Wednesday, February 12, 2020

Najibnomics Memacu Ekonomi Malaysia, Guan Engnomics Jadikan Malaysia Kalis Kemelesetan Ekonomi...不不不


Zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan DS Najib, formula-formula yang DS Najib telah membuatkan Malaysia menongkah arus dari kemelesetan ekonomi global.

Formula ekonomi DS Najib diakui oleh pakar ekonomi bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara hingga mendapat gelaran Najibnomics.


Malah pada tahun 2017, Finance Asia yang berpusat di Hong Kong telah menobatkan DS Najib sebagai Menteri Kewangan ke 10 terbaik di Asia Pasifik walau pun pada tahun 2016 telah meletakkan DS Najib sebagai Menteri Kewangan ke 2 terburuk Asia Pasifik kerana terpengaruh dengan serangan musuh politik DS Najib di Malaysia.


Dan sejak pertengahan tahun 2018, Malaysia sekali lagi mendapat Menteri Kewangan yang baru akibat dari kekalahan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 14.


Lim Guan Eng, aka Nabita, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, yang telah pun menelan ratusan juta ringgit duit rakyat tapi hingga ke saat ini, Terowong Dasar Laut Pulau Pinang masih lagi menjadi misteri telah dilantik menjadi Menteri Kewangan!!!

Selain itu, Lim Guan Eng juga terkenal dengan pengiraan salah kos Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, kesilapan titik perpuluhan dalam Dewan Rakyat dan berbagai-bagai teori dan dasar ekonomi yang merapu hingga digelar Menteri Badut aka Menteri Kewayangan Malaysia.

Kini, akibat dari penularan wabak dari virus korona ke seluruh dunia, Lim Guan Eng sekali lagi keluarkan kenyataan bodoh yang langsung tidak berasas.


"Malaysia bebas risiko kemelesetan ekonomi", kata Lim Guan Eng.

Mana pernah ada negara yang kalis risiko kemelesetan ekonomi?

Seluruh dunia mengeluh tentang impak ekonomi dari wabak koronavirus tapi Menteri Kewayangan aka akauntan yang gagal nie kata Malaysia kalis risiko kemelesetan ekonomi.

Negara yang ekonominya paling besar dalam dunia, tak pernah ada sekatan seperti yang sedang berlaku di negara China.

Warga mereka takut atau dilarang untuk keluar rumah.

Mereka takut untuk berbelanja.

Mereka di halang dari keluar bandar dan negara.

Kilang-kilang sana diarahkan tutup untuk tempoh yang lama.


Negara-negara lain juga tak pernah ada sekatan penerbangan berskala besar seperti apa yang sedang berlaku sekarang (BACA DI SINI).

Sudah ramai pakar-pakar, menteri kewangan dan perdana menteri dari banyak negara lain yang memberi amaran bahawa impak ekonomi akibat wabak ini adalah sangat signifikan.

Tapi Menteri Badut aka Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng kata Malaysia kalis risiko ekonomi.

Dia fikir ekonomi Malaysia sejak PRU14 dan sebelum wujudnya darurat koronavirus ini sangat mantap ker?

Kalau betul seperti apa yang Lim Guan Eng dakwa, sila nyatakan perancangan dan dasar-dasar ekonomi yang telah dirangka untuk membuatkan Malaysia kalis risiko kemelesetan ekonomi.

Janganlah keluarkan kenyataan tanpa sebarang fakta.

Sedangkan sebelum menularnya wabak dari virus korona, ekonomi Malaysia dah jatuh teruk, inikan pula bila dunia dilanda kebimbangan akibat dilanda wabak tersebut.

Lu punya sembang, kandang babi pun boleh terbang!!!

0 comments:

fda

Archives