Tuesday, October 16, 2018

Hutang Negara Bukanlah Isu Yang Boleh Di Manupulasi Untuk Dapatkan Political Mileage!!!


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta Menteri Kewangan untuk membentangkan satu kertas putih mengenai kedudukan sebenar kewangan Kerajaan Persekutuan sebelum pembentangan Bajet 2019 yang di jadual pada 2 November ini...

Kertas putih tersebut sangat penting untuk menyelaras kedudukan kewangan negara ekoran terdapat beberapa kecelaruan mengenai data yang di kemukakan oleh Menteri Kewangan dan pemimpin2 yang lain...


Menteri Kewangan dalam satu kenyataan kelmarin (13 Oktober) memberitahu kerajaan yang di pimpin oleh Barisan Nasional telah meninggalkan akaun wang tunai berjumlah RM450 juta pada 30hb April 2018...


Beliau turut mendakwa akaun hasil di satukan telah 'susut mendadak sebanyak 96% daripada jumlah asal iaitu RM 11.86 bilion pada akhir 2017'...

Penyusutan perbelanjaan mendadak perlu di perincikan supaya rakyat mengetahui apakah objek perbelanjaan yang telah di lakukan dan bagaimana kerajaan membiayai perbelanjaan mengurus dalam 'tempoh Mei hingga September 2018'...

Mat Sabu Jadi Nasi Tambah Tak Der Kuah


Menteri Pertahanan juga telah membuat satu kenyataan mengenai hutang Kerajaan Persekutuan dalam satu program di Universiti Malaya kelmarin (Sabtu, 13 Oktober)...

Beliau mendakwa nilai sebenar hutang negara jauh lebih besar dari RM1 trilion  seperti yang di nyatakan oleh Menteri Kewangan sebelum ini...


Kerajaan Persekutuan di katakan telah menyembunyikan nilai sebenar kerana jika di umumkan bimbang negara akan menjadi muflis seperti Greece...



Kenyataan Menteri Pertahanan tersebut amat serius...

Walhal, jawapan bertulis Menteri Kewangan pada 24 Julai 2018 kepada Ahli Parlimen Dungun menyatakan dengan jelas hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak 'RM 686.8 bilion pada 31 Disember 2017'...

Jawapan yang di berikan selaras dengan laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 yang telah di buat oleh Akauntan Negara Malaysia...

Sekiranya nilai sebenar hutang Kerajaan Persekutuan tidak benar dengan merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan, maka semua angka yang di laporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan 'jawapan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat adalah palsu'...

Oleh itu, bagi menangani kecelaruan ini, Menteri Kewangan mesti mengemukakan satu kertas putih untuk menyatakan kewangan negara secara tepat bagi mengelakkan kenyataan2 pemimpin negara di manipulasi...

Ia bukan perkara yang remeh sebaliknya boleh memberi implikasi buruk kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhannya...

Lim Guan Eng Mesti Berhenti Memanupulasi Jumlah Hutang Negara


Mengapa Lim Guan Eng di lihat semakin hari semakin rancak memanupulasi jumlah hutang negara?

Adakah ini sebagai persediaan untuk menghalalkan rancangan menjual aset negara terutamanya aset PNB dan Khazanah!!!

Atau adakah ini sebagai persediaan jawapan kepada kegagalan menggalas tanggungjawab membangunkan ekonomi negara yang kita lihat semakin hari semakin tenat?

Atau adakah ini sebagai salah satu strategi politik jangkamasa panjang supaya rakyat terus berikan sokongan pada PRU 15 kerana Pakatan Harapan akan di lihat sebagai hero yang menyelamatkan negara dari kerosakan kerajaan BN yang terdahulu?

Atau mungkin kerana seronok melihat kebodohan pentaksub Pakatan Harapan yang akan hadam apa saja yang datang dari Pakatan Harapan?

Apa pun alasannya, sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan Pakatan Harapan terutamanya Lim Guan Eng dan Mahathir mesti hentikan sikap memanupulasikan hutang negara...

Mereka harus sedar, bila mereka telah membentuk kerajaan, apa saja yang mereka katakan, ianya akan di lihat sebagai kenyataan rasmi yang keluar dari kerajaan Malaysia kerana mereka tidak lagi bercakap di atas kapasiti seorang Setiausaha DAP atau Pengerusi PPBM tetapi sebagai seorang Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia!!!




Suntingan dari sumber asal :

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 comments:

fda

Archives