Wednesday, May 8, 2019

Tommy Thomas Tidak Akan Bersara, PH Masih Perlukan 'Khidmat Cemerlang' Tommy Thomas

Penguguran Terpilih Dan Pendakwaan Terpilih

27 Julai 2018


Ahli parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong, 52, di lepas dan di bebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram, 5 tahun lalu (BACA DI SINI)...

Keputusan itu di buat Hakim Norashima Khalid selepas permohonan menarik semula tuduhan terhadap wakil rakyat DAP itu di buat Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab yang menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara...

30 Julai 2018


Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar  R. Sivarasa, kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar dan peguam N. Surendran di lepas dan di bebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka (BACA DI SINI)...


Keputusan itu di buat di Mahkamah Sesyen berasingan...


Hakim Zamri Bakar dan Hakim Dr. Gan Chee Keong membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang di wakili Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, Zaki Asyraf Zubir dan Faizah Mohd Salleh menarik balik semua pertuduhan terhadap ketiga2 mereka atas arahan Jabatan Peguam Negara!!!

3 Ogos 2018


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, ahli parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan bekas aktivis BERSIH, Mandeep Singh, di bebaskan oleh mahkamah majistret di Kuala Lumpur berhubung himpunan 'Kita Lawan' pada tahun 2015 (BACA DI SINI)...

Ini adalah kali kedua, semua mereka di lepaskan sebelum mereka di dakwa semula...

Timbalan pendakwa raya (TPP), Noorelynna Hanim Abd. Halim memaklumkan kepada majistret bahawa pejabat Peguam Negara (AGC) telah menerima surat representasi dan bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan...

15 Ogos 2018


Mahkamah membebaskan peguam Eric Paulsen dan bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan atas pertuduhan menerbitkan penerbitan dan mengeluarkan kenyataan menghasut dalam laman sosial (BACA DI SINI)...

Hakim M.M. Edwin Paramjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan atas arahan Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan tidak berhasrat meneruskan pendakwaan terhadap mereka yang merupakan Orang Kena Saman (OKS)...

3 September 2018


Kes berprofile tinggi 'kaw tim', sampai menimbulkan fenomena terkejut seluruh Malaysia (BACA DI SINI)...

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat...

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi di kemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan...

11 Oktober 2018


Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan seorang pereka grafik kontroversi atas tuduhan memuat naik gambar palsu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akaun Instagramnya, 2 tahun lalu (BACA DI SINI)...

Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memaklumkan Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 41, yang juga aktivis, selaku Orang Kena Saman (OKS) setelah menerima surat representasi yang di kemukakan peguamnya Syahredzan Johan...

Yang di tulis cuma sebahagian dari 'khidmat cemerlang' sebagai Peguam Negara Malaysia...

Tu tak termasuk 'kehebatan' Tommy Thomas bertutur dalam bahasa kebangsaan...

Betul, admin tak tipu...

Siap dengan kiasan, pepatah orang2 tua dan kalau nasib kita baik, boleh dengar Tommy Thomas berpantun...

Jadi janganlah marah pada Tommy Thomas bila tak dapat bagi kertas pertuduhan sebab 'printer rosak', nak buat macam mana, printer tu dah rosak kannn...😉😉😉

Atau kertas pertuduhan dalam kes SRC berterabur walau pun prosiding kat mahkamah dah mula, nak buat camner, dah kertas tu sendiri nak berterabur kannn...😉😉😉

Tommy Thomas seorang Peguam Negara yang sangat sibuk dan kita faham Tommy Thomas berkerja di bawah tekanan yang sangat tinggi...

Kesibukan dan tekanan Tommy Thomas, di terjemahkan masa dia ber'twist' macam Aneyyy Mabuk atas pentas, satu waktu dulu...

Sebab Tommy Thomas terlalu sibuk mencari kes PH mana yang nak di tarik balik, beliau tak ada masa nak check printer, nak susun kertas pertuduhan...

Jadi sebab tu, kes berprofile tinggi macam kes SRC dan 1MDB jadi bahan lawak wartawan tempatan dan antarabangsa!!!

Admin ingatkan, ekonomi Malaysia jer jadi bahan lawak dunia, rupanya 'Rule Of Law' Malaysia pun jadi bahan lawak dunia!!!

Maka sahihlah, Peguam Negara dan menteri2 Malaysia nie memang suka jadi bahan lawak di mata dunia!!!

Terima kasih, Malaysia Baru!!!





Kredit :
Hazani Seman

0 comments:

fda

Archives