Wednesday, September 23, 2020

Keangkuhan Mohamaddin Ketapi Punca Dr Mahathir Enggan Bantu Warisan Di PRN Sabah


Kempen Pilihanraya Negeri Sabah sudah memasuki fasa terakhir.

Kini semua parti politik yang mempunyai calun dalam PRN Sabah atau calun-calun yang bertanding di atas tiket Bebas sudah hampir tamat menjelajahi setiap ceruk kawasan DUN masing-masing.

Seperti yang selalu dikatakan, keadaan politik Sabah amat berbeza dengan keadaan politik di Semenanjung Malaysia.

Sebab itu berbagai slogan yang dapat kita dengar dari parti-parti politik yang bertanding di PRN Sabah kali ini, 'Sabah For Sabahan', 'Abah Sayang Sabah' dan sebagainya.

Dalam kerancakan kempen dalam PRN Sabah, tercetus satu isu yang sangat-sangat mengguriskan hati bukan sahaja rakyat Sabah, malah seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi anggota keselamatan yang terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terutamanya yang terlibat di dalam Ops Daulat di Tanduo Sabah.


Dalam satu ceramah kempen PRN Sabah, secara sedar, malah dalam nada menghina, mantan Menteri Pelancungan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohamaddin Ketapi, telah menghina sumbangan dan pengorbanan anggota keselamatan yang terdiri dari tentera (ATM) dan polis (PDRM) yang mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat dan bumi Tanduo dari diceroboh oleh pengganas Sulu yang mendakwa mereka adalah 'Askar Di Raja Kesultanan Sulu' di bawah pemerintahan pewaris Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.


Soal keselamatan dan kedaulatan negara adalah persoalan yang menjangkau soal perbezaan ideologi politik.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Malaysia, tidak kira apa juga fahaman politik kita, bila keselamatan dan kedaulatan negara diancam, rakyat Malaysia WAJIB bangkit dan mempertahankannya.

Tetapi amat memalukan bila Malaysia mempunyai seorang warganegara seperti Mohamaddin Ketapi.

Ketapi bukanlah seorang rakyat biasa tetapi beliau adalah mantan menteri dalam kabinet Kerajaan Malaysia.

Bagaimana seorang yang pernah menjadi menteri penuh di Putrajaya boleh mengeluarkan perkataan yang sungguh biadap begitu.

Antara lain Ketapi direkodkan berkata Ops Daulat di Tanduo itu hanyalah sandiwara semata-mata.

Tidak cukup dengan penghinaan itu, Ketapi menyifatkan anggota keselamatan yang terlibat dengan Ops Daulat itu cuma berperang dengan ayam dan anjing.

Apakah maksud Ketapi berkata demikian, apakah beliau menyifatkan anggota keselamatan yang terkorban di dalam Ops Daulat itu adalah kerana dipatuk ayam dan digigit anjing!!!

Sehina itukah martabat, maruah dan pengorbanan wira negara kita?

Cuba kita lihat satu persatu wajah arwah dan mendiang yang terkorban itu, apakah itu wajah wira negara yang telah meninggalkan kita kerana dipatuk ayam atau digigit anjing!!!

Apakah Ketapi tidak memikirkan bagaimana perasaan ahli keluarga wira negara yang terkorban dan yang masih ada dalam Ops Daulat itu bila mendengar apa yang beliau katakan itu?


Tidak cukup dengan menghina wira negara di Ops Daulat, Ketapi juga telah memperlekehkan barisan hadapan yang bertungkus lumus dan bermati-matian serta mempertaruhkan nyawa diri dan keluarga mereka dalam usaha melawan penularan Covid-19.

Dalam ceramah yang sama, Ketapi mendakwa kononnya telah menerima maklumat bahawa KKM akan mengisytiharkan kawasan parlimen Lahad Datu P188 akan diisytiharkan kawasan merah untuk menyekat pengundi dari keluar mengundi.

Malah menurut Ketapi, akan ada beberapa orang yang akan diupah untuk pura-pura pengsan bagi tujuan menakutkan pengundi-pengundi di sana.

Ketapi adalah antara manusia yang bertanggungjawab bukan sahaja menggalakkan pelancung dari China masuk ke Malaysia, malah membantah cadangan untuk menghalang mereka dari masuk ke Malaysia, walau pun ketika itu negara China berada di kemuncak penularan Covid-19.

Akibatnya, sehingga sekarang, Malaysia masih bergelut untuk mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kini, sekali lagi Ketapi mempersendakan usaha melawan dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sangat jelas, inilah sikap dan wajah sebenar pemimpin Warisan yang akan menghalalkan apa juga cara untuk mengekalkan survivor politik mereka.


Benar, Ketapi sudah meminta maaf secara terbuka, tetapi sejauh mana ikhlasnya permohonan maaf dari beliau, biar gambar berbicara.

Jadi tidak hairanlah, walau pun Dr Mahathir diminta secara peribadi oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk membantu beliau dalam kempen PRN Sabah, sehingga ke hari ini, Dr Mahathir kelihatan keberatan dan belum memberikan apa-apa respon.

Dari sumber dalaman, Dr Mahathir dikatakan tidak mahu dilihat rakyat sebagai seorang pemimpin yang berkerjasama dengan parti yang mengina wira negara serta 'frontliners'.

Dr Mahathir juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan kempen parti Warisan di PRN Sabah kerana keangkuhan dan kebiadapan Ketapi PASTI akan menguburkan peluang parti Pejuang di dalam PRU 15 yang dijangka akan diadakan selepas PRN Sabah ini.


Kepada pengundi Sabah, buatlah pilihan yang bijak, ayuh kita ubah balik bah...

0 comments:

fda

Archives