Friday, September 7, 2018

Lepas Guan Eng, Azmin Pula Buat Kenyataan Main Hantam...🀦‍♂️🀦‍♂️🀦‍♂️


Semalam di Dewan Negara, Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali buat kenyataan agak pelik bila mendakwa BR1M ialah satu rasuah satu rasuah dan bantuan itu di anggap  bukti bahawa kerajaan BN gagal membantu golongan B40...

Alasan yang di berikan Azmin Ali ialah, kerajaan BN gagal untuk mempertingkatkan golongan B40 menjadi golongan M40...

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Tak Tahu Tentang Ekonomi 🀦‍♂️🀦‍♂️🀦‍♂️

Jelas Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi keliru dengan kefahaman konsep ekonomi dan matematik beliau...

Memang melucukan bila seorang Menteri Hal Ehwal Ekonomi tak tahu tentang istilah ekonomi yang di guna pakai di negara sendiri...

Hang layak masuk Maharaja Lawak...🀣🀣🀣

Siapa golongan B40, M40 dan T40 Yang Di Maksudkan Di Malaysia



Sepanjang masa, dalam sesebuah negara, golongan B40 akan sentiasa ujud...πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Ini konsep ekonomi dan matematik asas!!!



B40 bermakna kumpulan rakyat berpendapatan 40% paling rendah... 

Oleh itu, ini tidak bermakna jika kesemua golongan B40 di pertingkat menjadi M40 maka tiada lagi kewujudan golongan B40...

Contohnya, B40 adalah dari pendapatan RM4,000 sebulan namun jika pendapatan rakyat meningkat satu kali ganda pada masa depan, B40 akan diklasifikasi daripada mereka yang terima pendapatan RM8,000 sebulan...

Pada setiap masa juga, akan ada keluarga yang keluar dari kumpulan B40 akibat kenaikkan pendapatan mereka dan ada keluarga yang baru masuk ke dalamnya...

Wahai YB DS Azmin Ali, Nilai BR1M Sebanyak RM1,200 Setahun Mana Boleh Nak Basmi Kemiskinan



Mungkin Menteri ekonomi kita kurang faham...

BR1M bukan sekadar skim bagi membasmi kemiskinan...

Untuk tujuan itu, ada banyak lagi skim lain di jalankan seperti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan skim 1Azam...



Tujuan utama BR1M ialah satu kaedah pengagihan semula pendapatan daripada golongan 60 peratus kumpulan terkaya kepada golongan 40 peratus pendapatan terendah dan sebagai pengerak ekonomi terutama di luar bandar atau di bandar kecil... 

Wang dari GST yang kita perolehi dari golongan yang kaya, yang mengelak cukai dan dari ekonomi gelap yang kebanyakannya di bandar besar kita agih dan pulangkan kepada golongan B40 yang biasanya di luar bandar ataupun bandar kecil untuk meningkatkan pendapatan dan merancakkan ekonomi tempatan mereka...

Inilah adalah supaya kek ekonomi negara dapat di agihkan dengan lebih meluas kepada golongan sasaran...

Dalam isu ini, golongan sasaran ialah B40...

Sebab itu, kriteria kelayakan agihan BR1M di tentukan oleh Jabatan Hasil Dalam Negari supaya cuma mereka yang benar2 layak akan dapat menikmatinya...

Malaysia Bukannya Satu2 Negara Yang Beri Bantuan Tunai Kepada Rakyat


Konsep 'direct cash transfer' dan pulangan duit GST kepada golongan B40 ini bukan perkara baru dalam segi ekonomi...

Ada banyak lagi negara yang mengamalkan 'direct cash transfer' untuk membantu rakyat berpendapatan rendah...  



Contoh yang terdekat ialah negara jiran kita Singapura juga ada skim seperti BR1M yang mereka memberi nama  'GST Voucher' yang di bayar setiap tahun...

Untuk tahun 2018, Singapura membayar SGD1 billion (RM3 bilion) kepada 1.6 juta warganegara yang berpendapatan SGD28,000 setahun dan ke bawah iaitu purata SGD625 (RM1,875) seorang...

Soalan DS Najib kepada Azmin : 

》"Adakah kerajaan Singapura telah gagal ataupun mereka membeli atau memanjakan rakyat mereka juga kerana mereka ada skim seperti BR1M?"...

Menteri Kewangan Main 'Hantam' Dengan Senarai Barangan Yang Di Kenakan SST...

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Pulak Main 'Hantam' Dengan Penafsiran Pengkelasan Pendapatan Rakyat Malaysia...

Menteri Pertahanan Pulak Main 'Hantam' Dengan Penakrifan Kekuatan Pertanan Negara...

Eloklah tu...

Hantam Sajalah Labuuu...

0 comments:

fda

Archives