Saturday, September 29, 2018

Lagi Sekali Najib Sekolahkan Guan Eng Tentang Ekonomi



Datuk Seri Najib Tun Razak membidas 'rengekan' Lim Guan Eng yang mendakwa beliau mungkin akan di ingati sebagai Menteri Kewangan paling tak popular dalam sejarah kerana tidak mempunyai buah tangan untuk di berikan kepada rakyat...

Menurut Najib, kerajaan PH menggunakan alasan hutang telah mencecah RM1 trilion sejak memenangi Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu tetapi ramai ahli2 ekonomi termasuk Moody's telah mempertikai kaedah mengira hutangyang di buat oleh kerajaan PH... 



Sebagai contoh, apabila Guan Eng menperincikan bagaimana hutang sudah menjadi RM1 trilion dia telah memberitahu bahawa RM201.4 bilion dari RM1 trilion ini ialah kerana kerajaan perlu membayar kos sewa dan kos penyelenggaraan...

Siapa antara kita yang menyewa rumah ataupun pejabat pernah mengambil kira atau memasukkan kos sewa dan kos penyelenggaraan sebagai hutang peribadi...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Punca Sebenar Keruncingan Ekonomi Malaysia Sekarang

Masalah pokok kerajaan hari ini sebenarnya ialah akibat daripada langkah di ambil mereka sendiri selepas PRU14 :


  • Memberi tempoh 3 bulan sifar cukai tanpa GST ataupun SST...
  • Menggantikan GST dengan SST...
  • Mengembalikan subsidi pukal dan pembatalan projek2 secara meluas...

Ini telah mengakibatkan kerajaan kehilangan dana sekurang2nya RM40 bilion setahun...

Ini tidak termasuk wang input GST yang perlu di bayar balik kerana GST tiba2 di sifarkan dan di mansuhkan...

Pembatalan projek2 secara meluas yang di buat kerajaan PH merupakan salah satu faktor kadar pertumbuhan ekonomi menjadi rendah...

Jika di tambah dengan langkah kerajaan untuk mengurangkan bantuan termasuk bayaran BR1M maka ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi di dalam negara akan menjunam lebih banyak lagi sehingga Malaysia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi...

"Tetapi lebih senang untuk mereka menuding jari kepada kerajaan lama dan saya dengan cerita hutang RM1 trilion" tambah Datuk Seri Najib lagi...

Ekonomi Dunia Mula Berkembang Tapi Ekonomi Malaysia Makin Menguncup

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu yakin bahawa bajet 2019 akan merupakan bajet defisit...

Bermakna hutang negara akan bertambah dan bukan di kurangkan...

Guan Eng sudah memberi gambaran ini akan berlaku kerana sejak minggu lalu... 

Guan Eng Gali Lubang Baru Untuk Tutup Lubang Lama


Beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menerbitkan lebih banyak bon kerajaan...

Menerbitkan bon maksudnya meminjam wang dan ini adalah hutang...

Dulu Rakyat Di Minta Berkorban Dengan Ujudkan Tabung Harapan Sekarang Dengan Bajet Defisit!!!



"Selama 9 tahun di bawah kerajaan BN pimpinan saya, saya tidak pernah meminta rakyat untuk berkorban"...

Ekonomi semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah... 

"Tiba2 apabila kerajaan PH mengambil alih dan mengubah polisi ekonomi Malaysia secara dasar, mereka mahu rakyat untuk bersedia berkorban" ujarnya lagi...

Tambah Najib lagi, kerajaan PH perlu terima hakikat bahawa polisi2 dan langkah2 sendiri yang telah menukar hala tuju ekonomi kepada arah yang lebih teruk dan akhirnya mahu rakyat berkorban ekoran dasar teruk itu...

Dahulunya, kita ada Program Transformasi Negara yang begitu teratur dan berkesan...

Kini kita ada menteri kewangan yang takut popularitinya terancam... 

Dan satu kerajaan yang minta rakyat untuk berkorban oleh kerana langkah2 regresif mereka" katanya...

Rujukan :

FB Datuk Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

0 comments:

fda

Archives