Datuk Mokhzani Mahathir Pengerusi & CEO Opcom Holding Bhd. |
Malaysiakini lapurkan syarikat anak Perdana Menteri Malaysia Ke 7, Datuk Mokhzani Mahathir 'di anugerahkan' kontrak TM bernilai RM11.16 juta hanya 5 hari lepas PRU 14...
Wow, cepatnya...
Relax derrr, jangan cepat melenting sebab Utusan melapurkan yang Opcom Holding Bhd dapat kontrak tu cara tender terbuka...
Kita tak nak bincang cara Opcom dapat kontrak tu dari TM Bhd tapi apa yang kita nak bincangkan ialah apa mungkin zaman kegemilangan nepotisme dan kronisme akan berulang lagi bila Tun Mahathir jadi PM ke 7 macam yang berlaku masa Tun Mahathir jadi PM ke 4 dulu...
Betulker Nepotisme Dan Kronisme Amalan Mahathir Bila Berkuasa, Kalau Betul Apa Buktinya???
Dalam video klip yg berdurasi 1 minit 46 saat, Dr. Roslan Mohd Latif cara jelas terangkan tindakan2 Mahathir yang di kategorikan sebagai nepotisme sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri Malaysia ke 4...
Kekayaan mendadak yang anak2 Mahathir terutama Mokhzani Mahathir perolehi sepanjang era ayahnya jadi perdana menteri sangat meragukan...
Kita tak nafikanlah anak Mahathir, Mokhzani memang pandai berniaga...
Tapi kejayaan luarbiasa tu nampak macam agak pelik sikit...
Lebih 30 Juta Rakyat Malaysia Tapi Kenapa Cuma 4 Orang Nie Jer Yang Dapat Kontrak Besar
Macam yang pernah Datuk Seri Anwar katakan, tak dak Melayu pandai berniaga ker, tak dak Cina pandai berniaga ker, tak dak Dayak pandai berniaga ker...🤔🤔🤔
Betul juga tu, lepas dia, dia, lepas dia, dia yang dapat projek!!!
Mahathir Kata Bagi Projek Pada Orang Tertentu Bukan Amalan Kronisme Tapi Membantu
Betullah tu membantu tapi kenapa dua tiga kerat jer yang di bantu...
Mahathir jadi perdana menteri pada 31 juta rakyat Malaysia dan bukannya perdana menteri pada 4 orang rakyat Malaysia tu jer...
Maksudnya kalau nak bantu, kena bantu semua rakyat Malaysia kannn...😉😉😉
Tongkat Punya Cerita
Bukan Mahathir ker yang selalu kata kita kena buang tongkat dan berdikari...
Nak tanya sikit, agak2nya anak2 Mahathir tu berjaya sebab dah buang tongkat atau sebab dapat tongkat sakti...😉😉😉
Kesimpulannya, kita tak larang malah tak boleh larang Mokhzani dan anak2 Mahathir untuk berniaga dan cari kekayaan dunia hanya kerana mereka anaj kepada perdana menteri...
Yang kita tak mahu, cerita kronisme dan nepotisme berulang lagi...
Lagi mengerikan kalau cerita bail out berulang lagi...
Kita tak mahu ada tangan2 ghaib buka khazanah negara dan ambil harta rakyat berbilion2 ringgit kerana nak selamatkan serikat anak2 atau kroni2 daripada rugi...
Kalau dah mampu bangunkan serikat sampai boleh untung berjuta2 ringgit setahun, dah tentulah juga mampu selamatkan serikat daripada rugi...
Rakyat tak pernah minta duit serikat mereka untuk tanggung kehidupan rakyat...
Jadi janganlah pulak gunakan duit rakyat untuk selamatkan serikat tu nanti yerrr...
0 comments:
Post a Comment