Thursday, February 4, 2021

Rakyat Dah Menyampah, Populariti Muhyiddin Makin Jatuh Walau Pun Pengampu Cuba Bantu


Semakin lama Muhyiddin cuba mengekalkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri (walau pun secara Perlembagaan, Muhyiddin sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri), rakyat semakin marah dan menyampah.

Kini kemarahan rakyat kepada Muhyiddin sedang menuju ke puncak.

Ianya bukanlah dakwaan yang tidak berasas atau merupakan fitnah.

Tetapi ianya adalah kenyataan yang harus ditelan oleh Muhyiddin di atas kegagalan beliau menjalankan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.


Bukti yang paling jelas adalah, setiap kali Muhyiddin membuat 'posting' dalam akaun Facebook beliau, rakyat akan menyindir, mengutuk dan memaki hamun Muhyiddin dalam ruangan komen.

Kalau ada yang berpendapat komen di dalam media sosial tidak boleh dijadikan ukuran terhadap sokongan rakyat kepeda Muhyiddin, bagi admin, orang yang berkata sedemikian sama ada orang yang baru keluar dari gua atau seorang yang datang dari abad yang lain.

Dalil admin ialah, hampir setiap rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun di media sosial, sama ada Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan lain-lain.

Dan hampir keseluruhan rakyat Malaysia dari yang berumur seawal 8 tahun hingga yang berumur lebih dari 70 tahun mempunyai akaun di Facebook, anak admin yang berumur 8 tahun juga mempunyai mempunyai akaun Facebook selain dari grup WhatsApp.

Yang paling aktif di Facebook dan Instagram adalah rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas, dan mereka ini adalah pengundi berdaftar di Malaysia.

Di tangan mereka nanti akan ditentukan siapa atau parti mana yang akan diserahkan mandat pemerintahan.

Manakala golongan profesional serta golongan pengundi atas pagar pula didapati lebih aktif di Twitter dan dalam pilihanraya, golongan inilah yang akan menjadi penentu kemenangan calon atau parti yang bertanding.


Malang bagi Muhyiddin, golongan ini juga mengecam beliau dengan cukup hebat, tidak kira apa juga berita yang ingin Muhyiddin kongsi.

Kemuncak kemarahan rakyat bermula apabila penularan Covid-19 mula mencecah 4 digit selepas Pilihanraya Negeri Sabah.

Walau pun beberapa pemimpin utama UMNO tidak setuju dengan kerakusan Muhyiddin untuk merampas Sabah dari Warisan dan membantah PRN Sabah diadakan ketika kes penularan Covid-19 di Sabah mula mendadak naik, tapi Muhyiddin tetap berdegil dan mahu meneruskan rancangan beliau merampas Sabah.

Akibatnya rakyat sekali lagi dikurung dan beberapa sektor ekonomi ditutup kembali dan penularan Covid-19 kembali naik di Malaysia, sehingga ke hari ini Muhyiddin masih lagi gagal menangani masaalah tersebut.


Dalam ertikata lain, akbat kerakusan Muhyiddin, rakyat pula yang dihukum.

Apabila sudah timbul ura-ura untuk melaksanakan PKP, pemimpin UMNO mencadangkan supaya Muhyiddin membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP rakyat serta pemberian moratorium tanpa syarat supaya bebanan kehidupan rakyat dapat dikurangkan dengan perlaksanaan PKP.


Namun, demi untuk meluluskan Rang Undang Undang Perbekalan 2021, Muhyiddin sanggup menipu dengan memberikan harapan palsu kepada rakyat.

Lebih menaikkan kemarahan rakyat, apabila di saat rakyat sedang bergelut dengan tekanan hidup, terbongkar pula berita famili dan kroni Muhyiddin mendapat keuntungan berbilion ringgit hasil dari duit rakyat.

Kini kemarahan rakyat terhadap Muhyiddin dan bekas menteri-menteri beliau di dalam Perikatan Nasional dan pemerhati politik meramalkan, sekiranya Pilihanraya Umum diadakan dalam tempuh terdekat, Perikatan Nasional, terutamanya PPBM pasti akan dikuburkan oleh kemarahan rakyat.

Namun, ibarat tidak berpijak di bumi yang nyata, pengampu Muhyiddin cuba untuk menanamkan naratif Muhyiddin masih lagi menjadi pilihan rakyat untuk diangkat sebagai Perdana Menteri selepas PRU 15 nanti, walau pun di dalam media sosial mereka dilihat semakin longlai mempertahankan kritikan pedas rakyat terhadap Muhyiddin.

Maka tersiarlah beberapa undian yang kononnya telah dijalankan oleh pengampu Muhyiddin yang diwar-warkan kononnya berpihak kepada mereka.

Tidak kurang dengan portal rasmi parti pendokong kuat Muhyiddin, Harakah dari PAS.

Tidak tahu siapa respondan yang ditanya, secara tiba-tiba, di tengah-tengah kemuncak kemarahan rakyat kepada Muhyiddin, PAS mengumumkan, melalui satu kajian yang dijalankan, Muhyiddin kekal mendapat sokongan majoriti rakyat...😂😂😂

Apakah hanya semata-mata kerana mahu mengampu Muhyiddin, PAS sanggup ditertawakan oleh rakyat?

Di mana prinsip Ulamak Adalah Pewaris Nabi yang kononnya menjadi pakaian pemimpin PAS selama ini?

Apakah PAS tidak sedar, kemarahan rakyat kepada Muhyiddin semakin memuncak bila apabila PKP disambung lagi selama 14 hari bermula dari 5 Februari 2021 hingga 18 Februari 2021?

Apakah PAS tidak sedar atau pura-pura tidak sedar, rakyat sudah mula meragui angka-angka penularan kes baru Covid-19?


Apakah PAS masih lagi tidak sedar, rakyat sudah tahu, penipuan angka tersebut memang dirancang kerana mahu menyelamatkan kedudukan Muhiddin?


Kini, bocor lagi rahsia yang menambahkan keyakinan rakyat bahawa angka-angka tersebut sememangnya dicipta oleh pihak Muhyiddin dan lanjutan perintah PKP serta Perintah Darurat adalah semata-mata mahu menyelamatkan Muhyiddin dan konco-konco beliau.

Satu nasihat kepada pemimpin PAS yang kini sedang lena diulit mimpi, berpautlah pada dahan yang teguh dan bukannya dahan rapuh yang kini semakin mereput.

0 comments:

fda

Archives