Wednesday, October 3, 2018

1MDB : Menteri PH Mengaku Dah 'KAWTIM' Dengan SPRM???


Bekas presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong yang kini berada di London mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke United Kingdom dan New York nampaknya bergelut menjawab isu Liew menerima dana di kaitkan 1MDB dan akaun peribadi Datuk Seri Najib bekas Perdana Menteri...

Liew yang juga kini Menteri Undang-Undang JPM menafikan menyalahguna wang yang di kreditkan ke dalam akaun LDP dari tahun 2006 hingga 2012...


Sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013, di rekodkan Liew menerima dana yang di kaitkan dengan 1MDB ke dalam akaun Parti Liberal Demokratik (LDP)...


Bekas Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan Pemangku Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin tetap bertegas bahawa Liew telah menyalahgunakan wang derma Najib itu untuk kepentingan politiknya...

Liew mengesahkan beliau tidak pernah menerima surat daripada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai wang di beri Najib bernilai RM3.5 juta tahun 2012 dan 2013...

Liew juga berkata beliau tidak di panggil atau menerima surat daripada mana2 pihak...

"Saya hanya nampak satu surat daripada pihak polis bertarikh Sept 7 kepada LDP yang di tularkan melalui media sosial tetapi oleh kerana saya tidak lagi bersama LDP, jadi saya tidak bimbang mengenainya"...

Bagaimanapun, Liew berkata beliau bersedia untuk di panggil memberi keterangan kepada polis jika di perlukan memandangkan sebelum ini beliau sudah berunding dengan Tun Dr Mahathir serta SPRM...

"Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara ini pada minggu pertama selepas perlantikan saya sebagai Menteri Kabinet Persekutuan pada 2 Julai"...

Liew Menteri JPM (Undang-undang) turut membayangkan berunding dan mengarahkan SPRM agar tidak perlu menyiasat kes dana RM3.5 juta dari Dato’ Sri Najib itu...

"Saya juga telah berunding dengan pihak SPRM berkenaan isu yang sama"  katanya...

Persoalannya mengapa Liew penerima dana 1MDB itu tidak di tahan atau di siasat malah mengarah SPRM menutup kesnya...

Secara jelas, Liew mengatakan yang beliau tak rasa bimbang bila dapat surat dari polis sebab :

  • Beliau dah KAWTIM dengan perdana menteri dan SPRM...
  • Beliau tidak lagi berada bersama2 LDP...


Dah jelas lagi bersuluh...

Penyiasatan SPRM ke atas 1MDB (yang di katakan skandal penyalahgunaan kuasa dan rompakan harta negara yangbterbesar di dunia) adalah penyiasatan terpilih dan mengikut skrip 'orang'2 tertentu...

Bukan kebenaran dan keadilan yang di cari dan ianya hanya retorik politik dalam satu skrip politik yang panjang bertunjangkan ketamakan kuasa dan dendam...


Sekali lagi rakyat Malaysia di perbodohkan!!!



Sumber :

  • Sabahkini2
  • Malaysiakini

0 comments:

fda

Archives