangan rasa selesa serta menyalurkan peruntukan untuk kebajikan rakyat. 

"Jika lima prinsip ini dapat kita ikuti, saya yakin kita mampu menang dalam PRU akan datang. Yang penting kita tidak boleh rasa terlalu selesa. Kerana rasa terlalu selesa, kita terlepas Selangor kepada pembangkang.


"Kita kena belajar pengalaman lalu. Tidak boleh rasa selesa. Tidak boleh menganggap 'business as usual'. Kita akan hadapi PRU-14. Adakah mahu rasa selesa lagi," katanya ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/183151

Lain nasihat Zahid Hamidi yang bernas ... sila baca Snapshot2016

0 comments:

fda

Archives