Friday, January 10, 2020

Agenda Maszlee Menanam Fahaman Wahabi Pada Generasi Muda!!!


Masih ramai lagi yang bercakap tentang pemecatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Admin cakap 'pemecatan' sebab sudah jelas lagi bersuloh bagi admin bahawa Maszlee memang dipecat dan bukannya letak jawatan (BACA DI SINI).

Sama ada dipecat atau letak jawatan, admin tak berminat nak kupas atau debat dalam isu ini, tapi admin cuma nak rakyat Malaysia fikirkan sejenak, mengapa Allah SWT izinkan pemecatan Masĺee Malik dipecat?

Cubaan Maszlee Menyebarkan Fahaman Wahabi Pada Murid Sekolah


Akidah umat Islam berpaksikan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Tapi terdapat beberapa individu dan pihak yang cuba menanamkan fahaman Wahabi yang telah pun ditolak malah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (BACA DI SINI).

Antara individu yang dapat dikenal pasti cuba menyebarkan fahaman Wahabi di Malaysia terutamanya di kalangan pelajar sekolah ialah Maszlee Malik.


Mengambil kesempatan di atas jawatan yang disandangnya dahulu, Maszlee telah cuba membawa masuk guru dari Arab Saudi untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains kepada pelajar sekolah di Malaysia.

Bukan setakat itu, melalui persetujuan antara Maszlee di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Pendidikan ketika itu, kerajaan Arab Saudi juga dikatakan telah bersetuju untuk menaja biasiswa kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Arab Saudi (BACA DI SINI).

Mengambil guru dari Arab Saudi untuk mengajar Bahasa Inggeris dan Sains kepada pelajar sekolah di Malaysia?

Tiada matapelajaran Sains di Arab Saudi dan apakah pencapaian matapelajaran Bahasa Inggeris di Arab Saudi adalah antara yang terbaik di dunia?

Apa sebenarnya agenda Maszlee kerana Arab Saudi memang terkenal sebagai bumi di mana lahirnya fahaman Wahabi!!! (BACA DI SINI).

Maszlee juga telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan daan ucapan yang boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia, antaranya :

》26 September 2014, Maszlee telah mengeluarkan status berpautan kepada satu link Youtube bertajuk "Anggota Teroris ISIS Mimpi Basah Bertemu Bidadari".

Caption pada status tersebut berbunyi :

"Ada persamaan di antara ISIS dan para habaib" (BACA DI SINI).

Status ini menimbulkan kontroversi.

Ramai tidak senang dengan beberapa penrkara yabg dituliskan oleh Maszlee, antaranya :

-Disamakan Habaib dgn ISIS.
-Dakwaan Habaib mengaku berjumpa dengan Nabi SAW.

Tak sampai 2 hari, Maszlee mengeluarkan satu lagi status dalam usaha meredakan kontroversi yang beliau cetuskan berbentuk satu pencerahan (BACA DI SINI).

Disimpulkan, beliau memuat naik status pertama sengaja bersifat provokatif semata-mata untuk tujuan kajian beliau, iaitu untuk melihat hujjah kedua-dua penyokong, ISIS dan Habaib.

Status pencerahan ini juga dikepilkan gambar beliau berjubah dan memakai serban dan rida, tanda beliau tidak alergi dengan Habaib.

Menarik juga di dalam status ini, Maszlee mengiktiraf kefahaman Salafi yang mendominasi kumpulan ISIS!!!


》Isu kenyataan Nabi akan letak jawatan kerana desakan hidup sekiranya mereka masih hidup pada hari ini.

Maszlee pada 8 Julai 2017 dalam sebuah forum yang bertajuk 'Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia'.

Yang berlangsung di sebuah gereja Methodist di ibu negara.

Kenyataan itu berbunyi :

"I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions."

(BUKTI AUDIO DI SINI).

Kenyatan ini benar-benar bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana merendahkan martabat dan maqam para anbiya' dan ia termasuk dalam perkara aqidah.

Ketika Maszlee isytiharkan masuk bertanding PRU 14, siapa yang paling gembira?

Dr. MAZA dan Dr Rozaimie, kerana inilah peluang mereka untuk masukkan fahaman Wahabi ke dalam masyarakat melalui kuasa politik yang ada pada Maszlee.

Akan ada komen yang mengatakan :

"Pandai-pandai tuduh Maszlee, tengoklah latar belakang pendidikan dia!!!"

Namun jawatannya sebagai bekas pensyarah tidak menjaminkan pegangan aqidah dia berlandaskan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Jangan lupa, Aminah Wadud juga graduan cemerlang dan pensyarah di salah satu universiti negara kita dan beliau dianggap hero di kalangan liberal.

Benar atau tidak Maszlee merupakan pendokong fahaman Wahabi, hanya beliau dan Allah SWT yang tahu, namun lontaran pemikiran dan kenyataan beliau menjurus ke arah itu.

Maszlee juga adalah Ahli Majlis Syura IKRAM, satu jawatan yang sangat penting dalam IKRAM.

Aliran liberalisme dan fahaman Wahabi amat kukuh di dalam IKRAM.

Malah dalam satu surat terbuka dari ahli IKRAM yang menggunakan nama Amri El Wahab telah mengkritik fahaman liberalisme yang semakin berakar umbi di kalangan pemimpin IKRAM (BACA DI SINI).

Agenda Sulit Amerika Di Belakang Fahaman Wahabi Dan Budaya Keganasan Fahaman Wahabi

Muhammad Abdul Al Wahhab
Dari sejarahnya, fahaman Wahabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Al Wahhab.


Muhammah Abdul Al Wahhab adalah anak kepada seorang ulamak sufi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Arab Saudi iaitu Abdul Al Wahab dan adik kepada seorang lagi ulamak sufi Ahli Sunnah Wal Jamaah, Sulaiman Abdul Al Wahhab.

Di sebabkan ayah dan abang Muhammad Abdul Al Wahhab berbeza pendapat dengan beliau, Muhammad Abdul Al Wahhab mahu membunuh mereka.

Jelas, budaya keganasan Wahabi bermula seawal lahirnya fahaman tersebut dan oleh pengasasnya sendiri.

Tidak hairan kalau pendokong fahaman Wahabi mudah untuk mengkafirkan malah memerangi siapa saja yang berbeza pendapat dengan mereka (BACA DI SINI).

Untuk lebih mendalami dan mengenali lagi tentang Wahabi (SILA TONTON DI SINI).


Di Malaysia, strategi 'Melayu Skrew Melayu' digunakan oleh DAP, tetapi di peringkat antarabangsa, 'Orang Islam Memerangi Orang Islam' di gunakan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di barat (BACA DI SINI).

Malah Amerika Syarikat telah mengarahkan Arab Saudi untuk menyebar fahaman Wahabi di kalangan umat Islam bagi menghadapi pengaruh Russia (BACA DI SINI).

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita seharusnya bersyukur kerana Allah SWT dengan RahmatNya telah menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Bayangkanlah kalau Allah SWT masih mengizinkan Maszlee menjawat jawatan Menteri Pendidikan di Malaysia, apa akan jadi pada generasi anak cucu kita di masa akan datang?

0 comments:

fda

Archives