Saturday, September 15, 2018

Bila Pemimpin Peralatkan Undang2 Negara

Sekali Lagi Kedaulatan Undang2 Negara Di Bakul Sampahkan


1998, zaman bermulanya reformasi ekoran salah guna kuasa Mahathir yg menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4 waktu itu...

Puncanya...

Bukan kata satu Malaysia malah satu dunia tahu...

Pemecatan DS Anwar Ibrahim atas dakwaan salah guna kuasa dan liwat...

Penulis tak katakan yg Anwar nie ibarat Suci Dalam Debu tapi apa yang di kesalkan ialah matlamat utama Mahathir mendakwa Anwar ialah kerana Anwar di katakan mula menggugat kedudukan Mahathir sebagai perdana menteri dan presiden Umno ketika itu...

Mahathir gunakan segala2nya yg ada utk memastikan Anwar di humban ke dalam penjara...

Polis, peguam negara dan mahkamah di gunakan Mahathir utk sumbat Anwar dalam penjara...

Pendakwaan yang kelam kabut dan fakta yang bercanggah tak mampu menyelamatkan Anwar masa tu...

2018 Giliran DS Najib


Mahathir tak pernah berubah...

Siapa saja yang dah di anggap sebagai musuh politik atau berani bantah apa kehendak Mahathir, jawabnya 'balik awal'...

Walau pun kehendak Mahathir tu tak masuk akal tapi kalau rasa nak selamat dengan kedudukan yg ada, layan jer lah...

Hubungan antara Mahathir dengan Najib pada mulanya agak akrab...

Najib sendiri akuinya...

Tapi bila Najib enggan tunaikan kehendak peribadi Mahathir maka hubungan yang akrab bertukar menjadi permusuhan yang sadis!!!

Maka Mahathir mulakan serangan bertali arus pada Najib sampai akhirnya Najib 'balik awal'...

Tan Sri Shafee Abdullah Pun Kena Getah Sebab Jadi Ketua Peguambela Najib Dalam Kes 1MDB


Pertuduhan AMLA terhadap teraju utama pasukan peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman di laksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan Najib dari mendapat perbicaraan yang adil...

Ia boleh di lihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili Najib di mahkamah...

Terang lagi bersuluh...

Memetik kata2 Shafee, "pendakwaan ini adalah cara untuk menghalang saya dari membela Najib, I will still defends Najib and there is no way they can stop me"...

Taktik Sama Untuk Kes Yang Berbeza, Dulu Kes Liwat Anwar, Sekarang Kes 1MDB Najib


Sebelum ini  hakim bagi kes Najib telah di tukar secara tiba2...🙏🙏🙏


Manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap Najib...

Ini juga jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Tan Sri Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Kini AGC bukan sahaja melantik seorang malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya...



Sebagaimana yang Najib dedahkan sebelum ini melalui paparan beberapa dokumen...

Najib menerima sumbangan politik dalam jumlah yang agak besar secara terus kepada beliau daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah...

Wang dari sumber ini yang di bayar untuk khidmat Tan Sri Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun2 termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihanraya 12 dan 13 bagi pemimpin BN lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi...

Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah di sempurnakan...

Membuat dakwaan terhadap Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan...

Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda...

Cepatnya pendakwaan menindas terhadap Shafee ini juga mencetuskan persoalan kerana ia di lakukan beberapa hari selepas Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Mahathir yang mengarahkan beliau di lantik sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat 2.0 Datuk Seri Anwar...

Satu fakta yang masih tidak di nafikan oleh Mahathir, pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan itu atau bekas Peguam Negara ketika itu...

Trend Baru Proses Keadilan Di Malaysia, Dakwa Dulu Lepas Tu Baru Siasat


Pemilihan masa bagi menuduh Shafee juga mengejutkan kerana Najib masih tidak lagi di ambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen2 berkaitan kes ini...

Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Shafee di tuduh di mahkamah...

Penindasan terhadap Shafee juga boleh di anggap sebagai amat  kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan...


Di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan...

Lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan Harapan dan yang berkaitan dengan mereka turut di gugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini...


Petikan Dari Tulisan Asal :

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia
13.9.2018

0 comments:

fda

Archives