Sunday, September 22, 2019

Pengaruh LTTE Makin Berleluasa, PDRM Dilihat Makin Tak Berdaya, Kenapa?


Liberation Tigers of Tamil Eelam @ LTTE, telah diharamkan oleh 32 negara diseluruh dunia...

Ahli pertubuhan pengganas LTTE telah diharamkan memasuki  ke dalam 32 negara tersebut...

Kerajaan Sri Lanka sendiri telah mengeluarkan senarai pertubuhan diharamkan yang ada kaitan dengan keganasan dan LTTE (BACA DI SINI)...

Di Malaysia sendiri, LTTE telah diharamkan sejak tahun 2006...


Mengikut maklumat dari PDRM, sejak tahun 2009 hingga tahun 2015, seramai 18 orang pengganas LTTE telah ditangkap oleh PDRM dan dihantar pulang ke Sri Lanka (BACA DI SINI)...


Turut ditangkap oleh PDRM ialah ketua pengganas LTTE, Selvarasa Pathmanathan (BACA DI SINI)...

Rakyat Malaysia ketika itu merasa sangat bangga dengan kejayaan PDRM menangkap hidup-hidup ketua pengganas LTTE yang dikatakan elit itu dan sangat-sangat dikehendaki oleh Interpol...

Tapi perkembangan terkini sangat-sangat membimbangkan rakyat Malaysia...


Walau pun PDRM pernah menunjukkan ketegasan terhadap pengganas LTTE tapi kenapa sekarang ia seakan tidak diendahkan malah pergerakan kumpulan pengganas LTTE yang diharamkan itu dilihat semakin merebak...


Malah mereka secara terang-terangan telah berani mengangkat sepanduk logo pengganas LTTE dan pengasasnya Prabhakaran...

Apa dah berlaku pada PDRM yang diterajui oleh Tan Sri Hamid Bador?

Apakah ada dalang ahli politik di sebalik kesuburan pergerakan pengganas LTTE di Malaysia?

Julai 2018, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun mengesahkan terdapat lebih 50 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy, atas penglibatan beliau dengan kumpulan pengganas LTTE (BACA DI SINI)...

Adakah benar Ramasamy terlibat secara langsung dengan pergerakan pengganas LTTE di Malaysia? (BACA DI SINI)...


Biar gambar berbicara!!!


Terkini didedahkan, P. Ramasamy, bukanlah satu-satunya saja pemimpin DAP dikaitkan dengan pergerakan LTTE di Malaysia, Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran, juga dikatakan ada hubungan dengan pengganas LTTE (BACA DI SINI)...

Sekiranya benar kedua-dua ahli politik DAP ini terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, ianya amat membimbangkan...


Ramasamy ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan baru-baru ini didedahkan, MP Jelutong, RSN Rayer, menjadi peguambela kepada Lai Chin Wah, pengkhianat negara yang menjadi dalang utama penjualan MyKad kepada warga asing di Pulau Pinang...

Manakala Kulasegaran pula telah dilantik sebagai salah seorang jawatankuasa untuk menapis permohonan kerakyatan Malaysia!!! (BACA DI SINI)...

250,000 permohonan kerakyatan Malaysia akan dipertimbangkan oleh Kulasegaran, salah seorang jawatankuasa yang mempunyai kuasa meluluskan permohonan kerakyatan...

Berapa ramai pengganas LTTE yang dapat Kulasegaran beri kerakyatan Malaysia!!!

Kita harap pihak PDRM dapat membasmi sebarang pihak atau kegiatan yang menghidupkan gerakan ini di Malaysia...

Bila mempertahankan kedaulatan negara dan memelihara keamanan Malaysia, pihak polis tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak sebab itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas PDRM...


Diharap Hamid Bador berhentilah keluatkan kenyataan-kenyataan bodoh dan terus-terusan menjadi badut kepada ahli politik...

Lebih 50 laporan dah dibuat ke atas Ramasamy sehingga Julai 2018, tapi hari ini Hamid Bador masih memantau!!!


Malah mantan KPN, Tan Sri Musa Hassan, pernah memberi amaran tentang bahaya kewujudan ideologi LTTE yang masih ada di Malaysia (BACA DI SINI)...

Bukti apa lagi yang Hamid Bador mahu!!!

Pemantauan apa lagi yang Hamid Bador nak lakukan!!!

Siasat dan ambil tindakan ke atas P.Ramasamy konco-konconya sekali yang jelas menyokong LTTE...

0 comments:

fda

Archives