Friday, March 1, 2019

PRK Semenyih : Propaganda PH Saat Akhir


Tak sampai 24 jam lagi, pengundi Semenyih akan pilih ADUN N24 Semenyih...

Kalau ikut momentum sokongan rakyat, berdasarkan maklumat2 yang kita dapat di lapangan, In Sya Allah, akan berlaku angin perubahan di Semenyih...

Di tambah lagi dengan 'track record' mantan ADUN yang lalu, pengundi Semenyih, di lapurkan dah tak sabar2 nak buat perubahan untuk melihat DUN Semenyih kembali di kuasai Barisan Nasional...

Kerjasama dan persefahaman yang makin mantap antara UMNO/BN dan PAS, menjadikan PH semakin kepanasan...

Terdesak dengan perubahan sokongan rakyat pada BN, PH melakukan propaganda di saat2 akhir dalam usaha mempertahankan kerusi

PH Tetap Dakwa Papagomo Walau Pun Polis Kata Tak Ada Kes


Walau pun polis dah mengesahkan tiada ugutan atau kekasaran yang di lakukan oleh Papagomo pada Syed Saddiq dan membebaskan beliau selepas soal siasat (BACA DI SINI), tapi PH tetap mahu Papagomo di dakwa di mahkamah untuk memberitahu pada pengundi Semenyih bahawa BN adalah parti yang tiada moral dan sanggup lakukan apa saja untuk menang pilihanraya, walau pun menggunakan keganasan...

Hakikatnya, PH lah parti yang memegang konsep matlamat menghalalkan cara...


Walau pun pihak polis menafikan dakwaan Syed Saddiq dan sepatutnya Syed Saddiq mesti di dakwa kerana membuat lapuran polis palsu tapi untuk menyelamatkan PH, maka Papagomo menjadi kambing hitam atas dakwaan mencederkan tisu2 halus dan lembut Syed Saddiq (BACA DI SINI)...

Mahathir Kata Kerajaan PH Perlukan Majoriti 2/3 Dewan Rakyat Untuk Tunaikan Janji2 Manifesto PH


Mahathir kata untuk kerajaan PH tunaikan janji2 manifesto, PH perlukan majoriti 2/3 Dewan Rakyat

Betul ker kalau dapat majoriti 2/3 Dewan Rakyat, PH dapat tunaikan janji2 manifesto PH?

Bukanker Mahathir sendiri yang cakap, dalam parlimen, bahawa janji pilihanraya bukannya kitab suci...

Bukanker Mahathir sendiri yang cakap, dalam parlimen, bahawa waktu buat manifesto pilihanraya, PH tak sangka akan menang, oleh itu amat mustahil untuk kerajaan tunaikan semua manifesto pilihanraya?

Apakah untuk memansuhkan tol perlukan majoriti 2/3 di parlimen?

Apakah untuk meneruskan BR1M juga memerlukan majoriti 2/3 di parlimen?

Sebenarnya, ini satu lagi gula2 pilihanraya yang Mahathir taburkan untuk rakyat Semenyih...

Mungkin Mahathir tak perasan, rakyat Malaysia dah ramai yang menderita sakit kencing manis sebab terlalu banyak gula2 yang PH taburkan sebelum PRU 14 lalu!!!

Tanpa majoriti 2/3 pun, kerajaan boneka DAP yang ada sekarang nie dah terlalu banyak melakukan kerosakan dalam negara kita...

Aset2 orang Melayu di jual dengan sewenang2nya seperti aset TH, Khazanan dan lain2...

Mereka mengambil alih dan campurtangan dalam pentadbiran GLC yang menguruskan harta dan kebajikan orang Melayu seperti TH, MARA, Khazanah dan PNB...

Maruah bangsa Melayu cuba mereka bangsatkan, masih ingat lagi isu ratifikasi ICERD!!!

Bayangkan sekiranya mereka di beri majoriti 2/3, mereka akan dapat kuasa mutlak untuk melakukan apa juga pindaan perlembagaan yang ada, sekiranya itu terjadi, dengan mudah mereka akan menukar ugama rasmi Malaysia daripada Islam kepada Kristian, dengan mudah mereka akan hapuskan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan bangsa Melayu dan akan merealisasikan impian mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik seperti Singapura, fikirkanlah, di mana dan apakah nasib bangsa Melayu di Singapura!!!

Adakah kita boleh bergantung harapan pada Mahathir ketika itu?

Taktik Tagih Simpati Mahathir Dah Basi


Ingat apa punca berlakunya rusuhan masa program Nothing To Hide 2.0 di Selangor?

Kenapa anak2 muda yang ada di situ marah?

Kerana Mahathir cuba mengelak dari menjawab soalan, kenapakah mangsa2 Memali dan orang2 kampung di gelar PENJENAYAH?

Sebenarnya, selepas di siasat polis, punca kekecohan adalah di sebabkan oleh Armada Bersatu sendiri...

Kalau Armada Bersatu tak mulakan provokasi, keadaan masih terkawal, namun seperti biasa, dengan pantas Syed Saddiq, Ketua Armada Bersatu menuduh UMNO yang timbulkan provokasi...

Ini di lakukan supaya rakyat marah pada UMNO dan rasa simpati pada Mahathir...


Mungkin ramai yang dah dengar rakaman suara yang di katakan Anwar Ibrahim...

Dari tonasi suara 'Anwar' jelas memberitahu kita bahawa beliau dah 'surrender' dengan keadaan sekarang yang tak memihak pada beliau...

Kalau kita dengar baik2 suara 'Anwar' tu, sama seperti suara 'Anwar' yang marah pada Azmin sebab jadi baruah Mahathir yang pernah viral sikit masa dulu...

Admin bukan penyokong Anwar, apa lagi Mahathir tapi admin seorang yang rasional, yang betul tetap akan di katajan betul, begitu juga sebaliknya...

Kenyataannya, suara 'Anwar' yang viral dulu dan suara 'Anwar' yabg tengah viral sekarang, bukanlah suara Anwar Ibrahim...

Admin yakin, ini sebenarnya permainan dari kem Mahathir...

Kedua2nya sengaja di viralkan oleh kem Mahathir untuk mendapatkan simpati rakyat terutamanya rakyat Semenyih pada Mahathir...

Plot ceritanya sama macam kekecohan di Nothing To Hide 2.0!!!

Permainan Sebenar Anwar Terhadap PAS


Laman blog nie pernah siarkan tulisan bertajuk Bila Dah Kantoi Dengan Mahathir, Anwar Spin Isu Konon PAS Bayar Clare Untuk Alih Perhatian (BACA DI SINI)...

Kenyataan Anwar langsung tidak berasas kerana sebenarnya Anwar memutar belit apa yang sebenarnya berlaku...

Anwar tuduh PAS bayar RM1.4 juta pada Clare dan BUKANNYA Clare bayar RM1.4 juta pada PAS...

Anwar kata dia ada bukti kukuh (salinan fotostat gelap), (BACA DI SINI), tapi tak mahu kemukan bukti yang jelas...

Clare pulak kata, DS Najib melalui 1MDB beri RM 90 juta pada Nasharudin Mat Isa...

Sebenarnya itu adalah duit RM1 juta yang di beri pada NGO yang di ketuai oleh Nasharudin...

Dan masa NGO tu dapat duit RM1 juta, NGO tu bukan di terajui oleh Nasharudin tapi Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Luar Malaysia sekarang...

Nasharuddin ambil alih NGO tersebut dari Saiduddin selepas dia melepaskan jawatan Setiausaha Agung PAS kerana mengambil tanggungjawab tewas pada Mat Sabu dalam PRU 14...

Waktu duit tu di terima NGO tersebut, Saifuddinlah yabg menerajui NGO tu...

Jadi, tak timbul pun isu PAS bayar Clare sebanyak RM1.4 juta!!!

Anwar jelas cuba mengelirukan rakyat dalam usaha memburukkan PAS...

Mari kita tenguk, segala 'bukti2 sahih' yang Anwar tunjukkan...







Ada usaha untuk memasukkan duit ke dalam nombor akaun yang tercatit dalam 'bukti' yang Anwar kemukakan...


Tapi jelas dari infografik atas, akaun 9010001388 tu tak wujud sama sekali sebab nombor akaun Bank Islam ada 14 digit, seperti tulisan merah infografik di atas sedangkan nombor akaun dalam 'bukti' Anwar cuma ada 10 digit!!!

Media2 pro PH juga cuba kelirukan rakyat dengan spin lapuran kes RM 90 billion...

Padahal SPRM dah lama siasat dan sahkan takder...

Sajer di ungkit sebab Clare termalu...

Sekarang nie, media spin pula lapuran mengatakan akaun PAS di bekukan...

Hakikatnya bukan akaun PAS yang di bekukan oleh SPRM tapi cuma pemimpin2 tertentu saja (BACA DI SINI)...

Segala Cerita Yang Di Mainkan PH Hanyalah Untuk Mengalihkan Kemarahan Rakyat Dari PH Kepada BN Dan PAS


Itulah perangai PH...

Tipu, fitnah, airmata adalah resepi utama mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat...

Mereka tahu dan sedar kemarahan rakyat pada mereka...

Kebangkitan membantah isu hina baginda Rasulullah saw, janji manifesto di capati, sangat2 menghantui mereka...

Mereka terdesak dan akan gunakan apa cara sekali pun untuk kekalkan kuasa...

PRK Semenyih bukan satu pilihanraya kecil biasa kerana kemenangan BN akan menjadi pemangkin kepada kembalinya semula rakyat ke pangkuan UMNO/BN, malah yang jauh lebih penting, ia akan menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah di Malaysia...

Di tangan pengundi Semenyih terletaknya nasib ummah generasi yang akan datang...

Satu undi kepada BN, bererti, satu langkah lebih dekat ke arah penyatuan ummah...

Satu undi kepada PH, bererti, satu undi kepada DAP yang secara terang2an memusuhi Islam...

Kepada pengundi Semenyih, buatlah pilihan yang bijak...

Selamat mengundi...

0 comments:

fda

Archives