Friday, September 13, 2019

Kebodohan Pemimpin Islam PH Menyebabkan Kebiadapan Terhadap Islam DiLakukan Secara Terang


Sejak kebelakangan ini, sering kita lihat tindakan provokatif terlampau dilakukan oleh sesetengah pihak...


Sebagai contoh, masyarakat Melayu Islam pernah dikejutkan dengan perbuatan mengedar kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu secara terang-terangan...

Bukan sahaja di Sekolah Menengah Kebangsaan, malah ianya juga dilakukan di kawasan perumahan dan kampung-kampung yang dikenalpasti majoriti penduduknya adalah masyarakat Melayu Islam...

Mengapa perkara ini berlaku?

Persoalan yang lebih besar ialah, mengapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap mereka?


Sebenarnya, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, telah mengingatkan perkara ini dari sudut perundangan...

Mari kita baca, bagaimana karakusan terhadap kuasa pemimpin Melayu Islam telah 'menghalalkan' perbuatan itu :

Saya ditunjuk Perjanjian Bersama Kerangka Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertarikh 13 Disember 2016...

Terdapat dua pihak dalam perjanjian itu. Di satu pihak ialah PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan di satu pihak lagi PPBM...


Ia dibuat di Petaling Jaya dan ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Haji Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin (PPBM)...

Klausa 1(1) Perjanjian itu, antara lain, menyebutkan :

'Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan 'bebas', aman dan damai...'

Perhatikan bahawa peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang memperuntukkan, antara lain :


Perkara 3(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai...

Perhatikan bahawa perkataan 'bebas' telah ditambah...

Apakah kesannya?

Kesannya ialah, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan larangan...

Ini termasuk :


》Orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada pengembangan (propagation) agama mereka kepada orang Islam kerana itu adalah sebahagian daripada ajaran agama mereka...


》Mereka mempunyai alasan untuk menuntut supaya dibina atau untuk membina gereja dan to’kong-to’kong mereka di tempat-tempat awam, termasuk di kampus-kampus universiti...

》Cara mereka beribadat juga tidak boleh disekat...


Misalnya, di bulan hantu lapar, mereka boleh meletakkan babi panggang di luar to’kong mereka, termasuk di dalam kampus universiti, kerana menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada ibadat mereka di bulan itu...

Ringkasny, tujuan mereka menambah perkataan 'bebas' itu ialah untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan agama Islam di segi pentadbiran, termasuk penggunaan dana kerajaan...

Perlu ditekankan bahawa semua itu boleh dilakukan secara pentadbiran, tanpa meminda Perlembagaan...

Nampaknya ketiga-tiga pemimpin Melayu Islam itu sama ada tidak nampak, tidak peduli, hendak mengambil hati Lim Guan Eng atau sudah diperbodohkan oleh Lim Guan Eng...

Ini orang Melayu/ Islam perlu sedar....

Masyarakat Melayu Islam di Malaysia ibarat telah diikat kaki dan tangan mereka untuk bertindak, telah ditutup mulut mereka untuk bersuara apabila melihat kebiadapan pihak-pihak tertentu dalam usaha memperluaskan pengaruh ugama mereka...

Selama ini kita menyangka kedaulatan ugama Islam masih kekal dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi tanpa kita sedari, kerakusan dan kebodohan pemimpin-pemimpin yang bernama Wan Azizah, Mohammad Sabu dan Muhyiddin Yassin telah membuka pintu seluas-luasnya terhadap pencerobohan ugama Islam di Malaysia...

Inilah balasan dan azab yang paling besar Allah SWT berikan kepada kita kerana memilih atau memberi mandat kepada kafir harbi dan munafik...

Renungkanlah firman Allah SWT :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Mafhumnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin kamu dengan meninggalkan orang-orang yang mukmin"...

"Inginkah kamu ingin mengadakan satu alasan yang nyata bagi Allah SWT menyiksa kamu"...

An Nisa : Ayat 144


Seperti yang ditulis oleh Tun Abdul Hamid, perubahan yang dipersetujui tidak memerlukan pindaan di peringkat parlimen...

Admin yakin, setelah mendapat kuasa pemerintahan, ianya adalah antara perkara pertama yang mereka lakukan...

Melihat kedaulatan ugama Islam dicerobohi di tanah air kita sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa, adalah satu azab yang sangat pedih yang telah Allah SWT timpakan ke atas masyarakat Melayu Islam di Malaysia...

Mungkin kesannya tidak akan kelihatan sekarang, tapi kesan yang jelas dan nyata akan dapat dilihat dan dirasai dalam dua atau tiga generasi dari sekarang...

Masih selamatkah akidah anak cucu kita nanti?

Apakah bumi tercinta ini akan bertukar menjadi negara yang makmur untuk orang-orang kafir dalam masa 50 tahun yang akan datang?

Perhatikan pula firman Allah SWT yang berikutnya :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Mafhumnya :

Telah nampak kerusakan di mukabumi ini disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)

Surah Ar Rum : 41

Tersesat di hujung jalan, marilah kita sama-sama balik ke pangkal jalan...


Satu-satunya cara untuk kita memperbetulkan keadaan ialah dengan menumbangkan kerajaan yang ditunjangi oleh kafir harbi sekarang ini...

Marilah kita bersama-sama berada dalam saf penyatuan ummah muga kedaulatan ugama Islam dapat sama-sama kita pertahankan...

Ya Allah, ampunkanlah kesilapan yangbtelah kami lakukan, satukanlah hati kami, berikanlah kami pertolonganMu dan berikanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran di dalam menjaga kedaulatan AgamaMu dari terus dirobek oleh musuh-musuhMu...

Amin Ya Robb...

0 comments:

fda

Archives