Sunday, February 2, 2020

Auta Syed Saddiq Tak Bertahan Lama, Cukup-Cukuplah Dengan Wayang Bodoh Tu


Menteri Belia dan Sukan aka Menteri Tisu Lembut, Syed Saddiq memang dikenali dengan penipuan-penipuan atau wayang yang sama level dengan akal kanak-kanak Dumex.



Tapi nak buat macam manakan, dah umur Syed Saddiq pun pra matang, akal dia lagilah tak matang, tapi dilantik juga sebagai menteri akibat PPBM tak ada pemimpin muda yang berkualiti.


Terkini viral di media sosial Syed Saddiq lari macam tikus di Ulu Tiram, Johor.


Dalam satu kenyataan Syed Saddiq dalam akaun Facebook beliau, Syed Saddiq mendakwa ketika sedang berucap dalam satu majlis anjuran beliau sendiri di Ulu Tiram, Johor, secara tiba-tiba, kira-kira 200 orang gangster berbaju hitam telah mengganggu, mengepung dan menyerang majlis itu, kritikal wooh masa tu...😂😂😂

Syed Saddiq dakwa kumpulan 'gangster berbaju hitam' tu sergah dan langgar semua tetamu yang hadir sambil memekik kata-kata kesat, brutalnya...🤣🤣🤣

Youth Power...🤣🤣🤣

Kononnya, yang paling membimbangkan Syed Saddiq ialah ada kanak-kanak dan wanita dalam majlis tu, maksudnya Syed Saddiq bimbangkan keselamatan kanak-kanak dan wanita yang ada kat situ, jadi terpaksalah Syed Saddiq lari macam tikus untuk selamatkan diri dengan panjat pagar dan menggunakan jalan tikus...🤣🤣🤣

Keselamatan wanita dan kanak-kanak tu macam mana pulak, apa nak risau, bagi Syed Saddiq, laki dengan bapak dia orangkan hadoo, janji diri dia selamat sudahlah...😛😛😛

Serba sedikit itulah penjelasan Syed Saddiq mengenai insiden malam tu.

Auta Syed Saddiq Tak Bertahan Lama


Syed Saddiq dakwa majlis tu dikepung oleh sekumpulan gangster berbaju hitam seramai 200 orang.


Video klip nie, nampak lebih jelas.

Tapi dari video klip di atas jelas :

》'Gangster' yang Syed Saddiq katakan tu bukan semua gunakan baju yang sama warnanya.

》'Gangster' tu cuma berkumpul dalam satu kawasan kecil jer, bukan mengepung keseluruhan kawasan majlis tu, sebab kalau nak kepung keseluruhan kawasan majlis tu 200 orang tak cukup, mungkin perlukan 2,000 orang Syed Saddiq woi.

》Kumpulan 'gangster' tu taklah sampai 200 orang, cuma lebih kurang 50 orang jer.

》Kumpulan 'gangster' tu cuma menjerit-jerit jer, mana ada langgar tetamu yang hadir, cubit pun tak, tak ada nampak pun 'gangster' tu bawa kayu besbol atau kayu hoki, apa lagi parang atau senjata tajam...😂😂😂

Jadi dah kenapa Syed Saddiq sampai terpaksa lari macam tikus dan panjat pagar, macam kena perambat dengan parang pulak?

Wayang apa lagi nie Mat Tisu Lembut?


Sebenarnya ini bukan kali pertama Syed Saddiq menipu untuk dapatkan populariti murahan.

Ingat lagi tak macam mana Syed Saddiq yang pada mulanya berjalan segak bila keluar dari kereta, tiba-tiba jalan terhencut-hencut bila nampak wartawan.


Dahlah tu, plaster sekejap sebelah kiri, sekejap sebelah kanan...🤣🤣🤣


Macam cerita Madu Tiga lakunan P. Ramlee pulak...😅😅😅

Motif, Syed Saddiq seorang menteri yang berkerja keras untuk rakyat, walau pun dalam keadaan sakit dan cedera tapi tanggungjawab sebagai pemimpin yang mengutamakan rakyat tetap menjadi keutamaan, chey wahhh...😉😉😉


Tak percaya, cuba tenguk gambar kat atas tu.

Dalam sejarah Malaysia, mana ada menteri yang ada masa lapang yang banyak sangat untuk main Playstation kat dalam pejabat kementerian.


Bukan setakat main Playstation jer, siap main golf kat dalam pejabat lagi.



Sebab tu pegawai Syed Saddiq pun tumpang sekaki.

Berbalik pada insiden di Ulu Tiram, Syed Saddiq sebenarnya dah 'over acting'.

Mustahil tak ada anggota polis dalam mana-mana majlis yang dihadiri menteri.

Dan mustahil polis tak bertindak sekiranya benar ada keganasan yang mengancam nyawa orang awam.

Mungkin anggota polis yang ada ketika kejadian itu pun terkejut atau mungkin terpaksa menahan ketawa melihat tingkah laku bodoh Syed Saddiq...😂😂😂

Apa yang lebih menimbulkan persoalan, kenapa Syed Saddiq tak buat lapuran polis tetapi sebaliknya bertindak memuat naik insiden tersebut dalam laman Facebook beliau?


Sudah-sudahlah dengan percubaan untuk membodohkan rakyat dengan lakonan-lakonan bodoh macam tu.

Tapi jangan pula nanti Muafakat Nasional yang dipersalahkan yer Syed Saddiq!!!

0 comments:

fda

Archives