Friday, May 10, 2019

Genap Setahun PH Memerintah, Dah Selamatkah Malaysia




Tidak sukar untuk menilainya...


Mahathir sendiri memberikan kabinet nya 5/10...

Tak mungkin orang lain boleh berikan lebih tinggi dari tuan punya badan...

Kajian Merdeka Centre menunjukkan populariti yang merudum kepada hanya 39%...

Penilaian di buat secara FAKTA...


Dari sudut ekonomi jelas sekali PH gagal memperbaikinya...

Pertumbuhan KDNK kuncup dari 5.8% kepada 4.7% dan tidak menunjukkan prospek melepasi 5%!!!

Hutang negara terus meningkat di bawah PH,walau pun isu ini antara yang paling kuat di gembar gembur sebelum PRU 14...

Jelas bukan saja PH gagal mengurangkan hutang, tapi sebaliknya menambah hutang sehingga melebihi RM700 bilion...

Pasaran ekuiti di bursa Malaysia turut melemah...


Di bawah PH, 'market capitalisation' mengecil dan sehingga kini pasaran Malaysia sudah kehilangan lebih RM200 bilion sejak PH mengambil alih dan meletakkan prestasi Malaysia sebagai yg TERBURUK DI DUNIA...

Adalah juga di jangkakan defisit belanjawan yang membengkak, terutama apabila PH mengunjurkan hasil negara berdasarkan harga minyak mentah pada kadar USD 70/tong, dan ini tidak berlaku...

Semua angka tunjuk 'CAPITAL ECONOMY' kerajaan PH gagal dan cukup membimbangkan...


Sementara 'PEOPLE’S ECONOMY' sudah pasti semakin parah dengan harga barang semakin mahal, kos sara hidup melambung, 'social safety net' yang semakin lemah dan subsidi langsung yang berkurangan...

Kelemahan dan kegagalan pengurusan ekonomi PH adalah berpunca dari 3 faktor utama :

》Polisi PH yg berteraskan populis jangka pendek...

》Tindakan berasaskan 'vindictiveness' dan bukan pertimbangan ekonomi yang wajar...

》Kelemahan nakhoda ekonomi, termasuk TOO MANY COOKS THAT SPOIL THE FOOD (CEP,MENTERI HAL EHWAL EKONOMI, MENTERI KEWANGAN, PERDANA MENTERI)...

Prestasi PH dari sudut politik juga ternyata parah...

Hanya DAP yang mungkin meraih untung manakala gabungan lain bakal melalui krisis dalaman yang semakin parah serta populariti yang menjunam...


Antara kerosakan terbesar ialah dominannya fahaman SOSIALIS DAN LIBERAL dalam pentadbiran sehingga kelihatan menghimpit fahaman penganut ISLAM, kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu...


Peristiwa seperti percubaan meretifikasi ICERD, Rome Statute, penonjolan aktiviti LGBT, di burukkan lagi dgn kenyataan menteri yang kelihatan tidak kompeten dan kurang integriti telah menghakis keyakinan rakyat...


Tindakan memerangi rasuah yang di alu2kan oleh semua pihak, tidak membantu mempopularkan PH kerana kelihatan tindakan bersifat membalas dendam, pendakwaan terpilih, melindungi kroni dan tidak menegakkan RULE OF LAW...

Penolakkan pegawai perkhidmatan awam terhadap PH yang berpunca dari sikap tidak menghormati perkhidmatan awam menambahkan lagi lemahnya prestasi kerajaan PH...

Secara keseluruhan, gabungan PPBM, PAN, PKR dan DAP di bawah PH tidak menjanjikan Malaysia yang lebih baik DAN KEGAGALAN MEREKA MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN selepas genap setahun, mendorong rakyat untuk mencari sesuatu yang lebih hakiki dan benar2 dapat menjamin aspirasi mereka...

Kelompongan ini akan membawa Malaysia ke satu lagi TRANSFORMASI yang bakal muncul menerusi PRU akan datang...

PH dalam bentuk dan konten yang ada sekarang TIDAK AKAN DI PERTAHANKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA!!!






Kredit :



Tan Sri Annuar Musa
MP Ketereh

0 comments:

fda

Archives