Tuesday, October 30, 2018

Muslihat Licik Mahathir Supaya Boleh Terus Berkuasa


Pendakwaan Zahid dan Najib Razak bermotif politik...

Jumlah pertuduhan merupakan rekod dunia bagi memberi gambaran betapa korupnya kerajaan BN dan betapa rakyat AMAT MEMERLUKAN MAHATHIR untuk membetulkan keadaan...

Pendakwaan Terpilih Ke Atas Pemimpin Umno


Mula2 Mahathir kata dia tak der kena mengena dengan pertuduhan yang di kenakan...

Tapi masa kat Bangkok, Mahathir menegaskan    lebih ramai lagi akan di tuduh dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah gunaan kuasa...

2 matlamat yang pasti :

》Memastikan pemimpin2 Umno terus menerus di pertontonkan pada rakyat Malaysia sebagai pemimpin yang rasuah dan korup...

Kira macam letakkan 'signboard' atau masukkan iklan UMNO DAN KORUPSI TAK BOLEH DI PISAHKAN dalam semua media...

》Hantar masej pemimpin UMNO bahawa mereka ada kes rasuah di tangan Mahathir...

Kalau tak nak kena dakwa, keluar UMNO dan masuk parti cap bunga macam Tok Pa pasti akan selamat dan sejahtera...

Politik Ugut memang strategi politik kegemaran Mahathir dulu, kini dan selamanya...

Kalau betul2 adil, kenapa hanya pemimpin UMNO jer yang kena siasat dan kena ambil tindakan...🤔🤔🤔

Tak ada pemimpin MCA, MIC atau PPBS (Sarawak) yang di siasat...🤔🤔🤔


Ingat lagi pada fenomena terkejut tak...

Siapa pencetus fenomena terkejut tuuu!!!

Menipu Fakta Hutang Dan Ekonomi Malaysia

Mahathir dengan tag team dia, Lim Guan Eng, mulakan cerikera rakyat yang bertajuk Hikayat RM1 Trilion Dan Ekonomi Negara...😛😛😛

Sedap jalan cerita nie...

Kejap RM1 trilion, lepas tu tenguk RM 1 trilion tak mengancam, upkan lagi jadi RM 1.4 trilion lepas tu nak tunjukkan KEPANDIRAN aka KEBANGANGAN Guan Eng bayar hutang negara, turunkan jadi RM800++ bilion, lepas tu bila Bank Dunia dengan BNM keluarkan kenyataan, tembelang pun pecah, kenalah berbalik pada RM686.8 bilion...

Dalam dokumen Laporan Separuh Penggal terpaksalah tulis hutang sebenar negara ialah RM686.8 billion...

Yang nie pun ada 2 matlamat :

》Mahathir nak rakyat takut dengan berita negara akan bangkrap...


Maka mamak bendahara pun merayulah dengan muka 'benyek' supaya rakyat menderma dalam Tabung Harapan Malaysia...

Maka berbondong2lah macai2 marhaen yang dungu, ibarat yang capek datang berpapah, yang buta datang berpimpin, yang buta datang bertongkat untuk dermakan hasil masygul keluarga untuk Tabung Harapan Malaysia...

Akhir kalam, Tabung Harapan Malaysia yang di katakan akan bawa harapan, akhirnya hilang dan ghaib tanpa sebarang berita...

Iskk... Iskk... Iskk...

Ramai sungguh yang kena kencing naaa...😂😂😂

》Kerajaan BN memang tak pandai jaga ekonomi negara...


Sebenarnya, ekonomi negara berada di tahap terbaik dengan Sistem Cukai GST...

Sistem cukai yang adil dan membawa pulangan yang baik untuk rakyat...

Cukai SST bukan jer berlaku ketirisan...

Tapi kerajaan juga kekurangan pendapatan menyebabkan pelbagai Projek Pembangunan dan pembayaran insentif di batalkan...

Alasan Kerajaan PH Baru Di Tubuhkan

Kerajaan PH baru memerintah 6 bulan...

Relaklah, bagi peluang dulu...

Hakikatnya menteri PH bukan jer tak der pengalaman mentadbir negara tapi sebenarnya zero knowledge, langsung tak der standard dan memalukan...

Yang ada pengalaman memerintah negeri pun, track record dia hancus...

Contohnya Lim Guan Eng, 'hancur lodoh' Pulau Pinang di buatnya!!!

Tapi yang jadi PM sekarang nie, kata dah 22 tahun perintah Malaysia dengan cemerlang, gemilang dan terbilang tapi dah 6 bulan aka setengah tahun langsung naper tak der langsung dasar yang baru untuk negara...

Kebanyakan dasar yang telah di buat oleh Kerajaan BN...

Hanya follow-thro jer...

Slogan SELAMATKAN MALAYSIA Yang Masih Belum Selamat Supaya Tiada Peralihan Kuasa Pada Anwar


Mahathir berkali2 kata Anwar Ibrahim bakal gantikan dia sebagai perdana menteri...

Mahathir akan turun dalam jangka masa 2 atau 3 tahun ini...

Lepas selamatkan Malaysia kunun, kata dia lah...

Hakikatnya Mahathir nampak tak bersedia nak turun begitu cepat.

Mungkin batang tubuh tua dia dah syok duduk kat kerusi PM tuu...

Dah selamat ker Malaysia...🤔🤔🤔

Jauh panggang dari api, makin 'telingkop haop' Malaysia nie adalah...

Jadi nie semua propaganda Mahathir untuk kekal lama sebagai perdana menteri...

Jadi satu nasihat pada Anwar, 'Katakanlah yang aku akan jadi perdana menteri adalah rekaan semata2 dan tidak ada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia'...😄😄😄

Nak tunggu Mahathir serah kuasa, hari pun malam...😂😂😂

Menarik Pemimpin Dan Ahli UMNO Supaya Menyertai PPBM Untuk Survival Peribadi


Mahathir kata :

"UMNO SUDAH TIADA"..

Bukan tu jer...

"UMNO AKAN MATI"...

Dia tambah lagi...

"RAKYAT DAH TAK SOKONG UMNO"...

Sebenarnya nie bertujuan untuk tutup kelemahan Parti PPBM yang tak banyak ahli di Bahagian dan Cawangan...

Kepimpinan di Bahagian sangat rapuh...

Peringkat Negeri Sembilan dah bubar...

Mesorat bahagian pulak asyik bergaduh, bila mesorat bergaduh, bila bergaduh mesti tengah mesorat...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Dalam Wacana Sinar Harian
Mahathir Kata Pakatan Di Sertai Oleh Parti Yang Sama Kuat
Biar Data Berbicara...😉😉😉

Kat parlimen pulak adalah 14 Ahli Parlimen jer (campur Tok Pa), jadilah jangan tak ada langsung, ye tak...

Mahathir sering di buli oleh parti DAP dan Lim Guan Eng yang ada 42 kerusi parlimen...

Mahathir dah jadi macam lembu kena cucuk hidung...

Asyik kena dengar cakap DAP dan menteri kewangan...

Kepentingan orang2 Melayu setiap hari makin terhakis...

Jawatan2 penting dalam kerajaan dan GLC, semua dia orang sapu dan WAJIB ikut kehendak DAP...

Jadi Mahathir cuba dapatkan sebanyak mungkin ahli parlimen UMNO menyertai parti PPBM untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR dalam Kerajaan Pakatan kalau ada cubaan dari blok ahli2 parlimen PKR yang menyokong Anwar Ibrahim dan nak jatuhkan Mahathir sebagai perdana menteri...

Nampak macam ada malah dah nampak jelas ada...

Menipu Keadaan Sebenar Ekonomi Negara Supaya Boleh Melakukan Rompakan Skala Besar Dengan Menjual Aset Negara


Propaganda keadaan ekonomi negara yang teruk dan tak stabil juga menyebabkan mudah bagi kerajaan PH jual idea bahawa FELCRA juga berada di paras yang bahaya...

Aset FELCRA iaitu Menara Felcra di Jalan Semarak, Kuala Lumpur perlu di jual kata Azmin Ali bagi selamatkan FELCRA...

Sebenarnya Pakatan (ada kemungkinan) mempunyai tujuan menjual aset ini pada harga bawah pasaran...

Aset yang paling penting untuk FELCRA nie pasti akan mempunyai harga yang berlipat ganda di masa akan datang...

Propaganda untuk menyelamatkan FELCRA dan lain2 GLC Kerajaan sebenarnya di jadikan peluang untuk PH MENYAMUN ASET2 NEGARA INI...

Kesimpulan

Semua muslihat licik Mahathir nie bertujuan untuk kelabukan mata rakyat negara daripada kelemahan Kerajaan PH yang tak der pengalaman mentadbir negara...

Selain daripada jadikan ALASAN AGAR JANJI2 PILIHANRAYA TAK PERLU DI TUNAIKAN!!!

Dan Rakyat tak akan 'chop' KERAJAAN PAKATAN MAHATHIR NIE, KERAJAAN PAKATAN PEMBOHONG!!!

Kita perlu bertindak menyedarkan rakyat mengenai muslihat2 licik Mahathir nie...


Ingat kata2 pujangga :

NEGARA YANG KITA ADA SEKARANG IALAH NEGARA YANG KITA PINJAM DARI GENERASI TERDAHULU DAN WAJIB KITA KEMBALIKAN KEPADA GENERASI YANG AKAN DATANG DALAM KEADAAN YANG BAIK...

Oleh itu, rakyat mesti lebih bijak menilai :

YANG MANA SATU KACA DAN YANG MANA SATU PERMATA...



Suntingan karya asal :

Tulisan DSBA

0 comments:

fda

Archives