Tuesday, May 21, 2019

Kes SRC Najib Jadi Semakin Haru


Testimoni oleh Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn. Bhd., Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman dalam perbicaraan atas 7 pertuduhan salah guna kuasa kes SRC Datuk Seri Najib Razak, akan membuatkan Peguam Negara, Tommy Thomas tak tidur malam...

Shamsul Anwar

Shamsul Anwar, saksi ke 37 perbicaraan mengesahkan testimoni yang telah di buat oleh saksi ke 36 perbicaraan sebelum itu, Aishah Ghazali, bekas eksekutif kanan akaun IPSB...

Dalam testimoni yang di lakukan oleh Aishah, beliau memberitahu mahkamah bahawa wang RM42 juta telah di kreditkan ke dalam akaun Ambank, milik DS Najib...

Aishah juga menerangkan terdapat 3 transaksi pemindahan duit dari akaun AmBank IPSB pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015...

Sebanyak RM27 juta dan RM5 juta di pindahkan ke akaun DS Najib pada 2014 dan RM10 juta di pindahkan pada tahun 2015, di mana jumlah keseluruhannya ialah RM42 juta telah di pindahkan ke akaun AmBank DS Najib...

Sebagai maklumat, DS Najib, mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1, menghadapi 7 tuduhan menyalahgunakuasa dan penggubahan wang haram kerana memindahkan duit milik SRC International Sdn. Bhd. secara tidak sah...

Tetapi mengikut keterangan dari Shamsul Anwar, Pengarah Urusan IPSB, kepada mahkamah, duit yang di pindahkan ke akaun DS Najib bukanlah dari SRC International Sdn. Bhd...

Shamsul Anwar juga memberitahu mahkamah bahawa, arahan memindahkan duit sebanyak RM42 juta dari akaun IPSB ke akaun DS Najib bukannya datang dari DS Najib atau pun dari SRC International Sdn. Bhd...

Ung Su Ling

Tetapi ianya di lakukan melalui arahan yang di terima melalui e-mail dari Ung Su Ling dan Dennis See Thuan Buan...

Ung Su Ling ialah Ketua Pegawai Eksekutif dari satu entiti lain iaitu Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) manakala Dennis See Thuan Buan pula ialah Pengarah Projek YR1M...

Shamsul Anwar beranggapan bahawa duit tersebut adalah untuk kegunaan program Tanggungjawab Sosial Korperat atau Corporate Social Responsibilty (CSR) dan beliau tidak mengetahui bahawa pemindahan itu akan di lakukan ke dalam akaun peribadi DS Najib (BACA DI SINI)...

"Saya tidak aka memindahkan duit tersebut sekiranya saya tahu akaun penerima adalah akaun DS Najib", jelas Shamsul Anwar kepada mahkamah...

Timbul beberapa persoalan mengenai fakta kes SRC :

Pertama

》DS Najib di tuduh dengan 7 pertuduhan menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1 ketika itu untuk memindahkan dana sebanyak RM42 juta dari akaun SRC ke akaun peribadi beliau di Ambank...

Tetapi Pengarah Urusan IPSB pula mengesahkan dalam mahkamah bahawa dana sebanyak RM42 juta itu BUKAN datangnya dari SRC International Sdn. Bhd. tetapi adalah dari IPSB!!!

Kedua

》Arahan untuk memindahkan dana tersebut BUKAN dari DS Najib atau pun dari SRC International Sdn. Bhd. tetapi ianya melalui e-mail yang di hantar kepada IPSB oleh Ung Su Ling, Ketua Pegawai Eksekutif dari satu entiti lain iaitu Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan Dennis See Thuan Buan, Pengarah Projek YR1M...

Kenapa Ung Su Ling dan Drnnis See Thuan Buan TIDAK di siasat dan di dakwa?

Sepatutnya mereka berdua yang MESTI menjadi suspek utama kerana arahan datangnya dari mereka, itu pun kalau pendakwaan ini bermotifkan keadilan dan bukannya bermotifkan dendam dan politik!!!

Ketiga

DS Najib jelas tiada kaitan apa lagi terlibat secara langsung dalam penyelewengan dana RM42 juta sebab secara logiknya, DS Najib TIDAK mempunyai keupayaan untuk menghalang mana2 individu atau korperat untuk memasukkan duit ke dalam akaun amanah yang menggunakan nama beliau...

Bolehkah seseorang itu menghalang mana2 individu atau mana2 pihak memasukkan duit ke dalam akaun peribadi kita?

Satu analogi mudah, kawan kita, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah korperat melakukan jenayah pecah amanah dan telah memindahkan duit itu ke akaun kita sebagai transit kerana mengetahui kita mempunyai beberapa akaun amanah di atas nama peribadi yang di uruskan sepenuhnya oleh orang kepercayaan kita atau pembantu peribadi kita, bolehkah kita di persalahkan atau di tuduh bersubahat atau menjadi suspek utama, bila di dapati duit yang di masukkan ke dalam akaun kita itu adalah dari sumber yang salah sedangkan kita langsung tak tahu mengenai kemasukan duit tersebut dan pembantu peribadi kita langsung tidak memaklumkan kepada kita mengenai kemasukan sejumlah dana yang besar ke dalam akaun amanah tersebut...

Yang seharusnya di siasat dan di dakwa ialah individu yang di berikan kepercayaan menguruskan akaun amanah tersebut, mengapakah beliau tidak di panggil untuk siasatan dan seterusnya di dakwa?


Benar seperti yang di katakan oleh ketua barisan peguambela DS Najib, Tan Sri Shafee Abdullah, kes SRC nie satu kes yang menarik dan akan menelanjangkan ramai orang (BACA DI SINI)...




Terjemahan dan olahan dari tulisan asal :


Raja Petra Kamaruddin
Malaysia Today

0 comments:

fda

Archives