Thursday, February 13, 2020

Bila Kaki Kencing Kena Kencing Dengan Saka Yang Kuat Pusing...🤣🤣🤣


Sebut jer nama Anwar Ibrahim, apa yang terlintas di kepala kita?

PM Tepi, Sesumpah Politik, Kisah Seks Luar Tabie dan macam-macam lagilah.


Bila sebut nama Dr. Mahathir pulak, apa yang terlintas di kepala kita?

Atok Kaki Pusing, Atok Kaki Kencing dan macam-macam lagi.

Pertembungan antara Dr. Mahathir bukan kali pertama, dah menjangkau lebih 2 dekad, jadi tak perlulah admin tuliskan kronologinya lagi, bosanlah.

Apa yang admin nak tuliskan sekarang nie ialah tentang peralihan kuasa yang Dr. Mahathir janjikan pada Anwar Ibrahim.

Kalau ikut yang diwar-warkan, tak lama lagi tu, sekarang dah bulan Februari, maknanya tinggal 2 bulan setengah jer lagi.

Tapi signal dari Dr. Mahathir, jelas tunjukkan yang Anwar sekali lagi akan kena main.


Mula-mula 2 tahun, lepas tu 3 tahun, lepas tu bila semua masaalah selesai, lepas tu bila semua hutang negara selesai...😝😝😝

Yang belum keluar dari mulut Dr. Mahathir ialah bila matahari terbit dari barat, baru peralihan kuasa akan berlaku...🤣🤣🤣

Undi Percaya PAS Di Dewan Rakyat, Pasti Akan Buat Anwar Kelam Kabut Ayam


Lepas kepimpinan PAS jumpa Dr. Mahathir, PAS terus umumkan akan lakukan undi percaya pada Dr. Mahathir di Dewan Rakyat nanti.

Bila saja PAS umumkan tentang undi percaya, Anwar dan macai-macainya terus menggelupur dan kelam kabut ayam.

Kenapa?

Sama ada undi percaya itu berjaya dapat sokongan majoriti atau tidak, keputusan akhirnya tetap Anwar akan kempunan untuk jadi Perdana Menteri.

Kalau undi percaya terhadap Dr. Mahathir dapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, bererti Dr. Mahathir akan lebih selesa untuk jadi Perdana Menteri sampai akhir penggal, ini bermakna Anwar hanya berpeluang jadi Perdana Menteri selepas PRU 15, itu pun kalau Pakatan Harapan menang ler.

Dan kalau undi percaya gagal dapat sokongan Ahli Dewan Rakyat, maka undi percaya yang dilakukan itu akan bertukar menjadi undi tidak percaya pada Dr. Mahathir, dan Dr. Mahathir mesti mengadap SPB YDP Agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan beliau dan kerajaan Pakatan Harapan.

Terpulang kepada SPB YDP Agong untuk membuat keputusan sama ada mahu parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU 15 atau baginda akan menitahkan supaya satu kerajaan alternatif yang akan memerintah hingga akhir penggal ditubuhkan untuk menggantikan kerajaan Pakatan Harapan, dan ini juga akan buat Anwar kempunan untuk jadi Perdana Menteri.

Jadi memanglah tidak menghairankan bila Anwar melenting ke tahap maksima bila dapat tahu PAS akan melakukan undi percaya terhadap Dr. Mahathir.

Anwar tahu, undi percaya itu adalah kehendak Dr. Mahathir sendiri, tak mungkin PPBM akan melakukan undi percaya sebab kita semua tahu auta dan cara Dr. Mahathir berpolitik.


Dan DAP terutamanya Lim Guan Eng, janganlah purak-purak tak tahu apa itu undi percaya terhadap Perdana Menteri, Ai Yaaa Ah Beng, tanya sama lu punya apak lah (BACA DI SINI)...😉😉😉

Bila Wan Azizah yang selama ini banyak mendiamkan diri dalam isu peralihan kuass telah bersuara, maka ini adalah signal yang cukup jelas bahawa kesabaran Anwar sudah sampai ke tahap maksima.

Apa pilihan yang Anwar ada?


Satu-satunya pilihan yang Anwar ada ialah perkudakan balik budak-budak otai reformasi buat demonstrasi, bergolek-golek, berguling-guling di jalanraya...🤣🤣🤣

Bila itu berlaku, apakah Dr. Mahathir akan serahkan jawatan Perdana Menteri atau Anwar akan terus gigit jari?

Apa pun kesudahannya, itulah yang akan berlaku bila Kaki Kencing Kena Kencing Dengan Saka Yang Kuat Pusing...😝😝😝

0 comments:

fda

Archives