Wednesday, July 22, 2020

Wanita Yang Menconteng Mural SPB YDP Agong Sudah Di Kenal Pasti

|0 comments

Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, jadinya, istilah yang paling tepat untuk admin gambarkan perbuatan biadap 2 wanita yang menconteng mural potret SPB YDP Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 'BODOH SOMBONG, PANDAI KURANG AJAR!!!'

Orang tua dah pesan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tidak perlu dipersoalkan apa motif kedua-dua wanita ini melakukan perbuatan yang cukup tidak bermoral itu.



Sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional di mana Perdana Menterinya dilantik oleh SPB YDP Agong, itu masaalah mereka dan bukannya alasan untuk menghina ke bawah duli tuanku.

Siapa mereka untuk mempertikaikan keputusan yang telah SPB YDP Agong telah putuskan mengikut lunas Perlembagaan Malaysia.

SPB YDP Agong adalah institusi yang wajib dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia kerana baginda adalah Ketua Negara.

Menghina SPB YDP Agong sudah merupakan satu kesalahan dan boleh didaklwa di bawah Akta 15, Akta Hasutan 1948 (BACA DI SINI).



Perbuatan terbaru menghina SPB YDP Agong itu juga menimbulkan kemurkaan SPB Sultan Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor, baginda menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan perbuatan tersebut, lebih-lebih lagi ianya berlaku di Selangor.

Baginda juga mahu pelaku ditangkap dan didakwa dengan segera (BACA DI SINI).



Ada teori yang mengaitkan wanita yang menconteng mural wajah SPB YDP Agong itu adalah orang yang sama dengan 'Si Tembam Super Ring'.


Admin tidak pasti sama ada teori tersebut betul atau tidak kerana dari rakaman gambar CCTV yang dirakam ianya nampak sama namun tidak dapat dipastikan.

Siapa pun yang melakukannya dan walau atas alasan apa pun ia dilakukan, ianya adalah satu kesalahan yang cukup serius kerana bukan sahaja boleh disabitkan kesalahan dengan Akta Hasutan 1948 (Akta 15), malah ianya juga bercanggah dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Tindakan tegas dan pantas mesti diambil oleh pihak PDRM dan seperti yang dititahkan oleh DYMM SPB Sultan Selangor, tangkap dan hukum mereka segera!!!

Tuesday, July 21, 2020

Iktiraf UEC : Siapa Yang Menipu, Muhyiddin Atau Hua Zhong?

|0 comments

Malaysiakini melapurkan kumpulan Hua Zhong mendakwa Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin secara dasarnya bersetuju untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) (BACA DI SINI).

Dakwaan Hua Zhong itu adalah berikutan pertemuan wakil pertubuhan itu dengan Perdana Menteri pada 16 Julai lepas.

Hua Zhong juga mendakwa, Muhyiddin juga berharap satu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.



Tidak lama selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Hua Zhong, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan media yang menafikan Muhyiddin telah menyatakan persetujuan untuk mengiktiraf UEC dalam pertemuan dengan wakil pertubuhan Hua Zong.

Malah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh PMO, Muhyiddin menegaskan, UEC mestilah selari dengan Dasar Pendidikan Kebagsaan sekiranya mahu diiktiraf kerajaan (BACA DI SINI).

Persoalannya, mengapa ada 2 kenyataan yang berbeza dari satu pertemuan yang dihadiri oleh orang yang sama?

Siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu?



Dari sudut politik, Muhyiddin tidak akan mendapat apa-apa kelebihan sekiranya memang benar beliau bersetuju untuk mengiktiraf UEC.

Malah berkemungkinan besar, Muhyiddin akan kehilangan sokongan dan kepercayaan masyarakat Melayu yang telah berjaya beliau perolehi di atas kejayaan barisan menteri yang berpengalaman dalam kabinet beliau dalam menangani krisis wabak pandemik Covid-19.

Lebih melonjakkan nama Muhyiddin bila kerajaan memberikan berbagai-bagai insentif dan bantuan kepada rakyat ketika wabak pandemik Covid-19 melanda negara.

Adakah Muhyiddin sanggup kehilangan kedudukan yang selesa ini hanya semata-mata mahu mengikut kehendak pertubuhan Hua Zhong untuk mengiktiraf UEC?



Adakah Hua Zhong yang menipu atau memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin waktu pertemuan antara mereka?

Usaha untuk mengiktiraf UEC telah lama digerakkan oleh Hua Zhong.

Waktu pemerintahan Pakatan Harapan, pertubuhan ini sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendesak supaya UEC diiktiraf.



Sampai ke satu peringkat, mereka menggunakan Peguam Negara lantikan DAP untuk mengisytiharkan bahawa kerajaan sudah mengiktiraf UEC (BACA DI SINI), suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara bila Peguam Negara turut mencampuri urusan menetapkan dasar negara!!!



Dari desakan yang sama yang dibuat oleh Ronnie Liu dari DAP, sudah jelas lagi bersuluh bahawa usaha untuk mengiktiraf UEC sebenarnya bermotifkan kepentingan politik yang didalangi oleh DAP (BACA DI SINI).

Survivor DAP adalah bergantung sepenuhnya pada sokongan masyarakat Cina di Malaysia.

Tetapi sokongan masyarakat Cina kepada DAP didapati semakin merudum apabila DAP gagal menjadi kerajaan yang baik sewaktu Pakatan Harapan memerintah dahulu.

Dasar-dasar ekonomi yang diumumkan oleh mantan Menteri Kewangan dari DAP, Lim Guan Eng, telah menyusahkan ramai peniaga Cina dan masyarakat Cina.

Untuk kembalikan sokongan masyarakat Cina, DAP mesti menonjolkan imej sebagai parti yang menjadi hero dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia.

Jadi tidak hairan bila ada sumber mengatakan pertemuan antara Muhyiddin dan pertubuhan Hua Zhong ini sebenarnya dirancang oleh DAP untuk memerangkap Muhyiddin.

Sebab itu, Ronnie Liu pantas mengeluarkan kenyataan dan bukannya pertubuhan Hua Zhong selepas PMO mengeluarkan siaran media yang menafikan Muhyiddin bersetuju untuk mengiktiraf UEC.

Dulu, kini dan selamanya, UEC TIDAK BOLEH diiktiraf oleh kerajaan kerana ianya bukan sahaja bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara tetapi mempunyai implikasi yang sangat buruk terhadap keharmornian pelbagai kaum di Malaysia (BACA DI SINI).

Tetapi bagi DAP, ada aku kesah, janji dapat memerintah!!!

Monday, July 20, 2020

N58 Slim, PKR Biadap, Tak Ada Adap!!!

|0 comments

15 Julai 2020 lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Perak (N58), Allahyarham Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sg. Behrang.

Allahyarham Khusairi merupakan ADUN Slim selama 4 penggal berturut-turut.

Kita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semuga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan roh orang-orang yang saleh.

Allahyarham Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Seperti biasa, bila ada kekosongan sama ada di peringkat DUN atau Parlimen, maka Pilihanraya Kecil akan diadakan.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim (BACA DI SINI).

Ini bermaksud,tarikh penamaan calon, apa lagi tarikh PRK masih jauh lagi dan belum ditetapkan lagi oleh pihak SPR.



Tapi Parti Keadilan Rakyat (PKR), seolah-olah sudah tidak sabar untuk menamakan calon mereka dalam PRK Slim (N58).



Belum 10 jam berita kematian Allahyarham Mohd. Khusairi diterimaKetua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, telah mengeluarkan kenyataan PKR Perak akan meletakkan calon dalam PRK Slim nanti (BACA DI SINI).

Kegelojohan mereka ternyata melambangkan sikap tamak dan tidak beradap serta tidak menghormati perasaan keluarga Allhyarham (BACA DI SINI).

Apakah PKR yakin akan dapat merampas DUN Slim dari UMNO/Muafakat Nasional?

Atau Farhash ingin mengangkat dirinya sebagai calon PRK Slim?

Apa pun alasan yang diberikan oleh PKR Perak, jelas ianya menggambarkan kegelojohan, sifat tamak dan kurang ajar parti PKR dalam politik!!!

Sunday, July 19, 2020

Syed Saddiq Di Panggil SPRM Ketika Bersidang Di Parlimen Kerana Memberi Kenyataan Palsu?

|0 comments

Syed Saddiq sekali lagi dipanggil SPRM untuk dirakam kenyataannya.

Sebelum ini Syed Saddiq dipanggil ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Syed Saddiq dipanggil SPRM ketika sedang bersidang di Parlimen (BACA DI SINI).


Turut dipanggil sama sebelum ini adalah ibu dan bapa Syed Saddiq sebanyak 4 kali berkaitan kes yang sama (BACA DI SINI).

Sepanjang kes itu di dalam siasatan SPRM, Syed Saddiq didapati telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza.



Dalam lapuran polis, Syed Saddiq mendakwa bahawa beliau telah kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 (BACA DI SINI).



Namun dalam satu hantaran di dalam akaun Twitter beliau bertarikh 30 Mac 2020, beliau mengatakan RM250,000 itu adalah anggaran dan jumlah tepatnya belum dapat dipastikan lagi.

Namun pada 31 Mac 2020, Syed Saddiq membuat satu lagi kenyataan dengan mengatakan jumlah duit yang hilang itu adalah RM210,000 dengan memberikan pecahan RM90,000 adalah milik peribadi beliau, RM50,000 adalah milik ibu beliau dan RM70,000 adalah milik ayah beliau (BACA DI SINI).

Dalam satu perkembangan lain, mantan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato' Lokman Adam, mendedahkan terdapat 'money trail' yang membuktikan sebanyak RM120,000 telah dipindahkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera milik Syed Sadiiq (BACA DI SINI).

Berkaitan isu yang sama juga, dalam satu serbuan yang dilakukan oleh SPRM di rumah Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, SPRM telah merampas sejumlah duit tunai bernilai RM400,000 yang disimpan dalam almari di rumah beliau (BACA DI SINI).



Kini bertemu buku dengan ruas, terkini, disahkan SPRM telah sekali lagi memanggil Syed Saddiq semalam, 17 Julai 2020 (BACA DI SINI), namun telah dibenarkan balik selepas 3 jam disoal siasat (BACA DI SINI).

Akhirnya 'pejuang' yang kononnya menentang kleptokrasi dan rasuah telah dipanggil berkali-kali oleh SPRM atas tuduhan rasuah!!!

Rakyat mahukan siasatan yang adil tanpa ada campurtangan orang politik atau orang yang berpengaruh.

Kredibiliti dan integriti SPRM mesti dikembalikan setelah tercalar teruk di era Latheefa Koya!!!

Saturday, July 18, 2020

Apa Agenda Zuraidah Masih Mahu Meneruskan Pilihanraya PBT

|0 comments

Ketika UMNO dan PAS bermati-matian mempetahankan ahli politik dari PPBM dan PKR, sama ada dalam media sosial mahu pun di dalam Dewan Rakyat, yang dituduh oleh Pakatan Harapan sebagai pengkhianat kerana meninggalkan parti masing-masing dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional, ada antara ahli politik dari PKR dan PPBM yang seolah-olah tidak berterima kasih, malah terus-terusan membawa agenda politik Pakatan Harapan.

Sebelum ini. menteri dalam kabinet Perikatan Nasional dan juga ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latif, dari PPBM menimbulkan kemarahan pemimpin dan orang UMNO bila mengatakan bahawa UMNO sudah tidak laku (BACA DI SINI).

Sedangkan dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil kebelakangan ini menyaksikan bagaimana Muafakat Nasional, di mana UMNO dan PAS adalah parti tunggak di dalamnya menumbangkan calon dari Pakatan Harapan, sama ada dari DAP, PPBM, PKR atau pun Warisan.

Malah di Sabah sendiri, negeri yang Abdul Latif dakwa UMNO tidak laku, calon UMNO/Muafakat Nasional menumbangkan calon dari Warisan/Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil Kimanis (BACA DI SINI).



Terkini dalam sesi soal jawab di Parlimen, seorang lagi menteri di dalam kabinet Perikatan Nasional dan juga ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, dari PKR kini PPBM telah menimbulkan kemarahan UMNO dan PAS dengan memberikan janji bahawa pilihanraya PBT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada pertengahan 2021.



Seperti yang kita ketahui, mantan Perdana Menteri ke 4, ke 7 dan Interim, Dr Mahathir sendiri telah menolak cadangan untuk membuat pilihanraya PBT ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan dahulu.

Jadi persoalannya, mengapakah Zuraidah masih lagi mempertahankan, malah berjanji untuk mengadakan pilihanraya PBT?

Apa itu Pilihanraya Tempatan @ Pilihanraya PBT @ Council Election dan agenda siapa sebenarnya dan mengapa ianya terus diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu?

Pilihanraya Tempatan adalah untuk memilih Ahli Majlis Mesyuarat Daerah atau Exco peringkat daerah.

Selepas terpilih dalam Pilihanraya Tempatan, Ahli Majlis Mesyuarat Daerah ini yang sebelumnya dilantik oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar, akan mempunyai kuasa mutlak untuk meminda, memansuh serta menguatkuasakan undang-undang dan membatal atau meluluskan projek pembangunan yang dirasakan perlu tanpa ada campurtangan Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat.

Dalam artikata lain, Ahli Majlis Mesyuarat Daerah mempunyai kuasa autonomi untuk daerah masing-masing.

Dari permukaannya, pemerintahan autonomi yang diturunkan kepada Ahli Majlis Daerah adalahiti baik kerana ia akan memudahkan pentadbiran di peringkat masing-masing dan mengurangkan karenah birokrasi di peringkat negeri dan pusat.

Tapi dari sudut hakikatnya, ia akan mendatangkan impak yang sangat besar.

Dari sudut taburan penduduk, majoriti masyarakat Melayu dan India berada di luar bandar, sama ada bandar kecil mahu pun bandar besar yang bertaraf bandaraya.

Yang mendominasi bandar dan bandaraya ialah masyarakat Cina.


Sekiranya berlaku Pilihanraya Tempatan, sudah pasti Ahli Majlis Daerah akan didominasi oleh masyarakat Cina.

Dan mereka mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran di peringkat daerah masing-masing.

Ianya ibarat menyerahkan semua PBT yang ada dalam Malaysia kepada masyarakat Cina untuk ditadbirkan, maka apa yang akan terjadi ketika itu, (BACA DI SINI).


Sebenarnya, yang beriya-iya sangat untuk mengadakan Pilhanraya Tempatan ialah DAP (BACA DI SINI).
DAP mempunyai agenda tersembunyi dan hanya menggunakan alasan melicinkan pentadbiran peringkat daerah untuk mendesak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya tempatan.

Dan kini, Zuraidah sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersungguh-sungguh mendokongnya dengan mengenepikan pendirian UMNO, PAS dan GPS.

Mengapa?

Adakah kerana Zuraidah masih lagi setia pada Pakatan Harapan terutamanya DAP atau Zuraidah takut ditolak oleh pengundi Cina di Ampang dalam PRU 15 nanti?

Friday, July 17, 2020

38 Sebab Kenapa Muhyiddin MESTI Pecat Dan Siasat Lembaga Pengarah TH

|0 comments

Laman blog ini ada menulis secara ringkas bagaimana barisan Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) sekarang tidak layak dan tidak sepatutnya berada di barisan Lembaga Pengarah TH kerana mereka semua adalah lantikan politk yang membawa agenda peribadi dan 'penaja' mereka (BACA DI SINI).

Jauh dari tanggungjawab sebenar untuk membangun dan memajukan TH, malah kehadiran mereka di kerusi Lembaga Pengarah telah membuatkan TH berada dalam keadaan yang cukup tenat.

Seperti yang dijanjikan dalam posting yang lepas, kali ini akan disenaraikan secara terperinci salah laku yang dilakukan oleh Lembaga Pengarah TH yang jelas melanggar dasar pengurusan, dasar perakaunan dan peraturan yang telah ditetapkan MESTI dipatuhi oleh sesiapa sahaja termasuk Lembaga Pengarah TH :


1. Pelantikan Ketua Strategi dan Ketua Staf tidak melalui proses yang betul.

2. Pelantikan perunding luar iaitu Ernst & Young, Perunding Perhubungan Awam, tidak melalui proses yang betul.

3. Pemindahan aset ke Kenderaan Tujuan Khusus (Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB), SPV, tanpa jaminan kerajaan.

4. Penghapusan jawatankuasa pelaburan yang mengakibatkan penyalahgunaan kuasa oleh Lembaga Pengurusan.

5. Penciptaan pekerjaan / jawatan untuk memenuhi kroni mereka sehingga menyebabkan pertindihan kerja.


6. Tidak ada pelaburan baru yang mampu menghasilkan pendapatan baru.

7. Penutupan cawangan TH untuk mengurangkan kos sehingga kehilangan pekerjaan bagi kakitangan-kakitangan.

8. Menggunakan dana bukan syariah (haram) untuk menaja makanan untuk barisan hadapan ketika pandemik Corona Covid 19.

9. Menggunakan dana zakat untuk menaja badan profesional sebagai contoh Institut Akauntan Malaysia yang ada melibatkan Zaiton dan Nik.

10. Mencadangkan penghapusan subsidi Haji mengikut persetujuan Lembaga Pengarah dan kabinet sebelumnya.

11. Memburu dan mencari salah hingga menggantung penggantungan anggota-anggota pengurusan lama dari dahulu hingga kini.

12. Mencadangkan untuk memansuhkan jaminan pemerintah dengan perubahan Wadiah Yadhaman menjadi Wakala.

13. Pengambilan banyak kakitangan berpangkat tinggi dari luar yang sama dengan kekuatan kakitangan semasa.

14. Minit Lembaga Pengarah hanya menunjukkan keputusan dan bukan perbincangan. Ini adalah usaha untuk menyembunyikan kesalahan.

15. Penangguhan biasiswa untuk kakitangan TH dan pendeposit.

16. Menafikan hak kakitangan yang bersara daripada mendapatkan imbuhan yang wajar.

17. Meminda had kuasa untuk memenuhi keperluan pengurusan baru itu sendiri.



18. Menjadikan TH untuk beroperasi dan menjadi seperti bank.

19. Menolak kakitangan TH daripada melaksanakan tugas haji dan sebaliknya menawarkan kepada kakitangan Bank Islam.

20. Ketua Pegawai Eksekutif dianggap sebagai pejabat swasta dan bukannya pejabat awam untuk melayani orang ramai kerana panggilan telefon, e-mel tidak dilayani.

21. Anggota Lembaga Pengarah tertentu mempunyai kuasa terhadap anggota Lembaga Pengarah yang lain dengan kes khususnya seperti Zaiton.

22. Permainan pemecatan konstruktif untuk pengurusan lama kerana mereka ditangguhkan untuk jangka masa yang tidak ditentukan.

23. Kakitangan difitnah dan mereka diugut dari menyuarakan rungutan mereka.

24. Arahan yang diberikan harus dipatuhi dan tidak boleh dipersoalkan.

25. Meletakkan TH sebagai pusat perhatian yang teruk menyebabkan pengeluaran dana yang besar berjumlah RM5b dan saiz dana menyusut menjadi RM68b (Dis 2019) dari RM75b (2018).

26. Menetapkan Pengarah tertentu mengendalikan (mengaktifkan) segalanya, hingga tidak ada pemisahan tugas antara Pengurusan dan Lembaga Pengarah.

27. Penyalahgunaan penggunaan media dan Perunding Perhubungan Awam untuk memberi gambaran buruk kepada Lembaga Pengarah TH dan Pengurusan sebelumnya

28. Pengurusan Baru tidak mengikuti prosedur yang betul dalam laporan polis sehingga tidak ada keadilan yang wajar diberikan kepada staf yang terlibat.

29. Pengurusan baru mendedahkan perkara-perkara sulit kepada Strait Times Singapura untuk memfitnah / memfitnah mereka.



30. Pelantikan kroni sebagai kakitangan tanpa proses yang betul dan justifikasi yang tepat mengenai penciptaan jawatan itu, banyak jawatan berlebihan yang dibuat yang membazirkan pendapatan sukar diperoleh TH.

31. Menerbitkan dividen dari keuntungan Sukuk yang belum direalisasikan yang mana mungkin tidak dapat dilaksanakan pada masa akan datang dan menyebabkan TH mengalami kerugian besar kemudian.

32. Tidak ada penilaian yang tepat terhadap pemindahan aset yang telah diketengahkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2018.

33. Masalah TH Plantation memanipulasi laporan penilaian oleh Penilai Kerajaan dan memaksa aset dijual dengan harga lebih rendah daripada penilaian kerajaan.

34. Pengurusan dan BOD baru gagal menjalankan tugas fidusiari mereka untuk menjana pendapatan untuk TH, tetapi sebaliknya masa yang dihabiskan untuk mencari salah tidak menghasilkan saluran pelaburan baru untuk pendapatan masa depan.

35. Sukuk diciptakan untuk menutup ketidakcekapan mereka dalam menguruskan dana dan hanya melakukan 'window dressing' yang bukan merupakan penyelesaian sebenar bagi TH, tetapi hanya memindahkan masalah tersebut ke badan pemerintah lain.

Ini bukan penyelesaian jangka panjang dan mereka tidak benar-benar menyelamatkan atau membersihkan TH, tetapi hanya menyapu masalah kepada entiti lain untuk sementara waktu. Sekiranya UJSB gagal menghasilkan nilai aset yang dipindahkan, UJSB tidak akan dapat membayar TH dan TH akan mengalami kerugian yang lebih besar.

36. Tidak ada alasan yang tepat dan tepat untuk janji temu :

Zaiton pernah mempromosikan sukuk TH Offshore dan mengakibatkan kerugian TH sebanyak RM40 juta, kerugian BIMB sebanyak RM50 juta namun dia masih dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TH.

37. Mohd Nor gagal dalam dua entiti, di mana dia adalah pengerusi iaitu MAS dan Khazanah namun Dr Mahathir dan Daim masih melantiknya sebagai Pengerusi TH.

38. Zaiton secara terang-terangan berbohong kepada orang ramai semasa sesi wawancara di TV Hijrah berkenaan dengan jaminan kerajaan terhadap sukuk ketika dia sedar sepenuhnya bahawa tidak akan ada jaminan pemerintah.



TH ditubuhkan adalah untuk membantu dan menguruskan umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji dan bukannya untuk kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.

Pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan kemusnahan kepada Th telah dilakukan oleh Lembaga Pengarah TH yang ada sekarang.

Memandangkan kontrak lantikan mereka semua sudah sampai ke penghujung, maka adalah menjadi tanggungjawab Muhyiddin selaku Perdana Menteri untuk menamatkan kontrak Lembaga Pengarah dan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat serta membongkar hingga ke akar umbi segala kesalahan yang mereka lakukan dan menggantikan dengan barisan ahli Lembaga Pengarah yang baharu.

Mungkin dahulu rakyat cuma melihat dan memerhati tetapi kurang memahami apa yang berlaku.

Tetapi dalam dunia maklumat tanpa sempadan, rakyat kini bukan sahaja melihat dan memerhati, malah rakyat juga memahami.

Sekiranya Muhyiddin mahu terus menjadi 'abah' di hati rakyat, Muhyiddin mesti memberi perhatian dan keutamaan terhadap masaalah yang menjadi perhatian rakyat.

Kalau tidak lupakan sahaja kerana rakyat akan melihat Muhyiddin sama seperti Dr Mahathir!!!



Wednesday, July 15, 2020

Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) MESTI Di Pecat Dan Di Siasat

|0 comments


Di samping membantu masyarakat Islam menunaikan fardu haji, antara tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk membantu ekonomi masyarakat Melayu Islam dengan menambah pegangan ekuiti masyarakat Melayu Islam dalam kek ekonomi negara (BACA DI SINI).

Tabunh Haji ditubuhkan hasil dari kertas kerja 'Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal Bakal Haji' yang dibentangkan oleh Al Marhum Profesor Di Raja Ungku Aziz pada tahun 1959.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji, TH telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dan berkembang dengan cukup pesat.

Namun selepas pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Harapan pada tahun 2018, kesemua Lembaga Pengarah TH yang dilantik oleh Pakatan Harapan telah hampir berjaya menghancurkan dan menyebabkan prestasi TH merudum dengan begitu teruk.


Mesti ramai yang masih ingat lagi, akibat prestasi perniagaan yang merudum ini, pada tahun kewangan 2018, TH telah mencatatkan sejarah yang cukup buruk apabila hanya mampu memberikan hibah sebanyak 1.25% kepada penyimpan Tabung Haji, kadar terendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lantikan Politik Dalam Barisan Ahli Lembaga Pengarah Telah Menghancurkan TH



Kronisma dan Dr Mahathir adalah ibarat saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan.

Di dalam Lembaga Pengarah TH, Dr Mahathir mempunyai 3 orang wakil, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, Datuk Akhbar Samon dan Datuk Ahamed Basheer Mohd Hussain.


Dikatakan Basheer adalah anak angkat Dr Mahathir dan dia telah banyak campur tangan dalam urusan anak-anak syarikat TH (BACA DI SINI).

Berstatuskan anak angkat Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, apakah ada yang mampu menentang semua keputusan-keputusan penting yang dibuat oleh Basheer, walau pun keputusan itu ternyata akan merugikan TH.


Anggota sembilan orang Lembaga Pengarah TH diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof yang merupakan bekas Pengerusi Malaysia Airlines.

Bukan lagi rahsia bahawa bekas Banker ini adalah orang Tun Daim Zainuddin dan  dilantik atas permintaan 'Council of Emminent Persons' (CEP), di mana Dr Zeti Akhtar Aziz adalah salah seorang anggota.

Bekas Banker ini memainkan peranan penting dalam penjualan aset TH secara besar-besaran dan atas arahan Daim, operasi niaga TH dilumpuhkan secara sistematik dengan menghentikan sepenuhnya semua kegiatan pelaburan.


Mohd Nor bertanggungjawab mereka naratif penipuan dan fitnah yang ditulis untuk Pakatan Harapan dan digunakan terhadap pentadbiran Barisan Nasional yang lepas dan pengurusan TH sebelum ini.

Dia menimbulkan suasana takut sehingga menyebabkan fenomena 'bank run' yang mana penyimpan menarik keluar simpanan dari TH dan ini menguntungkan Bank Islam yang mendapat manafaat dari aliran simpanan dari TH.

Untuk melindungi diri mereka dan salahlaku yang di lakukan di masa depan, Mohd Nor tidak letak balik anggota pengurusan yang ditangguh perkhidmatan tetapi sebaliknya membawa masuk pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines untuk mengepalai urusan kewangan di TH.

Setelah puluhan tahun, Mohd Nor gagal memulihkan operasi Malaysia Airlines, adakah dia mengharapkan pengurus-pengurus dari Malaysia Airlines dapat menyelesaikan masalah kewangan TH akibat salahurus dan salahlaku Lembaga Pengarah dan pengurusan yang ada persekongkolan jahat dengan Bank Negara Malaysia?


Orang yang berperanan untuk menjadikan kakitangan BIMB menguasai semua peringkat TH dan walaupun tidak pengalaman dengan Operasi Haji, bertegas menghantar mereka untuk bertugas ke Mekah untuk Haji beberapa tahun kebelakangan adalah bekas Pengarah Bank Islam dan Pengarah TH, Datuk Zaiton Mohd Hassan.

Zaiton dianggap sebagai tali barut kepada Lim Guan Eng untuk membantu hasrat DAP menghancurkan TH.

Tali barut adalah istilah yang sering diguna untuk menggambarkan pembelot yang bersekongkol dengan musuh komunis sehingga mengakibatkan kekejaman dan kematian terhadap orang-orang Melayu semasa Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu setelah berakhirnya Perang Dunia II.

Atas jasanya, Zaiton dilantik Guan Eng menjadi Pengerusi Bank Pembangunan dengan pakej imbuhan RM800,0000 setahun.

Daripada memulihkan Bank, seperti biasa, dia hanya sibuk dengan politik organisasi.

Mencatur orang dan mencari salah secara besar-besaran serta membuta tuli mempersalahan ahli-ahli pengurusan bank seperti yang dilakukannya di Bank Islam dan TH. 

Majalah perniagaan The Edge berulang kali menulis tentang kegagalannya untuk memulihkan di Bank.

Sebarang pencapaian yang dikatakan Zaiton dicapai pastinya hanya perhiasan luar sahaja. 

Tengku Zafrol, sebagai Menteri yang bertanggungjawab, harus memecatnya dari bank!

Bersama dengan Mohd Nor, Zaiton memainkan peranan utama dalam mereka-reka pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional dan penjualan aset TH yang murah.

Dan, dia secara peribadi bertanggungjawab di atas kerugian RM50 juta yang ditanggung TH kerana melanggan bon yang dikeluarkan oleh syarikat rakannya ketika berkhidmat di Maybank, Offshore Works Sdn Bhd.

Firma kepunyaannya berperanan sebagai konsultan dalam penerbitan bon.

Sebagai anggota Lembaga Pengarah Bank Islam, jelas sekali terdapat konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa. 

Tetapi Bank Negara seolah-olah melindunginya.

Zaiton berperanan untuk memberhentikan kerjasama antara TH dan Sultan Pahang dalam sektor perladangan. 

Dia dipercayai memberikan maklumat yang salah untuk diterbitkan oleh Sarawak Report. 

Ini telah mencemarkan nama baik DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

Dia berbohong, memfitnah dan dengan kejam mengenakan enam pengurusan tertinggi TH dengan tuduhan palsu dalam laporan polis TH dengan niat untuk menggantikannya.

Polis mendapati tiada salahlaku yang dilakukan oleh mereka untuk dijadikan sebarang pertuduhan jenayah dan kesemua mereka ini belum lagi dikembalikan ke jawatan asal mereka sebelum ini.

Dalam satu persekongkolan dengan Bank Negara, khususnya dengan mantan Gabenor BNM, Dr Zeti Akhtar Aziz, dan Gabenor yang ada, Dato Nor Shamsiah, Zaiton, bekas CEO Dato Zukri dan disokong dari luar oleh CEO semasa Dato Nik Hasyudeen, mereka membuat tuduhan palsu berlaku manipulasi akaun, hibah yang tidak wajar dan pelanggaran piawaian perakaunan dan Akta Tabung Haji oleh pihak pengurusan sebelum ini.

Hingga hari ini, pengurusan semasa masih belum mendapat pengesahan untuk akaun 2018 sebagai telah memenuhi piawaian perakaunan yang dikehendaki dan diluluskan oleh Ketua Audit Negara sebagai mematuhi undang-undang mentadbir TH.

Ketika itu, orang ramai telah ditipu permainan media massa oleh pembangkang dan pensimpati pembangkang yang menimbulkan persepsi bahawa terdapat salah laku besar berlaku di TH.

Bekas Pengerusi, Dato Azeez Rahim dan bekas CEO, Tan Sri Ismee Ismail yang disasarkan secara politik masih belum dikenakan sebarang tindakan atas sebarang kesalahan. 

Bahkan tidak ada perintah reman oleh polis atau SPRM.

Hingga hari ini, semua pembohongan palsu Zaiton TIDAK terbukti benar. 

Kesemua tuduhan beliau haya pembohongan belaka!!!


Selepas peletakan jawatan oleh Dato Zukri, dia digantikan oleh rakan dalam sebuah firma audit, Datuk Nik Hasyudeen.

Nik adalah ahli parti Amanah yang terkenal dan mempunyai kaitan hubungan dengan kumpulan aktivis Islam yang membawa agenda anti-Islam, IKRAM.

Dia melaksanakan agenda Zaiton untuk memangkas peranan TH menjadi lebih kecil dengan memotong subsidi Haji dan meningkatkan kos haji ke tahap yang tidak termampu oleh orang biasa. 

Dia juga meluluskan penutupan16 cawangan TH di seluruh negara.

Zaiton dan BNM pernah menuduh pengurusan lepas TH melakukan salah laku membayar hibah di luar kemampuan kewangan. 

Di bawah Nik, dia dipercayai melakukan salah laku sama baru-baru ini.

Nik juga menggunakan wang dari sumber yang 'haram' untuk mengedarkan makanan kepada barisan hadapan semasa wabak Corona Covid 19 baru-baru ini.

Dia dipercayai bekerjasama dengan Zaiton untuk mencemarkan nama baik SPB YDP Agong.

Sebelum bergabung dengan TH, Nik lantang menyerang pengurusan dan Lembaga Pengarah sebelum ini, dan secara terbuka menyokong Zaiton di dalam Facebook kepunyaannya. 

Hari ini dia mengelak dari untuk menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya di Facebook atas amalan tidak sesuai yang sedang berlaku.

Kesalahannya diketahui ramai dalam TH. 

Dia cuba menutup dengan meluangkan banyak masa untuk berkhutbah dan memutar ayat-ayat Al-Quran untuk memberi inspirasi, tetapi sebenarnya dia bersalah kerana sengaja melanggar undang-undang yang dituduh terhadap pihak pengurusan sebelumnya!!!



Wakil yang dilantik Mujahid adalah Prof Dr Ashraf Md Hashim.

Dia berperanan untuk mengubah asas akaun simpanan TH dari Wadiah Yad-Dhamanah menjadi Wakalah sebagai langkah untuk menghapus jaminan kepada akaun simpanan.


Wakil Azmin Ali adalah Datuk Noordin Sulaiman dan dia adalah anggota anggota BOD yang lemah dan mengecewakan. 

Dia hanya mengikuti pandangan ahli Lembaga Pengarah yang lain dan mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang bermotifkan politik.

Tempoh perkhidmatan ahli-ahli Lembaga Pengarah (BOD) Tabung Haji (TH) akan tamat dalam masa terdekat.

Sekiranya Muhyiddin Yassin berhasrat untuk kekal sebagai Perdana Menteri, dia harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan PM yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam dan memecat seluruh Lembaga Pengarah yang berniat jahat, terutamanya Dato Zaiton binti Hassan.


Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan tujuan untuk menyiasat dan mendakwa semua pesalah laku di mahkamah atas kesalahan jenayah.

Masyarakat Melayu Islam terutamanya pendeposit TH berhak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada TH ketika Pakatan Harapan berkuasa selama 22 bulan.

Mereka telah melakukan manipulasi, membuat kepalsuan dan fitnah yang bertujuan untuk memperkecilkan operasi TH untuk menjadi hanya ejen pelancongan dan pengambilan deposit, dan kakitangan-kakitangan TH menjadi jurujual produk Bank Islam!!!

Muhyiddin harus mengatasi (over ride) kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam, Dr Zulkifli Mohamad al Bakri.

Zulkifli Mohamad al Bakri yang berfahaman Wahabi harus diberi amaran keras oleh Muhyiddin agar tidak mengganggu dan bersuamuka dengan Lembaga Pengarah TH untuk memutihkan imej jahat mereka.

Pada masa lalu dan masih dilakukan sekarang, Dr Zul sering memberi perlindungan kepada pesalah agama, penyeleweng akidah, dan gerakan anti-Islam dan mengganggu siasatan melalui tindakan bersuamuka dengan pesalahlaku-pesalahlaku agama ini.

Tindakannya hanya menyusahkan untuk sebarang tindakan diambil dan mereka boleh meneruskan kegiatan subversif menentang amalan dan institusi Islam yang ada.

Pilihan Muhyiddin sekarang ialah ambil tindakan segera terhadap BOD TH atau hadapi kemarahan rakyat pada PRU 15 nanti.

In Sya Allah besok, laman blog ini akan memperincikan apa yang telah dilakukan oleh BOD TH lantikan politik yang ada sekarang dalam menjahanamkan TH.



Kredit :

fda