Thursday, May 11, 2017

Bukan lagi kerajaan PR atau PH tetapi kerajaan Azmin Selangor


Noh sindir Azmin takut PAS tak hormat DAP, PAN
10 MEI: Keputusan Datuk Seri Azmin Ali mahu mengekalkan tiga Exco PAS dalam pentadbirannya membayangkan Menteri Besar Selangor itu ‘takut’ kehilangan sokongan parti itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Azmin sedar beliau dan PKR selama ini didokong kuat oleh parti PAS.

“Azmin jika berpolitik pun lebih takut dengan PAS dan tidak hormat DAP dan PAN. PAS sudah putus hubungan dengan DAP dan PAN. Namun dalam kerajaan negeri, sebagaimana kenyataannya semalam, beliau masih kekalkan exco yang ada. Ini menunjukkan Azmin lebih takut kepada PAS kerana beliau tahu PAS ada kekuatan.

“Jika PAS tidak bersama dengan mereka, seperti contoh penganjuran BERSIH pun kurang berjaya, kurang pengikutnya. Azmin tahu, PAS ada kekuatan, dan kerana itu walaupun PAS sudah putus hubungan dengan DAP dan PAN, Azmin tidak akan lantik PAN sebagai exconya. Beliau takut dengan PAS tetapi tidak hormat DAP dan PAN.

“Azmin juga memperkudakan DAP, PAN untuk mengekalkan kuasanya,” kata Noh di sidang media selepas merasmikan Pelepasan Larian Bendera UMNO Peringkat Negeri Selangor, petang tadi.

Baca seterusnya di BNBBY  https://www.bnbbc.my/noh-sindir-azmin-takut-pas-tak-hormat-dap-pan/

Kini orang tertanya-tanya kenapa exco PAS boleh terus berada dalam kerajaan Selangor sedang tahalus siyasi dengan PKR telah diputus.

Ada ke RM4 juta masuk akaun exco negeri Selangor yang mana-mana datang dari parti Melayu yang ada dua exco dalam kerajaan negeri?

Siapakah PM yang telah dipersetujui PH? Azmin atau Mahathir atau Anwar atau ... terkini Muhyiddin?

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/05/dari-menang-dulu-kini-kata-dah-ada.html

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 11, 2017 at 11:59:00 AM GMT+8

    Noh bongok cakap buntut ayam

fda

Archives