Thursday, March 21, 2019

Isu RM1.4 Juta : Senjata Anwar Makan Tuan


Hasil siasatan SPRM membuktikan 'bayaran' RM1.4 juta bukanlah bayaran untuk penyelesaian di luar mahkamah terhadap kes saman fitnah DS TG Hj. Hadi terhadap Clare Brown berhubung dakwaan Sarawak Report PAS menerima rasuah dari UMNO sebanyak RM90 juta...

Ibarat senjata makan tuan, cubaan DS Anwar Ibrahim untuk memfitnah TG Hj. Hadi dan PAS telah di buka hijab kebenarannya oleh Allah SWT...


Mungkin inilah kifarah hasil dari solat hajat dan doa dari orang yang teraniaya...

Akhirnya fitnah yang di lemparkan terhadap TG Hj. Hadi dan PAS berbalik pada pihak yang menabur fitnah iaitu Anwar dan Clare...


Terperangkap dengan jerat yang di pasang sendiri, Anwar terpaksa mengakui Rameli Musa adalah kawan beliau tetapi kononnya mereka sudah lama tidak berhubung dan Rameli juga agalah kawan kepada TG Hj. Hadi...

Kalau pun Rameli pernah mengenali @ memang kawan kepada TG Hj. Hadi, ianya tidak boleh menjadi bukti yang kukuh untuk buktikan kesalahan TG Hj. Hadi seperti yang di dakwa Anwar...

Rameli ialah seorang ahli koperat...

Di samping mempunyai hubungan yang baik dengan TG Hj. Hadi dan Anwar sendiri, Rameli juga mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin2 utama negara seperti Tun Mahathir dan Tun Daim...

Anwar yang merasakan bahawa beliau ialah seorang pakar strategi dalam menjatuhkan musuh politik tetapi kebobrokan Anwar akhirnya terbukti menjatuhkan Rameli, Husam Musa, Clare Rewcastle Brown, Americk Sidhu dan temasuk Ambiga Sreenevasan...

Kerana itulah, sebagai seorang ahli koperat, Ramli mengambil sikap berkecuali dan tidak memihak kepada mana2 pemimpin atau parti politik tertentu...

Perancangan Anwar ialah untuk melegitimasi atau menjatuhkan hukuman melalui persepsi berlakunya pemberian wang @ rasuah dari UMNO kepada PAS...

Dengan itu, ianya akan menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya penyokong UMNO dan PAS kepada pemimpin mereka...

Dan ini sudah pasti akan menimbulkan perpecahan dalaman kepada kedua2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam di Malaysia...


Perancangan Anwar di sokong oleh Husam Musa dengan membuat dakwaan (baca sebagai fitnah), bahawa beliau secara peribadi pernah melihat sekeping cek yang bernilai RM90 juta itu...

Tetapi sebaik saja TG Hj. Hadi memulakan saman fitnah terhadap Clare di mahkamah London, Husam secara tiba2 menjadi takut dan enggan untuk mengulangi semula dakwaan beliau!!!

Husam langsung tidak menyangka, dakwaan palsu beliau itu akan berpanjangan hingga ke mahkamah...

Dan bila Husam di minta untuk memberikan keterangan bersumpah di mahkamah, Husam terpaksa berbohong dalam keterangannya 'walau pun telah bersumpah untuk bercakap benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka' sebelum memberikan keterangan...

Namun ketika di soal siasat oleh pihak SPRM dan di tanya sama ada beliau tahu atau menyedari tentang kewujudan atau mengenali sesiapa atau mana2 pihak yang boleh mengesahkan atau mana2 pihak yang mempunyai maklumat tentang kewujudan sekeping cek RM90 juta tersebut?

Husam menjawab, "TIDAK TAHU!!!"...

Persoalannya, bagaimana Husam boleh memberi keterangan di dalam mahkamah bahawa beliau sendiri pernah melihat sekeping cek yang bernilai RM90 juta itu sedangkan cek itu tidak pernah wujud!!!

Jelas Husam telah memberikan keterangan bersumpah yang palsu di mahkamah!!!

Ambiga Dan Clare Adalah Orang Yang Bertanggungjawab Mencipta Dan Menabur Fitnah Cuma Berdasarkan Kenyataan Dari Husam


Percanggahan kenyataan Husam di dalam mahkamah dan ketika di soalsiasat oleh SPRM, dengan sendirinya membuktikan dakwaan UMNO membayar PAS sebanyak RM90 juta adalah satu fitnah jahat...

Sarawak Report menyebarkan fitnah melalui maklumat yang di perolehi dari Ambiga dan Ambiga memberikan maklumat kepada Sarawak Report melalui apa yang di beritahu oleh Husam kepada beliau!!!

Dan Husam sendiri memberitahu kepada SPRM bahawa dakwaan UMNO membayar PAS sebanyak RM90 juta hanyalah maklumat palsu yang tiada asasnya...

Ianya dengan sendirinya mengesahkan bahawa dakwaan UMNO membayar PAS sebanyak RM90 juta hanyalah fitnah belaka...

Tetapi Anwar masih lagi mahu mengambil kesempatan di atas dakwaan itu, walau pun telah terbukti melalui siasatan SPRM bahawa dakwaan itu adalah fitnah...

Anwar tidak mahu fitnah itu berkubur setakat di situ...

Anwar masih lagi mahu menyuburkan persepsi UMNO membeli PAS terus hidup supaya kredibiliti PAS tercalar dan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak menjadi realiti...

Kerjasama UMNO dan PAS menakutkan Anwar kerana ianya terbukti telah menumbangkan PH dalam PRK Cameron Highland dan Semenyih...

Anwar Makin Terdesak


Anwar mesti mencari jalan supaya orang tetap percaya bahawa fitnah RM90 juta adalah benar!!!

Pengakuan bersumpah di mahkamah dengan jawapan Husam dalam soal siasat dengan SPRM yang tidak konsisten menyebabkan rakyat Malaysia mula menerima hakikat bahawa isu RM90 juta adalah fitnah...

Kali Pertama Peguam Clare Bertemu TG Hj. Hadi


Sebelum PRU 14, peguam Clare telah bertemu dengan TG Hj. Hadi untuk membincangkan penyelesaian di luar mahkamah...

Ini di akui sendiri oleh salah seorang kakitangan Sarawak Report yang masih lagi mempunyai hubungan dengan Malaysia Today hingga sekarang...

TH Hj. Hadi bagaimana pun menolak kerana selain dari binbang akan di gunakan sebagai kempen pilihanraya oleh PH, TG Hj. Hadi mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kes saman itu kerana Clare tidak akan dapat membuktikan kewujudan cek RM90 juta, sekiranya di minta oleh mahkamah...

Untuk Clare buktikan kewujudan cek RM90 juta itu, Clare perlukan pengakuan Husam dalam mahkamah namun Husam telah pun menafikan pernah melihat sendiri cek RM90 juta dalam soal siasat SPRM ke atasnya...

Semakin hampir pada hari perbicaraan, Clare semakin terdesak dan beliau perlu lakukan sesuatu supaya kes itu dapat di selesaikan di luar mahkamah...

Sekiranya perbicaraan di teruskan, segala2nya akan terbongkar dan bukan saja Clare akan kalah dalam kes saman tersebut malah reputasi Clare dan Sarawak Report akan di perlekehkan!!!

Peguam Clare Bertemu TG Hj. Hadi Sekali Lagi


Peguam Clare bertemu TG Hj. Hadi sekali lagi untuk membincangkan penyelesaian di luar mahkamah...

Memandangkan kes itu tidak lagi boleh di jadikan modal politik oleh PH kerana PRU 14 telah berlalu, maka TG Hj. Hadi bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah...

Persetujuan antara kedua2 pihak ialah, kes di gugurkan tanpa ada apa2 tuntutan dari mana2 pihak...


Memandangkan perjalanan kes yang tidak menyebelahi Clare, Mahathir mahu kes di selesaikan di luar mahkamah dan Mahathir memberitahu Clare bahawa tiada lagi bantuan kewangan akan di berikan kepada Clare untuk menyelesaikan kes tersebut...

Bagi pihak Clare pula, beliau perlukan RM3 juta bagi bayaran guaman untuk meneruskan kes ini dan sekiranya kalah, beliau perlukan lagi RM5 juta untuk di bayar kepada TG Hj. Hadi...

Mahathir juga di beritahu bahawa peguam TG Hj. Hadi akan memanggil DS Najib untuk beri keterangan di mahkamah, kerana di katakan, DS Najib memainkan peranan utama dalam pemberian RM90 juta kepada TG Hj. Hadi...

Sekiranya mahkamah memanggil DS Najib sebagai saksi pendakwa, kerajaan Malaysia mesti melepaskan DS Najib terbang ke London...

Mahathir tidak mahu ini berlaku...

Bagi Anwar pula, sama ada DS Najib akan di panggil untuk beri keterangan di London atau tidak, bukanlah persoalan yang penting...

Apa yang Anwar mahu ialah bagaiman untuk mengambil kesempatan dari keadaan yang sedang berlaku demi untuk kepentingan peribadi beliau...

Untuk menghangatkan kembali isu pemberian RM90 juta UMNO kepada PAS, Anwar telah dengan sengaja memberikan Rameli sebanyak RM1.4 juta untuk di berikan kepada Clare, kononnya sebagai 'bayaran' untuk penyelesaian kes di luar mahkamah...


Sebab itu, ketika kempen di PRK Semenyih, di kalangan pemimpin PH, hanya Anwar seorang yang bermati2an menabur fitnah tentang RM1.4 juta ke atas TG Hj. Hadi...

Dan Anwar jugalah yang beria2 menimbulkan persoalan, sekiranya benar TG Hj. Hadi tidak bersalah, 'kenapa TG Hj. Hadi membayar Clare sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah'...

Sebenarnya, itulah persepsi yang cuba Anwar timbulkan...

Persepsi yang cuba di lakukanAnwar mudah, untuk membuktikan bahawa TG Hj. Hadi memang ada menerima RM90 juta dari UMNO ialah dengan menyebarkan fitnah adanya bayaran RM1.4 juta dari TG Hj. Hadi kepada Clare untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah...

Anwar berharap akan dapat menimbulkan kebencian ahli2 PAS yang berjumlah 2 juta orang kepada TG Hj. Hadi dan kepimpinan tertinggi PAS melalui fitnah yang beliau sebarkan...

Dan ini pasti akan menimbulkan kemarahan ahli2 PAS terhadap kepimpinan mereka dan juga kepada UMNO...

Mereka akan menganggap bahawa kepimpinan PAS tercemar kerana UMNO dan menolak sebarang usaha kerjasama antara UMNO dan PAS...

Tapi Anwar menghadapi jalan buntu bila Husam memberitahu SPRM bahawa beliau tidak pernah melihat sekeping cek yang bernilai RM90 juta itu...

Siasatan SPRM juga tidak menemui apa2 bukti tentang kewujudan sekeping cek RM90 juta itu...

Kemudian SPRM menyiasat pula dakwaan bayaran RM1.4 juta yang di terima oleh Clare dari Rameli Musa, tapi masih lagi SPRM mendapati tiada apa2 kaitan antara bayaran itu dengan TG Hj. Hadi atau mana2 pemimpin PAS...

Seperti yang di dedahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin, persetujuan penyelesaian di luar mahkamah di capai tanpa melibatkan apa2 kos atau bayaran kepada mana2 pihak...

Tapi Americk Singh Sidhu, seorang peguam pula mendakwa bahawa RM1.4 juta itu adalah bayaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah...

Jadi dakwaan siapa yang betul, Takiyuddin atau Americk?

Siasatan SPRM telah mengesahkan bahawa bayaran RM1.4 juta BUKAN BAYARAN PENYELESAIAN KES DI LUAR MAHKAMAH seperti yang di dakwa oleh Anwar, MALAH RAMELI SENDIRI MENGAKUI BAHAWA YANG MENYURUH BELIAU MEMBAYAR CLARE BUKANNYA TG HJ. HADI TETAPI ANWAR IBRAHIM!!!

Hijab telah pun Allah SWT buka, fitnah yang di lemparkan Anwar kepada TG Hj. Hadi telah berbalik pada diri beliau sendiri...

Mufti Perlis pernah mengatakan, "Berhati2 untuk memfitnah Hj. Hadi kerana tanda2 zuhud ada padanya"...

Allah SWT pasti akan memelihara hamba2Nya yang di kasihi...

Firman Allah SWT dalam Al Quran :

مَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ

Mafhumnya :


Dan mereka merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya mereka dan ingatlah, Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya...

Surah Ali Imran : Ayat 54




Kredit :

0 comments:

fda

Archives