Thursday, July 19, 2018

Astro Awani Cover Guan Eng Dengan Tipu Rakyat

|0 comments


Kalau yer pun nak cover Guan Eng, x payah lah sampai nak menipu rakyat...

Baca di sini :
Astro Awani Jadi Penjilat Kerajaan Dengan Cuba Menipu Rakyat

Mana pergi etika kewartanan...

Rakyat bukannya bodoh...

Jadi janganlah buat sesuatu yang menampakkan kebodohan diri sendiri...

Dengan penerangan sehala, Astro Awani cuba kelirukan rakyat dgn bagi gambaran kononnya harga barang akan jadi lebih rendah bawah rejim cukai SST...

Baca di sini :
Sebab Nak Selamatkan Air Muka Ah Beng, Astro Awani Sanggup Memperbodohkan Diri


Apa Komen Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Tentang SST



Hanya jauhari yang kenal manikam...

Kalau bab cukai, badan bebas yang paling berkredibiliti utk ulas dan bagi pandangan ialah Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia atau MATA...

Bukannya budak mentah yg baru keluar kolej...

Entah dia faham ker tak apa yg dia cakap, kita pun tak tahu...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Penjelasan Dari MATA


Datuk Abdul Aziz Abu Bakar dengan jelas tolak dakwaan Astro Awani tentang penurunan harga barang lepas SST di laksanakan nanti...

Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai barangan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 September depan...

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Rang Undang-undang (RUU) SST di jangka di bentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST yang mana pengenalan semula SST di jangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Rakyat Miskin Akan Terbeban Dengan Perlaksanaan SST


Perlaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16% (10%+6%) mulai 1 September 2018 ini bakal membebankan rakyat miskin untuk beli pelbagai produk pengguna...

Lebih teruk, berbeza cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan Barisan Nasional (BN) pada 2015 dengan lebih 300 produk berkadar sifar, sebaliknya SST merangkumi semua barangan termasuk keperluan harian...

Ini bakal menyaksikan barangan basah dapur seperti ikan dan sayur yang lazim disebut sebagai makanan orang miskin selain lampin pakai buang dan susu bayi akan naik harganya lebih dahsyat berbanding pelaksanaan GST...

Harga barang dijangka meningkat jika cukai jualan 10 peratus seperti dicadangkan oleh kerajaan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula 1 September depan...

Ini adalah kerana kadar cukai jualan itu di lihat adalah sama seperti sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan...

Kenaikan harga akan berlaku apabila terjadinya cukai berganda apabila margin keuntungan yang akan di kenakan kepada saluran perniagaan seperti pemborong dan peruncit adalah pada nilai harga selepas di kenakan cukai jualan 10 peratus...

"Katakanlah harga sesuatu barang itu RM10"...

"Pengilang akan jual kepada pihak pemborong dengan nilai RM11 disebabkan cukai 10 peratus yang terpaksa ditanggung pengilang"...

"Kemudian pemborong itu pula yang akan meningkatkan harga jualan kepada peruncit (bermula RM11) sehinggalah pengguna yang akhirnya terbeban"...


"Itulah situasi cukai berganda yang di maksudkan dan sekali gus harga barang memang akan meningkat naik"...

"Itulah kelemahan SST," kata Abd. Aziz ketika di hubungi oleh sebuah akhbar tempatan di ibu negara hari ini"...

Apabila harga barang meningkat, ia tidak selari dengan matlamat dan manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin mengurangkan kos sara hidup dengan menghapuskan GST apabila mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN)...

Cukai Perkhidmatan 6%

Bagi cukai perkhidmatan enam peratus, ia di lihat tidak memberi kesan dan perlu di teliti dengan lebih lanjut kerana mungkin akan menimbulkan isu cukai berganda kepada pengguna, khususnya oleh pengendali restoran dan hotel...

Nilai Ambang Perolehan Yang Di Kenakan Cukai

Mengulas lanjut, Abd Aziz berkata, bagi memastikan pelaksanaan cukai baru itu dapat dilaksanakan dengan mantap, kerajaan perlu mengenalpasti nilai ambang bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Menurutnya, sebagaimana yang ditetapkan dalam nilai ambang GST, perniagaan di kenakan cukai sekiranya mencatatkan perolehan RM500,000 dan ke atas dalam tempoh setahun, manakala jika di ambil kira SST sebelum ini, RM3 juta adalah nilai ambang bagi cukai jualan dan RM100,000 pula bagi cukai perkhidmatan...

Berdasarkan kepada instrumen SST dalam kerajaan terdahulu, cukai jualan hanya di kenakan kepada pengilang dan pengimport, justeru dari segi ekonominya, ia akan memberi kesan kepada harga barang yang di kenakan cukai terbabit...

Kadar yang di cadangkan itu adalah sama saja seperti dulu dan bukanlah kadar yang baharu...

Seperti sistem SST sebelum ini, di jangka berlaku kenaikan harga terhadap barang tertentu yang tertakluk kepada rejim cukai ini...

Tindakan Menghapuskan GST Untuk Mengurangi Bebanan Kos Hidup Rakyat Adalah Langkaj Yang Salah

Abd. Aziz juga berkata tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) beri alasan konon untuk membendung kos sara hidup dengan cara menghapuskan GST sebenarnya adalah satu tindakan salah...

Dalam keadaan tiga bulan ini (setelah pemansuhan GST) harga barang tidak turun melainkan sesetengah sahaja...

Dan bila nak perkenalkan SST semula memang akan berlaku peningkatan harga...

Peniaga akan ambil kesempatan dan yang untungnya hanyalah peniaga...

Akhirnya yang terbeban adalah pengguna...

Dalam hal ini pengguna harus membuat penilaian dengan sebaik mungkin...



Kerajaan pimpinan Mahathir harus bertanggungjawab kepada setiap masalah yang berlaku khususnya berkaitan soal peningkatan harga barang di pasaran kerana gagal di kawal lebih sebulan lalu...

Bukannya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pihak lain...

Ditanya mengenai kemampuan SST dalam membendung isu manipulasi harga, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan PH meninggalkan mekanisma lama dan perlu mempunyai mekanisma baharu serta efisien...

Macam mana kerajaan baharu mahu elak ketirisan dan cukai berganda yang berlaku sekiranya tiada mekanisma baharu...

Kalau hendak tolong rakyat dan pengguna marhaen, memang perlu ada mekanisma baharu...

Sebab itu MATA dari dulu sokong GST...

Tetapi kerajaan kini tetap mahu melaksanakan SST dan kami bersetuju dengan syarat iaitu perlu ada mekanisma baharu...

Namun, setakat ini masih belum ada apa-apa mekanisma baharu daripada kerajaan,” tambah beliau...

Wednesday, July 18, 2018

Menurut Tun, Pengguna Tak Payah Makan Dan Pakai

|0 comments
Kerajaan PH (Pakatan Hancing) Pertahankan  Cukai SST (Saya Sayang Tun) Yang Di Perkenalkan

Kalau Tak Nak Kena Cukai, Jangan Beli Barang

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST)...



Mahathir menambah, "kadar cukai jualan sebanyak 10% akan di kenakan sekiranya pengguna membuat pembelian kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai"...




Berbanding GST, ia cukai nilai tambah...

Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini...

Kerajaan dah umumkan kadar sifar terhadap GST...

Sekarang kerajaan nak pastikan parlimen mansuhkan GST...

Menurutnya, kerajaan juga perlu menguji dahulu pelaksanaan SST...

PH Kata 10% Lebih Baik Dari 6%





Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan di cadangkan adalah 10%...

Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6%...

Guan Eng berkata, Akta SST itu di jangka di bentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum di luluskan dan seterusnya di laksanakan...

Guan Eng juga berkata SST 10% dan cukai perkhidmatan 6% yang di kenakan tak akan membebankan rakyat mcm regim GST mantan kerajaan BN...

Kenyataannya, sama ada cukai tu di kenakan di peringkat pengilang atau peringkat mana sekali pun, rakyat sebagai pengguna akhir yg akan menanggungnya...

Rakyat mahu setiap sen yang di keluarkan mestilah di menafaatkan semula utk negara dan tak ada ketirisan...

Baca di sini :
SST Buka Ruang Yang Luas Untuk Peniaga Menipu






Rakyat dah tertekan dan bosan dgn dasar2 yg kerajaan PH perkenalkan dan jangan di tambah penderitaan rakyat lagi...

Bagaimana caranya meminimakan ketirisan adalah tanggungjawab kerajaan...

Tuesday, July 17, 2018

GST 0%, SST 16% : Harga Tak Turun, Boleh Bina Tower M

|0 comments
MALAYSIA BARU BAWAH PEMERINTAHAN PH (PAKATAN HANCING)


Masa pra PRU 14 dulu, teringat puak2 yg promosikan slogan 'Kami Rindu Zaman Tun'...

Sekarang nie zaman yg di rindu2kan dah ada depan mata...

Seronok x...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Menteri Kewangan Umumkan Perlaksanaan Cukai Saya Sayang Tun (SST) 10% + Cukai Guan Eng Sayang Tun (GST) 6%


Teringat masa YB Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dulu...

Sebab GST, Guan Eng sanggup racuni fikiran budak2 sekolah supaya benci kerajaan BN masa tu...


Dalam Dewan Rakyat pulak Guan Eng beria2 berhujah sampai menyembur2 air liur sbb nak mantan kerajaan BN hapuskan GST...

 

Tapi bila dah dapat jadi kerajaan dan di lantik jadi bos Kementerian Kewangan, Guan Eng dengan muka tak bersalah buat U-Turn 360%...


Bukan setakat GST tak di hapuskan malah di kekalkan 6% dan utk bonus tambahan pd rakyat, di tambah lagi dengan SST 10%...😬😬😬

Kalau kita ingatkan balik antara faktor utama yg ujudkan tsunami rakyat dalam PRU 14 ialah kejayaan Pakatan Harapan (PH) spin isu GST 6%...

Masa tu PH bakar emosi rakyat dgn kaitkan punca rakyat susah, punca harga barang naik ialah sebab GST...


Walau pun penerangan dah di beri baik dalam Dewan Rakyat atau pun dalam media tapi pembangkang tetap putar belitkan kenyataan dan spin isu GST...

Dulu bila Mat Maslan teranhkan pasal GST, PH cakap, tu penerangan yg putar belitkan fakta...

Bila Mat Maslan cakap GST bukan punca reger barang naik, penyokong PH cakap, apa punya bodoh Mat Maslan nie!!!

Bila Mat Maslan cakap GST penting utk pembangunan negara, PH cakap BN bodoh2kan rakyat sebab ambil RM42 bilion dari GST tapi bagi balik pada rakyat cuma lebih kurang RM7 bilion utk BRIM...


Tapi bila dah jadi kerajaan, PH baik punya U Turn...


Boleh pulak menteri PH cakap harga barang naik bukan sebab GST tapi sebab peniaga yg tamak mcm taukey mamak yg buka restoran... 🀦‍♂️🀦‍♂️🀦‍♂️

Baca di sini :
Menteri PH Akui GST Bukan Punca Harga Barang Naik


Kenyataannya, seluruh rakyat Malaysia dah kena tipu dengan kerajaan yang ada sekarang...

Kerajaan yang memerintah malah mana2 kerajaan hari nie perlukan GST supaya sistem percukaian lebih telus dan sistematik...



Buktinya, kerajaan PH tetap akan laksanakan GST malah walau pun dulu mereka yg politikkan isu GST...

Lebih 160 negara seluruh dunia ada GST...

Inilah yg rakyat Malaysia tak nak faham bila emosi di bakar dengan penipuan dan fitnah pemimpin PH sebelum PRU 14...

Baca di sini :
GST Di Laksanakan Dengan Nama Baru, Ibarat Puah Pelam Yang Di Panggil Mangga

TUN M AKUI KERAJAAN PH TAK MUNGKIN AKAN LAKSANAKAN MANIFESTO PRU 14


Mahathir dah bagi signal...

"TAK WAJIB TUNAI JANJI, MANIFESTO HARAPAN BUKAN KITAB SUCI", Tun Mahathir...

Bersedia untuk hadapi keadaan ekonomi yang jauh lebih gawat dari era pemerintahan kerajaan BN sebelum nie...

Lupakan ttg penghapusan hutang PTPTN...

Lupakan tentang harga petrol RM1.50 seliter...

Lupakan tentang gaji minima...

Lupakan tentang menghapuskan UBER dan Grab Car...

Lupakan 10 JANJI 100 HARI...

Dalam PRU 15 nanti lupakan PH tapi ingat BN...

Sebab di sebalik tohmahan mantan kerajaan BN zalim, hakikatnya kerajaan BN yang memberikan keselesaan pada rakyat marhaen...

Tapi dalam janji2 manis kerajaan PH taburkan pada rakyat, hakikatnya kezaliman yang mereka tuduh pada mantan kerajaan BN sedang mereka lakukan pada kita sekarang!!!

KAMI RINDU KERAJAAN BN

Jepun Persoalkan Dengan Dasar Dr. Mahathir

|0 comments

Akhbar berpengaruh Jepun, Nikkei Asian Review mendakwa dana saham terus mengalir keluar dari Malaysia disebabkan pelabur tetap tidak yakin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju...

Akhbar kewangan terbesar di dunia dengan edaran lebih tiga juta naskah itu melaporkan, dasar2 kewangan yang tidak kukuh termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan masih menyaksikan penurunan sekarang...

Nilai Ringgit Semakin Menyusut




Nilai Ringgit semakin lemah hingga melebihi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hingga akhir Jun, ketika wujud kebimbangan mengenai kemampuan kewangan negara...

Katanya, ringgit stabil sejurus selepas Dr. Mahathir mengambil alih jawatan pada Mei kerana pelabur percaya  beliau boleh memberi lebih tumpuan kepada pasaran setelah membawa Malaysia keluar ketika kegawatan ekonomi pada akhir 1980-an...

Kegopohan Mengumumkan Penilaian Semula Hutang Negara Beri Kesan Negatif Pada Ekonomi


Kenyataan bahawa hutang kerajaan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya di percayai lebih daripada RM1 trilion menyebabkan keadaan semakin buruk...

Menurut akhbar itu lagi, kerajaan tidak memberi banyak keyakinan dari segi dasar ekonomi baharu...

Sebaliknya, Dr. Mahathir telah melaksanakan semula dasar2 yang di amalkannya semasa menjadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003...


Penanda aras indeks FBM KLCI yang kukuh sejak awal tahun, turut jatuh selepas Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dan sejak itu merudum 10 peratus...

Baca di sini :
Kerajaan PH Gagal Pulihkan Pasaran Saham

Ketegangan Hubungan Malaysia-China Dan Pengumuman Penghapusan GST Memburukkan Keadaan Ekonomi



Selepas dua bulan, kerajaan telah memenuhi manifesto untuk menghapuskan GST tetapi ia juga menambah kebimbangan mengenai hasil kewangan negara...

Baca di sini :
Hapuskan GST Menjejaskan Ekonomi Negara

Dan di sini :
GST Sifar Malaysia Di Tertawakan Dunia

Dasar Yang Tidak Relevan Dan Konsisten Menggugat Keyakinan Pelabur

Malah, ketegangan antara AS dan China semakin memberi tekanan kepada pasaran saham Asia dan dasar kerajaan baharu turut menyumbang kepada penurunan itu di Malaysia...

Kerajaan juga menilai semula projek infrastruktur utama yang di laksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu...

Projek kereta api berkelajuan tinggi yang melibatkan Singapura menjadi mangsa kepada perubahan dasar tersebut dengan saham-saham berkaitan infrastruktur itu seperti YTL jatuh...

Selain itu, menurut laporan Nikkei Asian Review lagi, Dr. Mahathir tidak berhenti2 menangani tanggungjawab kerajaan untuk memerangi rasuah sehinggalah Najib telah di dakwa atas tuduhan menggelapkan dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Kerajaan tidak memberi banyak keyakinan dari segi dasar ekonomi baharu tetapi sebaliknya Dr. Mahathir telah melaksanakan semula dasar-dasar yang di amalkannya semasa menjadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003.

Ini termasuk mencari ruang untuk membentuk sebuah syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang baharu dan mempelajari amalan kawalan kualiti Jepun sebagai sebahagian daripada Dasar Pandang ke Timur yang di perbaharui...

Tetapi dengan perubahan industri automotif global yang sentiasa berubah, sebarang usaha baharu akan berdepan dengan prospek kejayaan yang tidak jelas...

Proton Holdings, yang di tubuhkan Dr. Mahathir sebelum ini adalah usaha untuk mewujudkan sebuah kereta kebangsaan, tetapi sukar untuk mencapai kejayaan sebaliknya menghadapi jualan yang lembap sejak kebelakangan ini...

Syarikat itu kini dimiliki 49.9% oleh China’s Zhejiang Geely Holding Group...

Dari sumber asal :

http://www.agendadaily.com/bahasa-malaysia/isu-semasa/fokus/31441-media-jepun-kata-pelabur-tak-yakin-dengan-dasar-dr-mahathir.html

https://www.thethirdforce.net/nikkei-asian-review-pelabur-tak-yakin-dengan-dasar-dr-mahathir/

Monday, July 16, 2018

Kerajaan PH Sibuk Kaji Projek Mega Tapi Biarkan Petani Dengan Nelayan Mengah!!!

|0 comments
'KEPRIHATINAN' KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PADA GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN

Sejak ambil alih penerintahan dari bekas kerajaan Barisan Nasional pada 9hb Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan yg di ketuai Tun Dr. Mahathir berterusan berikan 'hadiah' istimewa pada rakyat...

Keghairahan Dan Kegopohan Kerajaan PH Bawa Padah Pada Ekonomi Negara


Sebab ghairah sangat nak buktikan tuduhan PH ke atas mantan kerajaan BN khususnya Dato' Sri Najib Razak, akhirnya Malaysia di landa malapetaka ekonomi yg menyebabkan mantan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat teguran kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng...

Baca di sini :
Anwar Tegur Lim Guan Eng

Memburukkan keadaan ekonomi negara bila kerajaan PH seolah2 sengaja menimbulkan ketegangan hubungan dengan kuasa ekonomi dunia, China...

Beberapa projek yang dah di tandatangani oleh mantan kerajaan BN, di katakan akan di batalkan, di kaji semula dan akhirnya di serahkan pada pihak lain yang membangkitkan kemarahan kerajaan China kepada Malaysia...

Baca di sini :
Risiko Membatalkan Projek Yang Telah Di Persetujui Dengan China

Juga di sini :
Kerajaan PH Cuba Main Api Dengan Kuasa Ekonomi Dunia, China

Dendam Kerajaan PH Pada BN Dan Najib Menbuatkan Rakyat Terus Menderita

Tak cukup dengan kemusnahan ekonomi yang di buat akibat sikap gelojoh kerajaan PH, dendam pada mantan kerajaan BN terutamanya pada Najib menambahkan penderitaan rakyat marhaen...

Dengan menjajakan cerita yang kononnya hutang sebenar negara ialah RM1.1 trilion berbanding RM686.6 bilion yg mantan kerajaan era BN umumkan, kerajaan PH secara segera berikan 'hadiah istimewa' pada 2 kelompok masyarakat iaitu penjawat awam dan penggiat industri pertanian negara, petani dan nelayan...

Berita 'Gembira' Kepada Penjawat Awam



Dalam kemeriahan nak sambut Hari Raya Aidil Fitri, dalam keseronokan sebahagian besar penjawat awam yg mengundi PH dalam PRU 14 melihat BN tumbang dan dalam mengira2 jumlah bonus yang akan kerajaan baru PH bagi, maka lengkaplah 'keseronokan' mereka saat di berikan notis perberhentian kerja 24 jam oleh kerajaan PH yang baru...

Baca di sini :
Aidil Fitri Paling Sedih Untuk Penjawat Awam Dan Keluarga Mereka

17000 penjawat awam berstatus kontrak di berhentikan serta merta...

Yang masih tak di berhentikan terus berdebar menanti sama ada nama dan jawatan mereka tersenarai atau tak utk dapat 'bonus' Pilihanraya dan Hari Raya...

Alasan kerajaan PH ialah mereka semua lantikan politik mantan kerajaan BN...

Dengar khabar, guru KAFA, anggota SPAD malah imam dgn bilal pun ada yg kena pecat...

Tak tahulah macam mana kerajaan PH kaitkan golongan2 tu dengan aktiviti politik...

Nasib baik tak di tuduh terlibat dalam aktiviti pengganas...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bila ramai yang bersuara, kerajaan PH cakap kerajaan tak mampu nak bayar gaji sebab hutang negara RM1.1 trilion...🀷‍♂️🀷‍♂️🀷‍♂️

Golongan Dalam Industri Pertanian Pun Jadi Mangsa

Bila industri pertanian mendapat impak negatif dari tindakan2 terburu2 kerajaan PH akibat dendam dan ketidakmatangan mereka menguruskan sesuatu isu dalaman, golongan yang paling terkesan ialah golongan petani dan nelayan...

Petani Dan Peneroka Felda



Antara kesan terus yang di rasai ialah :

》Bonus raya di bayar lewat hanya selepas didesak berkali-kali oleh BN. 
Dan itupun, hanya RM400 iaitu kurang seratus berbanding dengan kerajaan dulu.

》Negara China pengimpot kedua besar minyak kelapa sawit dan getah. 

Kerajaan baru asyik mengenakan negara China dan batalkan projek mereka dalam usaha berbau politik untuk hantam Najib. 
Tak mustahil, negara China yang pada tahun lalu janji kepada kerajaan lama nak naikkan impot sawit dan getah sudah tiba2 buat u-turn dan kurangkan impot dari kita.

》Oleh kerana nak mansuhkan GST, kerajaan baru telah terdesak dan kembalikan cukai ekspot 5% ke atas minyak sawit bermula bulan Mei walaupun cukai ini sudah di hentikan oleh kerajaan BN dulu pada mula tahun. 

Cukai ini turut beri tekanan kepada permintaan dan harga minyak sawit Malaysia. 
Menteri kewangan baru kita macam tidak kisah langsung.

Oleh itu, harga dan jumlah ekspot minyak sawit dan getah telah jatuh 20% sejak PRU14.

Baca di sini :
Cukai Ekspot 5% Punca China Kurangkan Impot Komoditi Malaysia

》Di atas alasan tidak munasabah, minggu lepas semua negara2 Eropah telah memutuskan untuk melarangkan semua impot minyak sawit bagi tujuan bahanapi biodiesel pada tahun 2030. Mereka juga memutuskan akan mengurangkan impot minyak sawit bermula tahun ini sehingga tahun 2030.

Baca di sini :
Eropah Hentikan Impot Sawit Bagi Tujuan Bahanapi Bio Diesel Pada 2030

Kerajaan PH langsung tidak bersuara dan membantah langkah kejam gabungan negara2 Eropah ini macam tidak hiraukan nasib beratus ribu orang yang terlibat dalam industri pertanian utama kita.


Nasib Golongan Nelayan


Kalau penjawat awam di kejutkan dengan notis 24 jam perberhentian kerja, golongan petani terutamanya peneroka Felda di kejutkan dengan harga komoditi yang menjunam akibat kekurangan impot secara drastik dari China kerana cukai ekspot 5% yang kerajaan PH kenakan, golongan nelayan juga tak terlepas dari menerima nasib yang sama...

Dengan bermodalkan alasan hutang negara dan kononnya mahu nelayan lebih berdaya saing, Tun M mengumumkan bantuan elaun nelayan sebanyak RM300 yang mereka perolehi dari mantan kerajaan BN, di berhentikan...

Baca di sini:
Kerajaan PH Hentikan Bantuan Elaun Kepada Nelayan


Apa yang membingungkan, selepas Perdana Menteri mengumumkan pemberhentian bantuan elaun kepada nelayan, Menteri Pertanian dan Industrian Asas Tani, Salahuddin Ayob pula mengatakan pengumuman Perdana Menteri tu bukan bermaksud pada bantuan elaun bulanan pada nelayan...

Menjadi Tanggungjawab Kerajaan Membantu Rakyat Dan Bukannya Menambahkan Beban Rakyat


Siapa pun penjawat awam yang telah di berhentikan, petani dan nelayan, kerajaan sedar mereka ialah rakyat Malaysia yang bernaung di bawah kerajaan Malaysia!!!

Tanggungjawab kerajaan yang di pilih ialah membantu keseluruhan  rakyat Malaysia dan bukannya terbatas kepada penyokong parti kerajaan PH sahaja...

Apakah masa depan dan nasib penjawat awam, pekebun2 kecil, peneroka2, nelayan dan ahli keluarga masing2 akan terus di pinggirkan dan di tindas selepas BN di tumbangkan...


Apakah mereka tidak layak mendapat bantuan yang selama ini di perolehi dari mantan kerajaan BN semata2 kerana mungkin mereka bukan penyokong dan pendokong Pakatan Harapan...

Jika kerajaan PH mampu utk meneruskan projek2 mega yang di katakan telah meningkat berkali ganda dari kos asal yang di isytiharkan oleh mantan kerajaan BN maka tak ada alasan kenapa bantuan dan insentif kepada mereka hendak di berhentikan...

Projek2 mega yang menelan belanja berbilion ringgit hanya membeei munafaat kepada warga kota dan kawasan sekitarnya...

Golongan petani dan nelayan tidak mendapat apa2 munafaat dari projek2 mega tersebut...

Tapi kerajaan PH jangan lupa, wang yang akan di belanjakan utk projek tersebut juga ada sebahagiannya datang dari keringat dan airmata para penjawat awam yang di buang, petani dan nelayan yang di hentikan banyuan dan insentif kepada mereka melalui pelbagai cukai yang di kenakan ke atas mereka...

Adakah adil bila kerajaan PH menggunakan wang mereka untuk menambahkan penderitaan dalam kehidupan seharian mereka!!!





Sunday, July 15, 2018

Bab Rompak Keretapi, LGE Menteri Kewangan 'TERBAIK' di Planet

|0 comments

Kalau aku gunakan perkataan 'bersyukur', nanti ada yg kata aku 'kaki kipas' kerajaan Pakatan Harapan terutamanya menteri kewangan 'terbaik' dalam sejarah Malaysia...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Jadi, aku gunakan perkataan 'bertuah' jerlah...

Seyes der, rakyat Malaysia mmg sangat2 'bertuah' sbb dapat menteri kewangan yg  licik mcm belut...

Sebab apa aku cakap cam tu, korang baca dan cuba fahamkan 'kehebatan' Guan Eng sejak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang lagi...

Cara Guan Eng Dengan DAP 'JIMATKAN' Duit Rakyat

Dalam sejarah Malaysia mungkin dunia, belum ada manusia sehebat Lim Guan Eng...

Tak cayer, cuba korang baca...

Projek Terowong Pulau Pinang


Mesti korang ingat lagi ttg isu Terowong Pulau Pinang...

Secara ringkas ttg skandal tu, keseluruhan kos yg LGE umumkan ialah RM6.34 billion...

Yang syahdunya, lepas beratus juta aset milik kerajaan Pulau Pinang di serahkan pada konsortium pemaju, hasil yang dapat Guan Eng bagi ialah kertas kajian kebolehlaksanaan projek yang tak siap2 sampai hari nie!!!

Tapi tanah yg dah bertukar milik tu dah pun mula di majukan untuk projek perumahan mewah...


Seyes, aku hengatkan bila dah kecoh2, projek tu batal...

Ye lah, katanya SPRM dah serbu 7 pejabat kerajaan Pulau Pinanglah...

SPRM dah ambil keterangan saksilah...

Tapi bila kerajaan pusat bertukar tangan, tetiba Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Chow Kon Yeow umumkan projek tu dah di kaji semula dan akan di teruskan...

Tentu 'dungku dangkak' dia org kaji projek tu kan...

Bukan senang nak kurangkan kos sampai 50% derr...

Kos baru regernya ialah RM10 billion!!!

Matematik aku memang lemah sebab cikgu matematik aku meninggal dunia masa umur dia muda...😭😭😭

Tapi tak lah sampai bodoh tahap gaban matematik aku tuu...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Chow Kon Yeow cakap lepas di kaji semula, kos tu dah di kurangkan dari RM20 billion ke RM10 billion, maknanya pengurangan 50%!!!

Tapiii...

Guan Eng umumkan dulu kos asal keseluruhan RM6.34 billion...

Bila masa pula kos tu boleh naik sampai 400% pada RM20 billion!!!

Kos baru yg kononnya dah di jimatkan sampai 50% ialah RM10 billion...

Kalau dulu kos tu RM6.34 billion dan sekarang dah jadi RM10 billion, apa ker jadah yang di jimatkan!!!

Dah tu, banyak pembinaan masa kos RM6.34 billion tak akan di buat dengan kos 'super jimat' yg baru nie!!!

Tak cayer, baca kat sini :
Perancangan berserta 'package' projek Terowong Pulau Pinang Dengan Harga Runtuh...🀦‍♂️🀦‍♂️🀦‍♂️

Terror dia org kan...πŸ’†‍♂️πŸ’†‍♂️πŸ’†‍♂️

Projek ECRL



Tak perlu rasanya 'di perkenalkan' projek yang bermula dari idea mantan PM 6, Dato' Sri Najib Razak...

Bagi aku, apa yang menarik tentang projek ECRL nie...

Mula2 di umumkan projek nie batal sebab kos yang terlalu tinggi, Guan Eng kata kerajaan tak mampu nak teruskan...

Lepas tu pulak, Guan Eng kata projek ECRL di tangguhkan pada satu masa yang sesuai (kononnya bila gomen dah banyak duit ler gamaknyer)...

Lepas tu pulak, Guan Eng umumkan projek nie di kaji semula kos keseluruhannya...

Statement yg paling 'win' ialah projek nie akan di teruskam dengan kos baru iaitu RM70 billion!!!


Power tak Guan Eng derrr...

Kos asal RM55 billion, Guan Eng cakap kerajaan tak der duit...

Bila kos berubah jadi RM70 billion, Guan Wng cakap, teruskan...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Projek HSR Singapura ~ Kuala Lumpur


Satu lagi cetusan idea dari Najib era kerajaan BN...

Tapi bila kerajaan PH ambil alih, skrip dia sama jer mcm projek Terowong Pulau Pinang, ECRL...

Kos asal era Najib ialah RM72 billion...

Guan Eng cakap kos tu tinggi sangat, mana kerajaan ada duit!!!

PM pula tambah, projek tu membazir sebab landasan pendek tapi kos tinggi...

Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) pula kata, kos tu boleh di kaji balik dgn beberapa pengubahsuaian landskap dan projek bertujuan utk jimatkan kos...

MPK (Majlis Pencacai Kerepot) pun buat cadangan canggih yg di gelakkan Singapura, kos dapat di kurangkan dari RM72 billion kepada RM110 billion!!!

Guan Eng pun kata 'cun', kita dah dapat jimatkan kos pembinaan projek HSR...🀷‍♂️🀷‍♂️🀷‍♂️

Hebatkan Guan Eng!!!

Projek LRT 3


Nie lagi satu drama swasta dari Tokong Production...

Projek yg dah di rangka dari era Najib dengan kos RM9 billion terpaksa Guan Eng kaji semula...

Kesian kat Guan Eng kan...

Semua projek mega dia kena kaji semula utk 'kurangkan' kos...

Kaji punya kaji, Guan Eng dapat jimatkan sebanyak 47% kos pembinaan...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi macam biasalah...

Kos RM9 billion tu pada kajian pertama melonjak ke RM31.5 billion...

Jadi buatlah kajian kedua...

Bila siap kajian kedua, Guan Eng sekali lagi dgn muka bajet 'wira negara' umumkan kos harga runtuh RM16.3 billion, penjimatan 47% dari kos asal RM31.5 billion...


Hakikatnya 'penjimatan' yang Guan Eng umumkan tu ialah peningkatan perbelanjaan dari kos asal...

Rakyat Memilih Kerajaan Yang Mahu Rakyat Berkhidmat Untuk Mereka

Itulah kehebatan Guan Eng dan kerajaan PH...

Tak heranlah hutang negara tiba2 meningkat dari RM686.6 billion kepada RM1.1 trilion!!!

Ingat yer, bila Guan Eng kata nak kaji semula maka tunggulah 'berita gembira' tentang kenaikan RM yang akan di belanjakan...

Semua kos yang dia orang naikkan tu yang akan menanggungnya ialah rakyat dalam berbagai bentuk...

Yang pasti tak cukup beberapa tahun jer utk kita bayar balik kenaikan kos tu...

Pasti akan memakan masa puluhan tahun kita akan bayar kenaikan membabi buta kos tu...

Jadi sebagai rakyat Malaysia, dah tentu patut kita berterima kasih atas 'KEBIJAKSANAAN' Lim Guan Eng menguruskan kewangan negara...

Saturday, July 14, 2018

Kesan UEC (Unified Examination Certificate) Pada Generasi Akan Datang

|0 comments
APA DIA UEC (UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE)?

Sebelum ini terdapat segelintir masyarakat Cina yang sering menuntut supaya kerajaan mengiktiraf peperiksaan UEC...

Dan setiap kali timbul isu ini akan terjadi ketegangan kaum...

UEC di gunakan secara meluas di sekolah persendirian Cina...

Mereka mempunyai sistem pendidikan tersendiri di bawah pengawasan Dong Zong (badan pendidikan Cina) berikutan keengganan mereka menggunakan sistem pendidikan kebangsaan...

Namun UEC di tolak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi...

Bahkan ikon Cina seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin turut menolak pengiktirafan UEC sampaikan mereka tidak di sukai dan di kecam teruk...

Cubaan Lim Lian Geok Menuntut Pengiktirafan UEC Di Malaysia


Lim Lian Geok, seorang guru dan aktivis yang lantang menuntut pendidikan “Chinese-centric” mendapat sokongan institusi Dong Zong untuk mendesak kerajaan supaya mengiktiraf bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia...

Di sebabkan itu kerajaan telah membuang kerakyatan Lim Lian Geok yang di anggap cuba mencetuskan ketidakharmonian antara kaum...

Namun terdapat segelintir masyarakat Cina yang menganggap Lim Lian Geok sebagai patriot sebenar yang mahu membawa agenda masyarakat Cina dan impian negara mereka.

Kesan UEC Kepada Perpaduan Kaum

Perkongsian Dari Pengalaman Sebenar Pelajar Melayu Yang Dapat Pendidikan UEC

Berikut perkongsian dari Mag Malaya Ahmad yang pernah bersekolah di sekolah persendirian Cina tentang UEC...


Anak Melayu yang pernah dapat didikan 4 tahun di Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa, Jalan Ipoh Kuala Lumpur menceritakan...

Dalam Mandarin kita panggil (η»ŸδΈ€θ€ƒθ―•) atau (η»Ÿθ€ƒ)....

Seingat aku, UEC ni di bahagikan kepada 2 fasa :

Fasa 1 kita ambil exam waktu form 3...
Fasa 2 kita ambil exam waktu form 5 atau form 6...

Dekat Malaysia, selain daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang kita sedia maklum, Sekolah Menengah Persendirian Cina macam sekolah Chong Hwa dalam tulisan penuh Cina, dia ada kurungan (独) yang bermaksud merdeka, asing, sendiri...


Untuk pencapaian UEC tahun 2017 seluruh negara dalam subjek bahasa, (εŽζ–‡) Bahasa Mandarin, (马ζ₯θ₯ΏδΊšζ–‡) Bahasa Malaysia dan (θ‹±ζ–‡) English...

Bahasa Malaysia peratus gagal paling tinggi di antara ketiga-tiga bahasa...

Dulu aku agak bangga dan rasa gah bila berbahasa Mandarin di Malaysia...

Tapi semua bangga ni hilang bila aku jumpa Cina Thailand, Cina Indonesia dan Cina Madagascar di Guangzhou...

“Kenapa sesama engkorang tak bercakap dalam bahasa Malaysia eh?”

Aku ingat lagi Bun Chok Ling, kawan Cina aku dari Singkawang Indonesia, tegur aku dekat dalam dorm sebab dia perasan aku berhubung dengan Cina Malaysia pakai Mandarin...

"Aku takkan cakap aku ni Cina, aku akan cakap aku ni orang Thai, memang aku keturunan Cina, tapi bahasa pertama aku bahasa Thai, bukan Mandarin"...

Apirak Tee pernah terangkan ke aku waktu aku tanya dia pasal bangsa dan suku yang ada dekat Thailand...

Apirak ni antara kawan Thailand aku yang paling power tahap Mandarin dia waktu kolej, tapi sesama pelajar Thailand yang lain, dia akan berhubung pakai bahasa kebangsaan mereka, Thai...

Bila waktu habis main bola di padang kolej, cemburu betul aku tengok pelajar-pelajar dari negara lain berhubung sesama sendiri dalam bahasa kebangsaan diorang...

Yang Cina Thai dengan bahasa Thai dia, yang Cina Myanmar dengan bahasa Myanmar dia, yang Cina Ecuador dan Venenzuela dengan bahasa Latin dia...

Kau pergi ke hujung Indonesia yang nama tempat Makassar tu pun kau akan nampak dan dengar Cina dia bersembang dalam loghat tempatan...

Adakah Menolak Pengiktirafan UEC Menunjukkan Sikap Rasis?

Ada pendapat yang mengatakan sikap menolak pengiktirafan UEC menunjukkan sikap rasis seseorang atau lebih tepat di katakan sikap anti Cina...

Betulker...

Kenapa Dasar Pendidikan Kebangsaan Di Perkenalkan


Sejarah pendidikan secara formal negara bermula dari sebelum merdeka iaitu melalui Penyata Razak 1956...


Keperluan mengkaji semula sistem pendidikan di zaman penjajah ialah kerana sistem yang di perkenalkan oleh British akan membawa perpecahan kaum bagi negara...

British yang mengamalkan dasar Pecah dan Perintah memperkenalkan sistem tumpuan taat setia kaum pendatang kepada negara asal mereka...



Ianya bertujuan bagi menghalang perpaduan dan penyatuan pelbagai kaum di Tanah Melayu...

Sebab tu kerajaan memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk menyatupadukan semua kaum di Malaysia agar hidup dalam keadaan harmoni...

Salah Satu Sebab Kenapa Rakyat Sesebuah Negara Itu Bersatu Ialah Kerana Menggunakan Satu Bahasa

Dari perkongsian pengalaman sebenar Mag Malaya Ahmad dengan percampuran beliau dengan rakan2 berbangsa Cina dari negara2 lain, jelas menunjukkan penggunaan bahasa kebangsaan boleh menyatu padukan penduduk berbilang kaum...

Kerana mereka menggunakan dan mengutamakan bahasa kebangsaan yang sama dalam kehidupan seharian mereka, maka pergeseran antara kaum dapat di elakkan...

Tapi bagi di Malaysia, kesan pendidikan yang di perkenalkan oleh penjajah telah menyebabkan ujudnya ruang di antara kaum...


Kemuncak dari keujudan ruang antara kaum ialah tragedi berdarah 13 May 1969...


Ekoran itu Dasar Pendidikan Kebangsaan di berikan 3 tumpuan utama bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali...


Dengan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang dapar menyatu padukan pelbagai bangsa di Malaysia...

Mengapa Sistem Pendidikan UEC Tidak Di Iktiraf

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM di sertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM/SPM).

Maka dengan sendirinya, sistem pendidikan kita akan melahirkan generasi yang prejudis dan cauvanis akibat ruang antara kaum di buka semula kerana setiap kaum hanya menggunakan bahasa ibunda masing2 dan kesampingkan bahasa perpaduan iaitu bahasa kebangsaan...

Jika UEC Di Iktiraf, Apa Kesannya

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras...

Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silibus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain.

UEC di laksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain...

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh...

Selain itu ialah kesan domino, selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silibus mereka daripada silibus kebangsaan kepada silabus UEC...

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia???

Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi...

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun di desak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari...

Dengan pendirian perdana menteri yang endah tak endah, inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini...

Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina...

Kesimpulannya, bukan pihak yang tidak mengiktiraf UEC tu rasis tetapi pihak yang memperjuangkan UEC tu sebenarnya yang rasis!!!
fda

Archives