Monday, February 8, 2021

Pendedahan Perancangan Annuar Musa Untuk Menjadi Presiden UMNO


Sejak tersingkir dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa semakin berdendam dengan UMNO, terutamanya Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Walau pun mulut Annuar Musa mengucapkan perkataan beliau berlapang dada dan menerima dengan redha segala ketentuan yang telah ditetapkan ke atas diri beliau, namun tindakan dan kenyataan beliau selepas membuat sidang media mengenai pengguguran beliau dari jawatan Setiausaha Agung UMNO adalah jauh berbeza.

Dalam sidang media tersebut, Annuar Musa cuba menanamkan naratif kepada akar umbi UMNO bahawa beliau adalah pihak yang benar dan berpegang kukuh kepada prinsip perjuangan parti.

Maka atas sebab itulah, beliau telah dilihat sebagai musuh UMNO.

Untuk memperkukuhkan tohmahan beliau, Annuar Musa telah memfitnah Presiden UMNO dan mantan Presiden UMNO telah menulis surat kepada SPB YDP Agung dan menyatakan sokongan parti UMNO kepada Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Apa yang tidak disebutkan Annuar Musa ialah bagaimana perancangan beliau berserta Geng Publika yang lain mahu melumpuhkan UMNO supaya semua akar umbi dan aset UMNO dapat diserapkan ke dalam PPBM.

Namun bila diminta oleh wartawan supaya Annuar Musa menunjukkan surat yang beliau dakwa ada di tangannya ketika itu, Annuar Musa enggan.

Annuar Musa juga menuduh, kononnya ada di kalangan pemimpin UMNO yang telah berjumpa pemimpin DAP dengan tujuan untuk melakukan kerjasama politik dengan DAP.


Tetapi sangat malang bagi beliau, apabila Setiausaha Agung DAP, 
Lim Guan Eng sendiri telah tampil mendedahkan penipuan Annuar Musa itu.


Apa yang tidak didedahkan oleh Annuar, semasa menjadi Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa sendiri telah menyatakan 
menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan DAP!!!

Mengapa Annuar Musa memainkan kedua-dua isu tersebut?

Sebagai 'orang lama' dalam UMNO, Annuar Musa tahu, itulah 2 sentimen yang sangat-sangat tidak boleh diterima oleh pemimpin dan akar umbi UMNO dan sekiranya Annuar Musa berjaya, maka akan berlaku gelombang penolakan pemimpin dan akar umbi UMNO terhadap kepimpinan Presiden UMNO yang ada sekarang.

Namun apabila yang hak mengatasi yang bathil, Annuar Musa ditelanjangkan oleh penipuan beliau sendiri.

Bermula dari situ, Annuar Musa berhempas pulas untuk membalas dendam kepada UMNO dan Presiden UMNO.

Kini, Annuar Musa menggunakan pula kedudukan beliau sebagai Menter Wilayah untuk membeli pemimpin-pemimpin UMNO yang akan mengundi dalam Pemilihan UMNO yang akan datang.

Dalam sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari yang lepas, Annuar Musa telah melelong pingat dan kebesaran Wilayah Persekutuan demi untuk merealisasikan agenda politik peribadi beliau.

Secara bandingan, pada sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019, cuma 28 orang sahaja yang telah dianugerahkan gelaran 'datuk' berbanding 111 orang penerima anugerah yang sama pada tahun ini. 

Apa tujuan Annuar Musa?


Pada Pemilihan UMNO 2009, Ali Rustam (ketika ini menjadi Yang Di Pertua Negeri Melaka) telah menggunakan strategi ini.

Sebelum Pemilihan UMNO 2009, Ali Rustam (ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka), dengan 'bermurah hati' telah menganugerahkan pingat yang membawa gelaran Datuk kepada pemimpim-pemimpin UMNO.

Sehingga timbul cakap-cakap di kalangan orang ramai, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, Melaka adalah negeri kilang pingat Datuk.

Menjelang Pemilihan UMNO 2009, Ali Rustam telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Ketika itu gelombang sokongan pemimpin UMNO terhadap Ali Rustam adalah sangat kuat dan diyakini, beliau akan terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan mudah berbanding Muhyiddin Yassin yang juga menawarkan diri sebagai calun Timbalan Presiden UMNO.

Namun apabila dikesan Ali Rustam mengamalkan politik wang, maka beliau telah 'dinasihatkan' supaya menarik diri.

Maka Muhyiddin Yassin memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO dengan menewaskan seorang lagi calun Timbalan Presiden UMNO, Muhammad Muhd Taib pada pemilihan tahun itu tanpa sebarang masaalah.

Cara yang sama cuba digunakan oleh Annuar Musa untuk mencabar kedudukan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, dalam Pemilihan UMNO pada tahun ini.

Kepada akar umbi dan pemimpin UMNO, buatlah pilihan yang bijak demi masa depan UMNO dan juga masa depan anak cucu kita.


Apakah UMNO mahu diserahkan kepada seorang pemimpin yang sanggup menggalas tugas 
sebagai presiden tanpa jawatan Perdana Menteri untuk menyuburkan semula semangat dan perjuangan UMNO ketika UMNO dikecam dan dihimpit oleh pelbagai pihak.


Atau UMNO mahu diserahkan kepada manusia yang sarat dengan agenda dan dendam peribadi dan telah terbukti bersekutu dengan musuh-musuh UMNO yang mahu menguburkan UMNO.

Pilihan kita hari ini bukan sahaja akan memberikan kesan kepada parti UMNO di masa akan datang, malah lebih dari itu, ianya akan memberikan kesan kepada nasib generasi Melayu akan datang yang di dalamnya termasuk juga anak cucu kita.

0 comments:

fda

Archives