Ramai yang berkata keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam adalah sangat penting.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dikatakan akan memuktamadkan isu mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri ke 7, Dr. Mahathir kepada bakal Perdana Menteri ke 8, Anwar Ibrahim.
Dikatakan juga ketidaktentuan politik dan ekonomi Malaysia juga adalah berkaitan rapat dengan kemelut peralihan kuasa tersebut.
Ada juga yang mengeluarkan teori kononnya pelabur luar merasa ragu untuk membuat pelaburan di Malaysia kerana bimbang apabila peralihan kuasa berlaku, maka akan berlaku perubahan dasar.
Dr. Mohd. Yusri Ibrahim, Ketua Penyelidik Ilham Centre yang pro Pakatan Harapan pula kata, populariti Pakatan Harapan semakin merudum kerana rakyat sudah bosan dengan isu peralihan kuasa dan rakyat mahu ianya dimuktamadkan segera, maksudnya kalau Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dapat muktamadkan isu peralihan kuasa, maka sokongan rakyat pada Pakatan Harapan akan pulih.
Persoalannya, benarkah begitu?
Dr. Mahathir Dah Bagi Signal Tapi Keadaan Ekonomi Tak Berubah Pun Malah Rakyat Makin Menyampah
Sebenarnya jawapan yang dikatakan oleh penganalisis pro Pakatan Harapan kononnya ditunggu-tunggu bukan sahaja rakyat Malaysia malah seantaro dunia, sudah secara jelas dinyatakan oleh Dr. Mahathir sebelum Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
2 mesej yang sangat jelas dari Dr. Mahathir :
Saya Cuma Janji Akan Letak Jawatan
Saya janji saya akan letak jawatan, saya akan letak jawatan.
Betul, Dr. Mahathir janji akan letak jawatan dan beliau janji akan tunaikannya pada November 2020 selepas Sidang APEC nanti.
Tapi sejarah membuktikan, pada tahun 1998, 48 jam selepas Dr. Mahathir buat kenyataan Anwar akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri, Anwar telah dipecat dari kabinet dan juga dari UMNO...😉😉😉
Kali ini kenyataan yang hampir sama Dr. Mahathir keluarkan tapi Dr. Mahathir tidak menamakan siapa yang akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Tidak semestinya perkataan 'letak jawatan' itu bermaksud Anwar akan menggantikan Dr. Mahathir, berkemungkinan ianya bermaksud Dr. Mahathir akan membubarkan parlimen atau itulah masanya nanti Dr. Mahathir akan meminta PAS melakukan undi percaya di Dewan Rakyat dan itulah masanya Dr. Mahathir akan gunakan 138 Akuan Bersumpah Ahli Dewan Rakyat yang dikatakan sudah menyatakan sokongan pada Dr. Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sampai akhir penggal.
Ingat Dr. Mahathir pernah keluarkan kenyataan, keputusan akhir sama ada beliau kena letak jawatan adalah bergantung pada sokongan Ahli Dewan Rakyat (BACA DI SINI).
Apa Pun Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Saya Akan Letak Jawatan Selepas Sidang APEC
Kalau masih lagi tidak faham dan tidak jelas, admin tidak tahu nak cakap apa.
Sudah jelas apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, apa pun keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau cuma akan meletak jawatan pada bulan November 2020 selepas Sidang APEC (BACA DI SINI).
Itulah sifat Dr. Mahathir yang kita kenal.
Keras kepala dan tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang bertentangan dengan kehendak beliau.
Anwar sendiri terpaksa 'rela dalam paksa' menunggu sampai Persidangan APEC bulan November 2020 sebab Anwar tahu apa boleh berlaku kalau beliau bertindak melulu...😉😉😉
Rakyat Bukan Bosan Dengan Isu Peralihan Kuasa Tapi Rakyat Bosan Dengan Pakatan Harapan
Hakikatnya rakyat bukan bosan dengan isu peralihan kuasa yang seakan tidak ada kesudahan tapi rakyat bosan dengan Pakatan Harapan yang banyak menipu dan menyusahkan kehidupan seharian rakyat.
Lima Pilihanraya Kecil yang lepas jelas menunjukkan kemarahan rakyat pada Kerajaan Pakatan Harapan.
Kelima-lima kempen pilihanraya kecil tersebut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
Sekiranya benar rakyat mahu dan kesah dengan isu peralihan kuasa, sudah tentu kehadiran Anwar dalam kempen pilihanraya kesil tersebut memberikan impak positif pada calon Pakatan Harapan.
Atau sekiranya rakyat mahu Dr. Mahathir dikekalkan, sudah tentu kehadiran Dr. Mahathir dalam kempen pilihanraya kecil tersebut memberikan impak positif pada calon Pakatan Harapan.
Rakyat bosan dengan perebutan kuasa antara Dr. Mahathir dan Anwar.
Rakyat bosan melihat perebutan kuasa dalam pemilihan jawatan setiap parti komponen Pakatan Harapan.
Jelas bagi rakyat, sedangkan parti sendiri pun bermasaalah dan tidak mampu diurus tadbir dengan baik, tidak pelik kalau keadaan rakyat dan negara semakin tenat dari hari ke hari di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.
Rakyat bosan melihat menteri kabinet Melayu dan ahli politik Melayu Pakatan Harapan yang membisu bila DAP permainkan berbagai isu yang berkaitan sensitiviti masyarakat Melayu Islam.
Benar, rakyat mahu Dr. Mahathir berundur segera tapi bukan setakat Dr. Mahathir yang berundur tapi Kerajaan Pakatan Harapan juga berundur dan PRU 15 diadakan.
Dan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan menetapkan tempoh waktu peralihan kuasa diserahkan sepenuhnya pada Dr. Mahathir untuk menentukannya.
Ini bermakna Anwar akan kekal sebagai PM TEPI kerana dijangkakan Dr. Mahathir akan bubarkan parlimen sebelum pilihanraya negeri Sarawak kerana Dr. Mahathir tahu peluang Pakatan Harapan untuk menang di Pilihanraya Negeri Sarawak hampir tiada dan kita akan hadapi Pilihanraya Umum ke 15 serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun hadapan.
0 comments:
Post a Comment