Monday, November 28, 2016

Penyokong Trump akan demo depan pejabat Soros


Soros jadi sasaran penyokong Trump

28 November 2016 1:07 AM

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Hartawan Amerika Sya­rikat (AS), George Soros menjadi sasaran penyokong bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang bercadang mengadakan tunjuk perasaan terhadap penderma utama Parti Demokrat itu kerana didakwa menyumbang kepada kekecohan menjelang pemilihan badan perwakilan pemilih, bulan depan.

Akhbar USA Today memetik kenyataan Rochelle Winther, individu yang mula menyebarkan maklumat tentang Soros di media sosial berkata, sejak keganasan yang meletus selepas pilihan raya Presiden baru-baru ini, penyokong Trump percaya Soros menyumbang dana dalam tunjuk perasaan di AS yang disalurkan menerusi Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan hartawan itu.

“Beliau nampaknya sedang menghantar kumpulan-kumpulan untuk mencetuskan kekacau­an dan keganasan tanpa se­bab,” kata Winther.

Baca sepenuh di Utusan Malaysia

Dengan terlantik Senator Republican sebagai AG baru USA, akan pecah tembelang jari jemari Soros dan Mahathir mereka dan merekaraysa saman DOJ untuk jatuhkan Najib.

http://snapshot2016.blogspot.my/2016/11/soros-atur-kes-doj-untuk-bantu-mahathir.html
Ada suatu yang salah telah dilakukan DOJ. Kita tunggu .... jeng jeng jeng

2 comments:

  • Anonymous says:
    November 28, 2016 at 3:01:00 PM GMT+8

    utusan? jeng jeng jeng .. penipu tu la

  • Anonymous says:
    November 28, 2016 at 5:12:00 PM GMT+8

    Jamal pak tongkol tau tak tu. Ini peluang dia buat duit ni. Kau tolong bagitau dia sikit. Bolehlah dia masyuk sikit. USD tu jamal. Time najib jahanamkan RM ni. Kali 4 tu. Org macam jamal setongkol ni memang in demand

fda

Archives