Friday, September 8, 2017

Komen2 Madey, Anwar dan Nor Yakcop di RCI melucukan

|1 comments

































































Wednesday, September 6, 2017

Projek kereta baru: Petanda PKR hanya perguna Madey

|0 comments

[Video] Kenapa Nurul Izzah Marah Bila Mahathir Mahu Tubuh Proton Kedua (http://wp.me/p5ssA7-jpu)

Mata terbeliak. Jelas sekali, raut wajah anak Anwar Ibrahim itu tidak puas hati. Siap berpaling dan buat mimik muka tidak suka lagi pada Mahathir. Lihat video ini; https://youtu.be/dwRBsI8_0dk

“Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,” kata Dr Mahathir pada forum tentang pelaburan China di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 24 Ogos 2017.



Sedangkan sebelum itu, Naib Presiden PKR itu memberi bayangan rancangan menubuhkan Proton yang satu lagi akan dikaji semula jika mereka berjaya kuasai Putrajaya.

“Kita juga bertuah kerana ada pakar yang boleh membantu kita membuat keputusan yang baik, apabila kita menjadi kerajaan,” kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah menegaskan perkataan “keputusan baik” bermakna keputusan untuk menubuhkan Proton bukan satu prioriti bagi PH dan juga ayahnya.

Kenapa Nurul Izzah tidak puas hati bila Mahathir mahu buat Proton yang kedua? Mungkin ini sebabnya.

"Siapa yang benarkan syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga menjadi hanya jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?" kata Nurul Izzah dalam buku bertajuk Masa Depan, Masa Kita dalam mukasurat 159.

Maknanya, Nurul Izzah akui Proton dibawah Mahathir sebenarnya hanyalah jaguh kampung sahaja. Selain itu, Nurul Izzah sifatkan Proton pada zaman Mahathir turut gagal seperti MAS dan juga Perwaja.

Dalam mukasurat 28, buku yang sama, Nurul Izzah memperleh Proton pada era Mahathir dengan membandingkannya dengan kereta Hyundai.

Menurut Nurul Izzah, Hyundai yang  bermula pada tahun 1970an sudah menjadi jenama dunia berbanding Proton yang bermula pada tahun 1980an dan 8masih lagi menjadi jaguh kampung.

Oleh kerana itulah, Nurul Izzah tidak berpuashati bila Mahathir mahu buat Proton yang kedua. Ayah Nurul Izzah juga pernah buat laporan polis bila Petronas membeli 27.2 sen  saham Proton dengan jumlah RM1 billion pada 7 Ogos 1999.

Anwar Ibrahim sifatkan pembelian pada zaman Mahathir ini ada unsur nepotisme dan kroni. "Tahukah adinda, sebanyak apapun Proton yang kami produksi, itu belum ada apa-apanya jika dibandingkan satu N-250 yang telah diproduksi Indonesia” kata Anwar memperlekeh Proton dan memuji produk Indonesia.

Bapa perlekeh kereta Proton dan anggap ianya projek kroni. Anak pula anggap Proton hanya jaguh kampung dan projek gagal. Memang dalam hati Nurul Izzah tidak suka dengan projek kereta zaman Mahathir ini.

Oleh kerana itu, Nurul Izzah beri reaksi tidak suka bila Mahathir cadang mahu buat Proton yang kedua.

Inilah dia politik tidak ikhlas dan saling tikam belakang yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Mulut cakap lain, hati kata lain. Pakatan apakah ini?

Mahathir selaku Pengerusi mahu Proton yang kedua. Anak Ketua Umum Pakatan Harapan pula Nurul Izzah tidak setuju. Mereka sebenarnya tidak berpakat.

Amat bahaya memperjudikan nasib negara kepada pakatan pembangkang yang berperangai sebegini. Mereka tidak akan membawa Malaysia ke mana mana pun.

Mereka akan mewarisi permusuhan lama mereka dan terus bertikam sesama sendiri jika mereka berkuasa. Masing masing hanya berpolitik untuk anak sendiri dan kroni, bukanya untuk rakyat pun.

http://pakdin.my/video-kenapa-nurul-izzah-marah-bila-mahathir-mahu-tubuh-proton-kedua/

KLCC tugu peringatan Madey sapu duit Petronas

|1 comments

PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!!!

Oleh: ROZMI MOKHTAR

Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!.

■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan 1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.

■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.

■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.

■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.

■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).

■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.

■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.

■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.

■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.

■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.

■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.

■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.

■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.

■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.

■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.

■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.

■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.

■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.

■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .

■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.

■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.

■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.

--------------

Elok juga TV3 terus siarkan latarbelakang dengan diletakkan label KLCC TUGU PERINGATAN KUTTY KAPOR DUIT PETRONAS.

Tuesday, September 5, 2017

Ngeh-Nga tolak Hamidah untuk terus bonekakan Melayu

|0 comments

ISU KEPIMPINAN PPBM DAN PH DI PERAK KENA JAGA HATI TUAN BESAR DAP

Hairan dan pelik apabila PPBM tidak memilih Dato' Hamidah Osman sebagai Pengerusi PPBM Negeri Perak. Bila pimpinan PH umumkan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak, nama Dato’ Hamidah sekali lagi tercicir.

Kalau ikut pengalaman dalam politik, Hamidah jauh lebih layak dari Pengerusi Perak yang ada pada hari ini. Dia pernah jadi Exco Kerajaan Negeri, Ahli MT dan Ketua Penerangan Wanita UMNO.

Mungkin kerana Hamidah dikenali sebagai salah seorang yang terlibat 'menjatuhkan' karajaan DAP Perak selepas PRU12 yang lalu. Dendam DAP pada Hamidah masih belum selesai.

Dalam melantik Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan Negeri Perak, mereka harus menjaga hati DAP sebagai rakan sekutu mereka. Mungkin sebab itu lah nama Hamidah selalu tercicir. Bermakna, DAP memainkan peranan yang paling besar dalam menentukan siapa jadi pemimpin dan siapa jadi pengikut dalam Pakatan Harapan.

RIZALMANSOR

Sumber Facebook

Hairan dan takjub, PH boleh pilih pemimpin PPBM yang tiada pengalaman untuk terajui PH Perak.

Padahal Hamidah adalah Naib Presiden PPBM berbanding Peja yang hanya ahli biasa dalam Jawatankuasa Tertinggi PPBM.

Jika Muhyiddin boleh dilantik terajui Johor dan Boboi terajui Kedah, kenapa pula tidak buat Hamidah.

Ini hanya menimbulkan sangkaan Ngeh-Nga masih berdendan dan mereka yang merupakan penentu. Pengerusi PH yang ada hanya boneka Ngeh dan Nga.

Eloklah itu, ulanglah balik peristiwa 2008 dan pastinya Melayu akan tolak PH. Jangan heran DAP pun tolak Ngeh dan Nga kerana ketamakan kuasa mereka!






Mahathir usaha dekati orang ramai tapi macam kena bolayan

|1 comments

Tun Dr Mahathir mencuba MRT baru semalam tapi kehadhirannya seolah-olah tidak dihindarkan oleh orang ramai.


Pentaksubnya cuba mempromosinya sebagaimana mereka mempromosi Tun sedang riadah.


Ia hanya menunjukkan beliau sebagai marhaen Kutty sudah elit dan U turn katanya tentang gaya hidup mewah dan rasuah.

Usahanya untuk mendekati orang ramai di MRT dilihat tak memberi imej baik buatnya. Malah menjadi bahan lawak.




Dia disindir akan ngaku MRT sebagai projek ideanya.



Mutakhir ini, penyokongnya mengaku Mahathir terlibat di belakamg pelbagai usaha seperti PWTC yang mana bukan usaha asal dia.

Pentaksub serta anaknya Marina sedamg menjaja naratif usaha sedang dilakukan untuk memadam legasi Mahathir hingga TV3 menukar backdrop Bulletin Utama baru tanpa KLCC.

Kononnya pertunjukkan merdeka di Petronas mengenepikan gambarnya tapi sebenarnya ada. Ia menunjukkan Marina tidak pergi dan membuat komen bodoh berdasarkan gambar fake penyokong.

Jika benar mereka mahu buang nama Mahathir dan mereka yang sekongkol dengan pembangkang, sudah tentu gambar Mahathir dan Onn Jaafar tiada lagi di PWTC.

Mungkin elok jika dibuat satu exhibition yang mempamerkan skandal2 kewangan, ketirisan , pembaziran wang awam dan rasuah salahguna kuasa Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai memberi gambaran sebenar akan legasi Mahathir.

Semua ini hanya hujah politik bankrup idea pentaksub Mahathir yang kini sudah ketandusan isu dan baik PPBM mahu pun parti2 di dalam PH sedang berhadapan dengan konflik dalaman.

Isu 1MDB sudah tidak laku.

Monday, September 4, 2017

U turn!!! Komen tentang gaya hidup makan diri Madey

|2 comments

Suatu masa Mahathir kata demikian untuk ditujukan kepada Dato Najib dan Datin Rosmah.



Biasalah Mahathir, bila dia tuduh orang ada dua perkara disebalik. Satu, ia adalah untuk tutup salahlakunya. 

Kedua, sering kali ngata orang tapi sendiri lebih.

Kelab Che Det seperti biasa buat komen serupa orang tak ada otak. 

Mereka hanya kumpulan mereka-mereka yang perlu berpaut pada Mahathir untuk naikkan self esteem masing2.

Kebanyakkan adalah mereka yang kurang pelajaran, berjawatan rendah dan serba gagal..

Malah yang bertenggek bantu Mahathir sekarang pun bukan yang cerdik-cerdik. Itu yang hujah PPBM begitu cetek.

Sunday, September 3, 2017

PPBM Perak bergolak, Ngah Nga hilang sabar ugut keluar PH Perak?

|1 comments

Ingatkan dengan kesediaan semua pelbagai parti menerima Faizal Dato Azumu @ Peja sebagai Pengerusi PH Perak akan menguatkan penerimaan ahli akar umbi PPBM kepadanya sebagai Ketua PPBM Perak.

Rupanya sudah mula kecuh dengan pelbagai pihak terpaksa menyuarakan sokongan.

Bersatu Youth rally behind Harapan chief in Perak amid tensions
https://m.malaysiakini.com/news/393946

Ini agak menghairankan kerana kelihatan usaha untuk promosi Peja oleh Msia Kini.

Mengapa pilih Ahmad Faizal di Perak?
https://m.malaysiakini.com/news/393833#6LLDSwYCZK1UrEO2.97

Mungkin perlu promosi sebab banyak tak puashati.

PAN pun seolah terima Nizar pilihan Ngeh-Nga atau Asmuni tidak dipilih sebagai Ketua:

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Negeri Perak

TAHNIAH AHMAD FAIZAL AZUMU, AYUH MARA BERSAMA!

1. Pemuda AMANAH Negeri Perak melahirkan rasa gembira dengan perkembangan terkini Pakatan Harapan yang semakin menunjukkan kesepaduannya. Struktur organisasi gabungan keempat-empat parti di peringkat teringgi telah pun selesai, dan semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengumumkan senarai Pengerusi di peringkat negeri-negeri.

2. Kami menyambut baik perlantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak. Biarpun baru sahaja mengenali dan bekerja bersama beliau, namun kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dalam satu pasukan di bawah naungan Pakatan Harapan.

3. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Perak itu diyakini mampu mengetuai dan bergerak seiring bersama pimpinan-pimpinan lain yang sangat berpengalaman seperti Asmuni Awi, Nga Kor Ming, Dr Muhammad Nur Manuty, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan ramai lagi. Kunci utama Pakatan Harapan adalah gerak kerja secara bersama dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain demi mencapai matlamat utama.

4. Bagi Pemuda AMANAH Perak, kami meletakkan harapan yang tinggi kepada pimpinan Pakatan Harapan Perak dalam usaha memastikan gerak kerja keempat-empat parti dapat berlangsung dengan jayanya. Disamping itu, kami sangat yakin kesatuan Pakatan Harapan dapat mencapai kesepakatan dalam semua aspek termasuklah pembahagian kerusi secara adil, pengaturan tugas secara kolektif, dan sebagainya.

5. Kami sangat optimis Pakatan Harapan mampu mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat satu ketika dahulu apabila mencatat satu sejarah besar apabila berjaya menubuhkan kerajaan pada tahun 2008. Pemuda AMANAH Perak juga yakin, rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti bagi memastikan kerajaan kleptokrasi dijatuhkan seterusnya membina satu kerajaan baru yang lebih amanah dan bertanggungjawab.

Ayuh, kita mara bersama, bergerak seiring menggalas harapan rakyat!

HASNUL ZULKARNAIN
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak
(31 Ogos 2017)

Adakah perkara 3 satu sindiran atau benar2 ikhlas?

Kritikan yang amat jelas adalah dari bekas Pendaftar PPBM Perak yang terlibat memulakan PPBM.

*SIAPAKAH FAIZAL AZUMU DI AWAL PENUBUHAN PPBM PERAK

Ketika PPBM wujud di Perak peranan mencari ahli telah diamanah kan kepada Dato' Hamidah Osman dan dibantu oleh saya sebagai Pendaftar PPBM Negeri Perak .

Pada peringkat awal PPBM telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan rakyat untuk menyertai PPBM sehinggakan UMNO merasa amat tercabar dengan kewujudan PPBM di Negeri Perak.

Sehingga lah pada bulan Disember 2016,  Perak merupakan  negeri yang ketiga berjaya mengumpulkan keahlian yang teramai .

Setelah berjaya mengumpul keahlian yg ramai , Dato' Hamidah Osman yang juga dilantik sebagai Ketua Penyelaras PPBM Negeri Perak diamanahkan sekali lagi untuk menyusun Jawatankuasa PPBM di 24 Bahagian di seluruh Negeri  Perak. Sekali lagi saya turut membantu,  sehingga lah PPBM berjaya mewujudkan 24 bahagian di Perak pada bulan Mac 2017.

Ketika itu , saya sendiri telah mencadangkan kepada Dato' Hamidah Osman supaya meletakkan Saudara Faizal Azumu dimana-mana bahagian sebagai Ketua Bahagian. Pada mulanya diletakkan di Kuala Kangsar namun ditolak oleh Faizal Azumu dengan alasan sibuk di Kuala Lumpur dengan tugas-tugasan lain. Selepas itu dicadangakan beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh Barat namun ditolak kerana ahli tidak ramai dan akhirnya Faizal Azumu bersetuju ke Tambun yang mana jawatan itu ditawarkan oleh Saudara Mubin Salleh setelah Saudara Asmadi mengundurkan diri sebagai Ketua Bahagian Tambun.

Ketika itu,  saya agak terkejut dengan penerimaan jawatan tersebut oleh Saudara Faizal Azumu , walhal pada peringkat awal beliau menolak untuk memegang apa apa jawatan di mana-mana bahagian di Negeri Perak.

Ketika saya bersama Dato' Hamidah Osman menghantar senarai Jawatankuasa Bahagian kepada SUA PPBM di ibu pejabat PPBM di Damansara pada bulan Januari 2017 ,  kami terserempak dengan Saudara Faizal Azumu dan ketika itu beliau memang langsung tidak mengendahkan perkembangan PPBM di Negeri Perak walhal ketika itu saya bersama Dato' Hamidah Osman bertungkus lumus untuk memastikan  Bahagian-Bahagian PPBM di Perak di wujudkan dengan kadar segera.

Untuk Pengetahuan semua,  Saudara Faizal Azumu tidak pernah mengambil peduli tentang PPBM Perak dari awal kewujudan sehinggalah beliau di lantik sebagai Pengerusi PPBM Perak pada awal April 2017 dan sehinggalah ke hari ini beliau jarang mengambil tahu hal ehwal dan permasalahan di setiap bahagian. Rakan - rakan lama saya yg masih di dalam PPBM sering mengadu akan perpecahan dalaman dan sikap tidak peduli saudara Faizal terhadap pemimpin PPBM Negeri Perak .

Ketika perlantikan Saudara Faizal Azumu di peringkat awal dahulu,  telah berlaku bantahan daripada 16 Ketua-Ketua Bahagian PPBM Perak termasuk Ketua Armada Mubin Salleh dan  Penyelaras Srikandi Negeri , keseluruhannya 18 orang (Salinan Surat Bantahan ada pada saya) dan dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sesalinan kepada Tun Mahathir serta Setiausaha Agong PPBM. Sehingga hari ini bantahan kami langsung tidak dilayan dan tiada jawapan bertulis daripada mereka.

Selepas mengantar bantahan bertulis , 16 Ketua-Ketua Bahagian PPBM juga telah membuat pertemuan dengan Tun  Mahathir di Pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana sehari selepas diumumkan Saudara Faizal Azumu dilantik sebagai Pengerusi PPBM Negeri Perak  dan kami telah mengemukakan tentang bantahan terhadap perlantikan Faizal Azumu. Pada hari yang sama saya juga telah menghantar mesej kepada Faizal Azumu bahawa kami ingin membuat pertemuan antara  Ketua-Ketua Bahagian PPBM Perak bersama Saudara Faizal dan pada awalnya beliau setuju untuk hadir namun pada keesokkan harinya beliau memaklumkan beliau tidak akan hadir pada pertemuan tersebut dan kata nya pertemuan hanya akan berlaku setelah Mesyuarat Jawatankuasa PPBM Negeri dijalankan. Begitulah sombong nya Saudara Faizal.

Dengan tindakan membatalkan pertemuan tersebut ini membuktikan bahawa beliau tidak cukup berani dan begitu sombong untuk berdepan dengan Ketua-Ketua Bahagian PPBM ketika itu.

Juga saya ingin memaklumkan  perlantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak adalah atas pilihan Tan Sri Muhyiddin dan setelah berlaku bantahan... Tan Sri juga tidak bertanggungjawab dengan membiarkan PPBM Perak terus bercelaru sehingga ke hari ini.

Di peringkat awalnya Dato' Hamidah ketika mesyuarat Majlis Presiden PPBM memohon Tan Sri bertemu dan berbincang dengan Ketua-Ketua Bahagian PPBM Perak bagi memaklumkan perlantikan Faizal Azumu kerana Dato Hamidah sudah dapat menghidu penolakan Saudara Faizal sebagai Ketua PPBM Negeri Perak.

Namun Tan Sri Muhyiddin membiarkan begitu sahaja malahan tidak mengendahkan permintaan dan cadangan Dato' Hamidah untuk menjernihkan pergolakan PPBM Negeri Perak.

Untuk pengetahuan semua.. Sehingga hari ini masih ada kumpulan ketua ketua Bahagian PPBM Negeri Perak sedang cuba mendapatkan tarikh untuk bertemu Tun Mahathir bagi meneruskan bantahan terhadap pelantikan Saudara Faizal sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Perak.

Di akhir kalam saya menyatakan disini bahawa saya langsung tidak bersetuju dengan perlantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi Harapan kerana saya bimbang kerahsiaan Pakatan Harapan mudah bocor kerana beliau merupakan menantu Dato' Radzi Manan iaitu Ketua UMNO Bahagian Kampar merangkap Pengerusi Biro Latihan BN Perak dan abang ipar kepada Norlee EXCO Perak. Saya bimbang dengan tindak tanduk Faizal Azumu yang mungkin akan menjadi api dalam sekam kepada Pakatan Harapan .

Sekian.

Azrul Suhadi
Bekas Pendaftar PPBM Perak
1/9/17

Tidak heran jika ada bahagian-bahagian PPBM mahu tutup.

Mereka sudah lama tidak puashati dengan cara TSMY urus dan camportangan untuk ketepikan usaha san pilihan akarumbi.

Ngeh Nga yang sebenarnya menguasai PH di Perak pun sudah hilang sabar dan arah Peja selesaikan masaalah dalaman PPBM.

Mungkinkah DAP dan PAN Perak akan keluar saja dari pakatan ini akhirnya????


fda