Tuesday, March 27, 2018

DAP, parti rasuah (Bhg. 10) - Lim Guan Eng Jual Pulau Pinang 2

Broker Tanah Berbakat Besar
Lim Guan Eng

Ramai yg x tahu, selain jadi ahli politik, Guan Eng juga berbakat besar jadi broker tanah...

Buktinya, sejak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pd 2008, Guan Eng 'berjaya' jual berkeping2 tanah Pulau Pinang yg dia anggap mcm tanah mak bapak dia sendiri!!!

ISU JUAL TANAH PEEL AVENUE



2017, Guan Eng salah gunakan kuasa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga EXCO Tanah Pulau Pinang dgn jual 6.443 ekar tanah di Peel Avenue Lot 1449, Seksyen 4, Georgetown, Daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Tanah tu Guan Eng jual pada Island Hospital Sdn. Bhd. milik penuh Raffles Medical Group Ltd. Singapura.

Yg memusykilkan tanah tu Guan Eng jual cara rundingan terus dan bukan dgn cara tender terbuka.

Dah lah tu, harga tanah tu pulak di bawah harga pasaran semasa.

Anggaran harga semasa tanah tu RM186 juta tapi Guan Eng punya harga RM156 juta.

Tu kira dah tolak offer dgn diskaun yg Guan Eng bagi ler!!!

Baca di sini :


Walau pun sebelum ni, Guan Eng yg selalu menyalak semua tanah milik kerajaan negeri yg nak di jual MESTI cara tender terbuka dan TAK BOLEH cara rundingan terus.

Sekarang apa cerita tokong?

Orang lain buat tak boleh tapi lu buat boleh!!!

Baca di sini :


Lihat video klip ni :




ISU JUAL TANAH DI TAMAN MANGGIS FASA 2


Kita tahu Guan Eng beli rumah banglo dia dari Phang Li Koon dgn harga RM2.8 juta walau pun nilai sebenar hartanah tu RM4.27 juta.


Walau pun Teresa Kok cuba cover cerita dgn bagi alasan bangang, kononnya Phang Li Koon jual murah sbb masaalah 'feng shui'.

Guan Eng punya alasan lagi canggih, banglo tu tak ada 'swimming pool', sebab tu harga murah!


Apa pun skandal Guan Eng jual tanah juga dgn harga murah pd KLIDC dan lepas tu tukarkan status tanah adalah jawaban sebenar pada skandal rumah banglo diskaun 50% Guan Eng.

Baca di sini :


Dan juga di sini :


Tonton video klip ini :



Macam tu lah perangai tokong Lim.

BN nak beli tanah tu dgn harga RM22 juta utk buat rumah PPRT, tak nak jual.

Lepas tu jual pada KLIDC dgn harga RM11 juta kononnya nak buat pusat pemeriksaan dan kesihatan.

Bila dah jual, tukar status projek.

Pusat kesihatan cuma 30%, hotel dgn suite 70%.

Sudahnya sampai sekarang, tanah tu tak jadi apa.

ISU TAMBAK LAUT SERI TANJUNG PINANG FASA 2




Projek tambak laut di Seri Tanjung Pinang Fasa 2
banyak timbulkan bantahan sbb kesan pada alam semulajadi.

Tapi isu yg paling besar ialah tentang kos kerja2 penambakan laut tu sendiri.

Kerja yg sama di buat oleh Benalec dgn kos antara RM8 mps hingga RM10 mps di Melaka.

Tapi bila tiba pada tangan Guan Eng, kos tambak laut meningkat pada RM104 mps.

Banyak lagi salah laku dan penyelewengan yang tokong Lim buat akan di dedahkan dalam siri yang akan datang.

Tungguuu....

0 comments:

fda

Archives