Tuesday, March 19, 2019

Menteri DAP Kantoi Menipu Dalam Parlimen!!!


Kejadian pencemaran toksik Sg. Kim Kim masih lagi GAGAL di tangani dengan baik oleh sama ada Kerajaan PH Negeri Johor mahu pun Kerajaan Pusat PH...

Di saat nyawa rakyat setempat terancam, pemimpin2 PH, baik di peringkat negeri, mahu pun di peringkat pusat, di lihat sama ada membuat keputusan yang tidak tepat atau membuat kenyataan2 yang tidak bertanggungjawab...

Laman blog ini ada menyiarkan mengenai perkara ini untuk menyampaikan keadaan yang sebenarnya sedang berlaku di sana dan di hantar dalam Facebook namun sikap segelintir penyokong PH yang melapurkannya sebagai 'spam' telah menyebabkan artikel itu tidak boleh di baca dari Facebook...

Untuk membaca artikel yang telah di sekat di Facebook, SILA BACA DI SINI...


Saat admin menulis, di lapurkan lebih 3,000 orang mangsa mengalami masaalah kesihatan kerana terkesan dengan pencemaran udara di sekitar Pasir Gudang (BACA DI SINI)...

Kejadian ini di anggap sebagai salah satu tragedi hingga mendapat perhatian yang serius dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (BACA DI SINI)...

Perbahasan Khas Tergempar Di Dewan Rakyat



Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, menjelaskan dengan panjang lebar dalam Dewan Rakyat mengenai punca kejadian, tindakan yang telah dan akan di ambil serta keadaan terkini di Sg. Kim Kim...



Dalam penerangan oleh Yeo Bee Yin, beliau menyeru semua pihak supaya tidak menyebarkan khabar angin atau berita yang tidak benar atau berita yang tidak pasti, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk...

Admin bersetuju 100% apa yang di katakan oleh Yeo Bee Yin...

Nyawa lebih 3,000 rakyat Malaysia yang sedang terancamkan, TIDAK BOLEH di gunakan untuk mendapat 'political mileage' oleh mana2 pihak, baik di pihak kerajaan, mahu pun pembangkang...

Kenapa Kenyataan Kerajaan Berbeza Dengan Kenyataan PDRM?


Dari penerangan Yeo Bee Yin dalam Dewan Rakyat, beliau mendakwa pesalah dah di kenal pasti, kertas siasatan dah pun di siapkan, pihak Peguam Negara dah pun benarkan pendakwaan di mahkamah dan kes PASTI akan di bawa di mahkamah untuk proses pengadilan...

Media pro DAP pula, puji melangit 'tindakan pantas' Yeo Bee Yin (BACA DI SINI)...

Tapi...

Ku kira panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengahari...🤭🤭🤭


Pada hari yang di katakan kes akan di dakwa di Mahkamah Majistret Johor Baru, para wartawan pun berpusu2 dari segenap pelusuk negara untuk buat liputan...

Dengan bersemangat wartawan menunggu di Mahkamah Majistret Johor Baru, bukan jer untuk buat liputan tapi juga nak tenguk muka manusia yang tak bertanggungjawab, yang telah merisikokan nyawa lebih 3,000 rakyat Malaysia...

Tapi penat lelah wartawan sia2, bila di maklumkan, pendakwaan suspek pencemaran Sg. Kim Kim di tangguh (BACA DI SINI...😏😏😏)

Wartawan yang tak berpuas hati dengan penjelasan dari pegawai Jabatan Alam Sekitar, telah cuba mendapatkan penerangan dari pihak PDRM...


Memeranjatkan bila Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun, menafikan adanya tangkapan di buat berkenaan kes pencemaran toksik Sg. Kim Kim...

Malah Tan Sri Fuzi juga memaklumkan, Jabatan Kimia belum selesai buat analisis berkenaan kandungan kimia dalam air Sg. Kim Kim!!!

Pelik bin Ajaib!!!

Menteri kata kertas siasatan dah siap dan dah pun di serahkan ke pejabat Peguam Negara dan pihak Peguam Negara dah pun setuju untuk pendakwaan di buat di mahkamah!!!

Tapi tanpa lapuran analisa kandungan toksik air Sg. Kim Kim dari Jabatan Kimia, macam mana kertas siasata atau IP nak di lengkapkan?

Tanpa IP yang lengkap, macam mana pihak Peguam Negara boleh beri kebenaran pendakwaan di mahkamah?

Paling memusykilkan, siapa pula yang buat tangkapan sedangkan pihak PDRM sendiri belum habis buat siasatan malah belum lagi mengenal pasti syarikat mana yang bertanggungjawab!!! (BACA DI SINI)...

Apakah DAP Menggunakan Nyawa Lebih 3,000 Penduduk Sebagai Bahan Untuk Dapatkan 'Politacl Mileage'!!!


Admin ulang balik saranan Yeo Bee Yin supaya semua pihak tak menyebarkan khabar2 angin mengenai isu pencemaran toksik di Sg. Kim Kim...

Saranan tu memang baik dan admin setuju, tapi sekarang nie, siapa sebenarnya sebarkan khabar angin, yang kononnya pesalah akan di dakwa di mahkamah!!!


Yeo Bee Yin juga tak mahu ada pihak yang ambil kesempatan politikkan isu nie...

Nie pun admin setuju sebab isu nie melibatkan nyawa...

Semua pihak mesti berkerjasama untuk menyelesaikan segera supaya nyawa penduduk setempat dapat di selamatkan dalam jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang...

Tapi dari ucapan Yeo Bee Yin, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu nie?

Siapa sebenarnya yang gunakan isu nie untuk dapatkan 'political mileage'?

Sudah2lah berpolitik dan mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat...

Put your self inside the victim foot, YB!!!

Then you'll understand what I mean!!!

0 comments:

fda

Archives