Saturday, October 13, 2018

Amaran Terakhir Kepada Raja2 Melayu Dan Orang Melayu Yang Berugama Islam Di Malaysia

Malaysia Semakin Hampir Menjadi Negara Republik Dengan Bertopengkan Slogan Malaysia Baru Di Bawah Kerajaan PH



Soal kemusnahan ekonomi, rakyat di kencing dgn janji2, kezaliman, menjarah 'Rule Of Law' dah sampai kemuncaknya...

Hari ini beberapa keputusan mesorat kabinet di umumkan seperti menghapus hukuman mati dan bubarkan beberapa pasukan khas dalam PDRM...


Tapi yang paling tragis dan akan memberi kesan paling besar pada negara kita pastinya keputusan menggantung AKTA HASUTAN!!!

Apakah kuputusan2 yang di ambil nie hanya merujuk pada ahli2 politik yang nak mengejar populariti dan berlagak mereka lebih baik dari kerajaan lama tanpa merujuk pada implikasi keselamatan dan ketenteraman awam!!!

Sedar tak pemimpin Melayu Islam dalam PH bahawa mereka sedang di pergunakan oleh musuh Melayu dan Islam!!!

Pemimpin Umno Tak Boleh Biarkan Rakyat Ibarat Anak Ayam Kehilangan Ibu


Dalam senario terbaru ini pemimpin UMNO sudah tidak ada alasan untuk berpeluk tubuh dan berdiam diri...

Kemuncak pengkhianatan kepada Raja2, bangsa dan agama sudah bermula...

Sudah sampai masanya seluruh orang Melayu Islam bangkit menentang habis2san agar AKTA INI DI KEKALKAN...

Kenapa?

Cubalah rujuk dan tanya  kepada bekas2 Ketua Polis Negara (KPN) yang masih ada dan hidup?

Jangan tanya KPN sekarang, kerana dia ni dah hilang sensitiviti sebagai KPN sebaliknya hanya mementingkan diri dia semata2...

Ini bukan kali pertama usaha menghapuskan AKTA HASUTAN di buat oleh gerakan politik dalam negara kita...

Pemimpin BN juga hampir terperangkap kerana di katakan akan dapat menarik sokongan dan undi orang Cina dan sebahagian Melayu liberal...

Hakikatnya, sekali pun AKTA HASUTAN nie dapat di hapuskan, sokongan pengundi Cina tetap tak akan menyebelahi gabungan yang di tunjangi Umno...

Pengundi Melayu masih lagi kelompok pengundi majoriti sekiranya mereka bersatu!!!

Bagaimana untuk menyatukan bangsa Melayu WAJIB menjadi agenda utama pemimpin2 Umno sekarang...

Premis asas, mengikut penjelasan bekas2 KPN dan pakar undang2 menegaskan bahawa sejak merdeka hingga sekarang, negara kita masih dapat di urus dengan baik dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam ialah kerana negara kita ada 2 akta :

  • ISA...
  • AKTA HASUTAN...
Malangnya kini kita hanya tinggal satu sahaja iaitu AKTA HASUTAN...

Kenapa Akta Hasutan Perlu Di Kekalkan?


Dalam konteks ancaman keselamatan negara dan ketenteraman awam, akta ini amat2 di perlukan sebagai akta pencegahan daripada berlaku aktiviti hasutan dan mencegah yang sudah dan sedang berlaku daripada merebak...

Sebagai negara yg berlatar belakangkan pelbagai kaum dan agama, gerakan menghasut untuk menafi hak dan membenci antara satu sama lain sama ada dari segi bangsa dan agama agak mudah tercetus...

Apatah lagi apabila wujud pula parti politik yang berasaskan kaum dan agama...

Dalam negara kita sememangnya ada parti politik yang mempunyai niat dan sering meluahkan tidak puas hati kepada Keluhuran Perlembagaan negara khususnya beberapa perkara asas yg di lihat memberi kelebihan daripada frasa tersurat yang tanpa membuat tafsiran apakah sebenarnya yang tersirat secara lebih detail mengikut tafsiran undang2...

Antara yang sering di beri tafsiran yang silap dan di momokkan kepada pengikut parti ialah :
  • Kedudukan Raja2 Melayu...
  • Hak istimewa orang Melayu...
  • Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan...
  • Kedudukan Bahasa Melayu...
Kesemua perkara2 ini jelas tidak boleh di persoalkan secara terbuka dengan niat menimbulkan kebencian dan menggangu ketenteraman awam...

Jika di dapati berlaku keadaan ini, ianya boleh di halang dan pelaku atau penganjur boleh di tahan di bawah Akta Hasutan...

Manakala Akta Hasutan pula ianya terpakai di mana2 wilayah dan premis, termasuk di dalam Parlimen...

Ini bermaksud jika ada Ahli Parlimen yang membahaskannya di dalam parlimen pun, ianya boleh di halang di bawah akta ini...

Ternyata akta ini menjadi 'prevention act' yang amat di perlukan dalam konteks negara kita...

Apatah lagi memang di kenal pasti ada parti politik yang sentiasa menjadikan matlamat politik meraka adalah mencabar perkara2 tersebut sebagai faktor penarik sokongan kepada parti politik mereka...

Banyak maklumat risikan yang di diperolehi secara 'covert' mendedahkan ada 'intention' berterusan sejak lama bukan sahaja mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan malah gerakan untuk menukarkan negara Malaysia daripada sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan ke sebuah Negara Republik...

Salah satu kaedah mereka ialah  gerakan menghapuskan Akta Hasutan telah di mulakan...

Kerana bila akta ini sudah tidak ada, maka akan memudahkan kepada golongan politik yang mempunyai intensif berbuat demikian...

Kepentingan Mempertahankan Institusi Raja2 Melayu


Di samping gerakan hasutan kepada rakyat untuk membenci Raja2, mempertikai apa sahaja keputusan yg ada kaitan dgn Melayu dan hukum Islam...

Akhirnya bila AKTA HASUTAN sudah di hapuskan maka mereka akan membahaskan pula soal kedudukan Raja2 di parlimen...

Dalam sistem demokrasi, jika akhirnya parlimen mengambil keputusan menolak kedudukan Raja2 sebagai Ketua Negara maka akan tercapailah cita2 mereka...

Jika mereka berjaya menolak Raja2, maka satu demi satu perkara yg sebelum ini tidak boleh di bahaskan seperti hak istemewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan akan dapat di nafikan dengan mudah...

Orang Melayu mesti faham dengan apa yang di maksudkan Raja Payung Negara...

Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan istimewa Ugama Islam dan Bangsa Melayu di bumi Malaysia...

Dan kedudukan istimewa ini tidak boleh di cabar di dalam mahkamah kerana ianya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan...

Walau pun sekiranya Dewan Rakyat mendapat majoriti 2/3 dari undian ahli dewan namun Perkara 3 dan Perkara 153 masih lagi tidak boleh di gubal apa lagi di mansuhkan tanpa perkenan Majlis Raja2...

Kini cubaan golongan yang tetap bercita2 menukar negara ini kepada negara republik dan menghapuskan Raja2, menghapuskan hak istemewa orang Melayu, mencabar Islam sebagai Agama Persekutuan akhirnya di lihat mula berjaya dan memberi kemenangan kepada mereka di bawah kerajaan PH di bawah slogan Malaysia Baru dgn langkah pertamanya menggantung AKTA HASUTAN...

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada


Jika petaka ini tidak di halang, ianya akan menjadi mala petaka terbesar kepada negara Malaysia...

Pemimpin2 Melayu sama ada pemimpin politik, NGO dan apa sahaja perlu segera mengadap Raja2 Melayu untuk menyembah maklum tentang keadaan ini dan kita mengharapkan Duli2 Yang Maha Mulia Raja2 akan mengambil tindakan segera menghalang cita2 politik yang amat jahat ini...

Jangan lagi leka, kita harus segera bangkit sebelum segala2nya terlambat...

In Sya Allah, bila bangsa Melayu bangkit dan di sokong dengan kebangkitan pemimpin2 Melayu serta di naungi Raja2 Melayu, tiada satu kuasa di dunia ini yang mampu menghalang...

Sejarah sudah membuktikan bagaimana kuasa kolinial sekali pun tunduk bila kebangkitan bangsa Melayu berlaku...


Ingat dan pahatkan kata2 Laksmana Agong Melayu, Hang Tuah, dalam dada serta jadikan ianya sebagai pembakar obor perjuangan kita nanti...

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Itulah kata2 Laksmana Hang Tuah...

Melayu tak akan kehilangan kuasa dan juga rumpun bangsa dari dunia ini apa lagi di tanah air Melayu sendiri...

Namun, kalau kita masih lagi leka dan bermegah dengan fahaman yang kononnya berpaksikan liberal dan moderat, percayalah, satu hari nanti, peradaban dan kedaulatan bangsa Melayu hanya akan tinggal lipatan sejarah dan cuma dapat di saksikan di muzium!!!

0 comments:

fda

Archives