Monday, October 8, 2018

3 Agensi Rating Sahkan Hutang RM1 Trilion Bohong!


Dalam satu hantaran di FB, mantan Perdana Menteri yang juga mantan Menteri Kewangan Terbaik Asia, Datuk Seri Najib, mengatakan tak satu pun dari ketiga2 agensi penarafan,  Moody's, Standard & Poors dan Fitch Ratings menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion...


Laporan Bank Negara Malaysia terkini juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion...

Iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir bulan 2017...

Juga bukan RM1 trilion...


Bank Dunia minggu lalu juga tidak menyebut hutang kita adalah RM1 trilion...


Tetapi minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia...

Walaupun berita ini di laporkan dengan agak meluas di luar negara (contohnya di Nikkei, media Jepun) tetapi media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya...

Minggu lepas, kerajaan juga mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos...



Eksport telah menurun manakala import naik dengan tinggi...


Menyebabkan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan...

Laporan itu juga mengesahkan eksport minyak sawit jatuh sebanyak 27% (berbanding unjuran saya pada 26%)...

 2 bulan lalu Datuk Seri Najib pernah memuatnaik dalam FB beliau dan mengatakan bahawa unjuran kejatuhan ini akan berlaku...

Antara ingatan beliau :

Banyak juga yang membimbangkan...
Lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun...
Ini mungkin disebabkan oleh GST di sifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import...

Najib juga memberi amaran melalui satu wawancara dengan portal media tempatan tentang kemungkinan Malaysia akan menghadapi defisit berganda...

Bekas menteri kewangan itu juga berkata import kini bertambah lebih cepat daripada eksport sejak kadar GST di sifarkan, selain pertambahan dalam penggunaan domestik...

"Akibatnya lebihan dagangan kita jatuh"...

"Keadaan ini dan di tambah dengan pengaliran keluar modal sejak pilihan raya yang menyebabkan lebihan akaun semasa kita merosot teruk dan memeranjatkan banyak pihak"... 

"Ia kini jatuh kepada AS$1 bilion, jauh kurang berbanding AS$15 bilion dalam suku lepas", ingatan Najib lagi...

Beliau memberi amaran tentang 'defisit berganda' sekiranya kerajaan PH membenarkan lebihan itu bertukar menjadi defisit...

Jika permintaan domestik dan import terus meningkat dalam keadaan pertumbuhan eksport merosot, kita juga boleh berhadapan dengan defisit dagangan, dan itu bermakna 3 kali defisit iaitu defisit bajet, defisit akaun semasa dan defisit dagangan luar...

Nampaknya kebimbangan Najib pada masa itu semakin menjadi kenyataan...

Najib harap kerajaan PH prihatin tentang kemungkinan berlakunya 3 defisit ini...


Sumber :

FB Datuk Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan Malaysia

0 comments:

fda

Archives