Thursday, February 20, 2020

Orang Melayu Silap Kalau Anggap Pemimpin DAP Bodoh Dan Tak Tahu Mentadbir Negara, DAP Bukan Bodoh Tapi Licik

|0 comments

Masyarakat Melayu silap sekiranya menganggap pemimpin DAP bodoh dan tak tahu mentadbir negara.

Kita akui, sejak  Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP mengambil alih kuasa pemerintahan dari Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU 14 yang lalu, rakyat dan negara berada dalam kegelisahan.

Ekonomi jatuh merudum, indeks pasaran saham di Bursa Malaysia jatuh merudum, nilai matawang Ringgit jatuh merudum, ramai rakyat kehilangan pekerjaan, aset-aset strategik negara terutamanya milik masyarakat Melayu Islam seperti aset PNB, TH, MARA, Khazanah dijual dalam skala mega, duit Petronas dijarah dan berbagai-bagai lagi onar yang dilakukan oleh DAP dalam melemahkan masyarakat Melayu Islam.

Persoalannya, apakah benar pemimpin-pemimpin DAP memang bodoh dan tidak tahu menguruskan ekonomi negara atau itu memang strategi licik mereka?

Strategi Politik Dan Kuasa Pemerintahan DAP


DAP sejak dari dulu tahu, melalui politik tidak mungkin mereka akan dapat menguasai kuasa pemerintahan negara sekiranya bersendirian.

Ini adalah kerana dalam sistem demokrasi, kuasa pemerintahan akan ditentukan melalui pilihanraya.

Parti politik yang mendapat mandat terbesar dari rakyat akan membentuk kerajaan.

Mandat majoriti akan ditentukan oleh kaum majoriti.

Kaum majoriti di Malaysia adalah masyarakat Melayu dan Bumiputera yang membentuk 69.1% dari keseluruhan penduduk Malaysia atau lebih dari 65% dari pengundi berdaftar di Malaysia.

Ini adalah satu hakikat yang terpaksa ditelan oleh DAP dan tidak akan dapat diubah dengan cara yang drastik dan cepat.

Untuk mendapatkan kuasa pemerintahan di Putrajaya, mahu atau tidak, suka atau tidak, DAP terpaksa mendapatkan pengaruh dari parti politik atau pemimpin politik yang mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu Islam.

Bukan satu perkara yang mudah malah boleh dikatakan mustahil untuk menarik sokongan pemimpin Melayu Islam dari parti politik asal mereka kerana mereka sudah mempunyai pengaruh dan kedudukan yang selesa.

Apa yang DAP lakukan ialah menunggu peluang dan ruang yang sesuai.


Ketika berlaku perpecahan dalam UMNO pada tahun 1989, kumpulan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam bertindak meninggalkan UMNO dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama-sama PAS dan beberapa parti komponen yang lain.

Namun ianya kurang menarik minat DAP kerana APU dilihat hanya berpengaruh di kawasan pantai timur Malaysia dan prestasi mereka dalam 2 PRU iaitu PRU 1990 dan PRU 1995 tidak memberangsangkan (BACA DI SINI).


Namun bila berlakunya sekali lagi perpecahan dalam UMNO, bila Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999 (BACA DI SINI).

Melihat kepada gelombang sokongan rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam terhadap Anwar yang ketika itu dianggap sebagai ikon mangsa kezaliman pemerintahan kuku besi Dr. Mahathir, DAP pantas menggunakan peluang yang sudah sekian lama ditunggu.

Apa lagi dilihat gelombang kebangkitan rakyat terhadap pemerintah ketika itu melanda hampir seluruh negara, DAP menyedari ianya satu peluang yang tidak boleh dibiarkan.

Menggunakan alasan perjuangan kepada keadilan dan menentang kezaliman, DAP berusaha memainkan watak utama.

Bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal, Anwar pemimpin yang bertopengkan watak warak, telah mendapat perhatian dan simpati dari pemimpin PAS, parti politik kedua terbesar masyarakat Melayu Islam.


Lalu tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang terdiri dari 3 parti utama iaitu DAP, PKR dan PAS serta beberapa parti komponen yang lain.

Walau pun BA gagal menyingkirkan Barisan Nasional di Putrajaya, namun beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berjaya ditawan dalam beberapa PRU.


Bila sekali berlaku perpecahan dalam UMNO akibat dari persengketaan antara DS Najib yang merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu dengan pantas DAP menyarankan Dr. Mahathir supaya menubuhkan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 2016 (BACA DI SINI).

DAP merasakan inilah peluang keemasan yang terbaik untuk merealisasikan impian mereka untuk menguasai Putrajaya.

UMNO sudah dilemahkan dengan 3 kali perpecahan manakala PAS pula sudah dilemahkan dengan 1 kali perpecahan.

PKR akan menjadi aset kerana mempunyai pengaruh Anwar, PPBM pula akan menjadi aset yang lebih berharga kerana mempunyai pengaruh Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

DAP tidak bimbang dengan ketiadaan PAS kerana DAP yakin, pengaruh Dr. Mahathir dan pengaruh Anwar sudah cukup untuk menarik undi masyarakat Melayu Islam.

Untuk mengikat Dr. Mahathir, DAP memberikan agihan kerusi yang banyak iaitu sebanyak 52 kerusi parlimen dalam PRU 14 tetapi kebanyakannya adalah kubu kuat UMNO.


Akhirnya, walau pun mendapar agihan kawasan bertanding yang banyak, PPBM cuma berjaya memenangi 13 kerusi parlimen dari 52 kawasan parlimen yang PPBM bertanding.

DAP tidak risau dengan PKR kerana tidak semua calon PKR yang bertanding terdiri dari pemimpin Melayu.

Lalu DAP, PKR, PAN dan PPBM membentuk sebuah kerjasama yang dipanggil Pakatan Harapan.

Strategi DAP membuahkan hasil apabila dalam PRU 14, Pakatan Harapan berjaya tumbangkan Barisan Nasional dan yang lebih bermakna bagi DAP bila berjaya menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan.

DAP tahu rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan menolak seandainya DAP tuntut untuk menjadi Perdana Menteri.

Seperti di Selangor, DAP tidak mahu jawatan Menteri Besar tetapi mahukan Menteri Besar yang berada di bawah telunjuk DAP.

Begitu juga di Putrajaya, DAP tidak mahu jawatan Perdana Menteri tetapi DAP mahu seorang Perdana Menteri yang berada di bawah telunjuk DAP dan itulah yang sedang berlaku sekarang.

Strategi Ekonomi DAP Dalam Mengekalkan Kuasa Politik


Portal ini telah membongkar sebahagian dari strategi ekonomi DAP untuk mengekalkan kuasa penguasaan pemerintahan negara (BACA DI SINI).

Dasar Bumi Hangus adalah strategi tentera dalam peperangan di mana bila merasakan mereka akan kalah atau terpaksa berundur maka kawasan atau negeri yang akan ditinggalkan itu akan dimusnahkan segala aset strategik seperti lapangan terbang, markas ketenteraan, sumber air dan makanan, kubu pertahanan, kemudahan logistik dan lain-lain yang difikirkan perlu supaya musuh tidak dapat apa-apa menafaat.

Strategi yang sama telah dan sedang dilakukan oleh DAP.

Dengan penurunan sokongan pada Dr. Mahathir dan Anwar, kemarahan rakyat pada Pakatan Harapan yang tidak menunaikan janji, DAP tahu bahawa tidak mungkin mereka dapat mengekalkan kuasa di Putrajaya selepas PRU 15.

Maka apa yang mereka lakukan ialah mewujudkan kebergantungan pemerintah yang baru kepada proksi mereka.

Masyarakat Melayu Islam mesti dilemahkan dari sudut ekonomi.

Malaysia mesti diletakkan dalam keadaan tidak berdaya di mana akhirnya nanti siapa juga yang akan membentuk kerajaan selepas PRU 15, terpaksa melutut kepada proksi DAP.

Maka semua aset strategik masyarakat Melayu Islam dijual dalam skala yang besar, hutang luar ditambah dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kemampuan negara untuk membayar hutang di masa akan datang.

Setiap kali DAP menjarah harta masyarakat Melayu Islam maka DAP akan mengalihkan perhatian dan kemarahan masyarakat Melayu Islam kepada beberapa isu ciptaan mereka seperti isu penghinaan kepada Islam, isu penderhakaan kepada Raja Raja Melayu, isu abu Chin Peng, isu ICERD, isu Statut Rom, isu Tulisan Jawi dan lain-lain lagi.

Walau siapa pun yang menjadi kerajaan ketika itu, satu-satunya pilihan yang mereka ada ialah melutut pada proksi DAP.

Apabila ini berlaku, sebagaimana DAP tidak memerlukan jawatan Menteri Besar, sebagaimana DAP tidak memerlukan jawatan Perdana Menteri, begitu jugalah ketika itu, DAP tidak lagi memerlukan kuasa di Putrajaya kerana mereka boleh mengawal segala dasar dan keputusan yang dibuat di Putrajaya melalui proksi mereka.

Benar ketika itu kita kembali menguasai kuasa politik tapi kuasa politik tanpa dana yang mencukupi untuk membangunkan negara adalah ibarat tanaman yang tidak berbaja.

Apakah kita akan atau mahu membiarkan keadaan ini berlaku?

Kerajaan yang ditunggangi DAP mesti kita tumbangkan segera.

Jangan terus terpedaya melayani isu kosmetik ciptaan DAP kerana setiap kali isu-isu tersebut dibangkitkan, pasti ada harta masyarakat Melayu Islam yang secara senyap dijual oleh DAP.

Jangan sampai nanti kita ibarat menang sorak tapi akhirnya kampung tergadai.

Cukuplah masyarakat Melayu Islam hanya mempunyai satu Pak Kaduk dalam sejarah bangsa.

Wednesday, February 19, 2020

Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi DAP, Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa?

|0 comments

Harta Tabung Haji (TH) terus dijarah dan dimamaj oleh kafir harbi DAP.

Terkini, 4 buah hotel kepunyaan TH akan ditamatkan operasinya.


14 Disember 2018, syarikat tujuan khas (SPV) kononnya untuk 'menyelamatkan' Tabung Haji ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan.

Syarikat tersebut ialah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

28 Disember 2018, sebahagian aset Tabung Haji dipindahkan ke UJSB.

Aset tersebut terdiri daripada 29 hartanah, 1 syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

Jumlah perpindahan ialah RM19.9 bilion.

Antara aset yang dipindahkan ialah beberapa hotel milik Tabung Haji di bawah anak syarikatnya, Tabung Haji Hotel and Residence (THHR).


17 Februari 2020, sesudah setahun di bawah syarikat milik Kementerian Kewangan, 4 hotel Tabung Haji akan ditutup berkuatkuasa 1 April 2020 ini (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Ia hanya berlaku selepas 7 tahun Tabung Haji bergiat dalam bidang perhotelan.

Sejumlah pekerja (tidak dimaklumkan berapa) akan ditamatkan perkhidmatan.

Hal ini amat bercanggah dengan apa yang dijamin oleh Menteri bertanggungjawab, Mujahid Yusof yang berkata, tiada kerugian dialami oleh pihak Tabung Haji melalui SPV malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH (BACA DI SINI).

Kalau tanya pada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, awal-awal lagi beliau sudah menepis dengan mengatakan, SPV adalah tanggungjawab Mujahid (BACA DI SINI).

Berapa banyak hotel milik Tabung Haji yang telah diusahakan selama ini?

Dalam negara :

》Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Sepang
》TH Hotel and Convention Centre Kuching, Sarawak
》TH Hotel and Convention Centre Alor Star, Kedah
》TH Hotel and Convention Centre Terengganu
》TH Hotel Penang
》TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
》TH Hotel Kelana Jaya, Selangor

Luar negara :

》Centrica Global Headquarters, 10 Queen Street Place London and Unilever House di United Kingdom
》Imperial Hurstville Sydney di Australia;
》Hajar Tower Makkah
》Al-Haram Hotel Madinah
》Al-Saha Hotel Madinah
》Al-Anwar Hotel Madinah.


Dari tahun lepas, isu penjualan aset tanah TH Plantations secara besar-besaran (76,957 hektar daripada keseluruhan 101,000 hektar).

Pernah dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang, tapi menteri bertanggungjawab, Mujahid Yusof tampil menjawab.

"Sedangkan persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa mereka membeli tanah-tanah ini dulu sehingga tanah ini terpaksa dijual dan THP mengalami kerugian." (BACA DI SINI).

Hakikatnya :


》TH Plantations hanya mengalami kerugian semenjak PH ambil alih.

》Jual beli aset adalah biasa.

Namun, jual secara besar-besaran adalah luar biasa.

Jual ketika harga sawit semakin pulih adalah lebih luar biasa.

Jual tanah yang didakwa rugi, tetapi tiba-tiba ada pembeli, juga luar biasa.

Jual pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai buku, dengan kadar diskaun yang tinggi, juga sangat luar biasa.


》Awal ditubuhkan, pada tahun 1971, TH Plantations memiliki hanya 2,196 hektar tanah.

Selepas lebih 40 tahun, jumlah keluasan tanah milik TH Plantations mencecah lebih 100,000 hektar.

》Pada 2011 sehingga 2014, TH Plantations menggandakan pemilikan tanah secara agresif, sesuai dengan potensi dan suasana positif ekonomi sawit, ditambah dengan kemampuan tadbir urus yang baik.

Ini pelaburan jangka panjang membabitkan pendapatan puluhan tahun mendatang.

》Apabila jatuh ke tangan PH, prestasi TH Plantations merosot teruk, paling buruk dalam sejarah.

Belum pernah aset TH Plantations 'digadai lelong' sebegini.

》Keluasan aset tanah yang sedang dijual zaman PH ini berjumlah lebih 76% daripada keseluruhan ladang milik TH Plantations.

Selepas selesai penjualan, keluasan akan tinggal hanya 24,000 hektar, lebih rendah daripada tanah yang dimiliki pada tahun 1997.

Lalu, dengan mudah Mujahid mahu mempertikai kenapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh pengurusan terdahulu.

》Dengan prestasi kewangan yang teruk ini, Mujahid sebenarnya boleh memelihara aset tanah agar kekal di tangan umat Islam.

Menurut seksyen 17 (1) Akta Tabung Haji 1995, Menteri boleh meluluskan bantuan kewangan Lembaga TH kepada mana-mana anak syarikatnya.

Mujahid juga dilihat mengambil sikap lepas tangan, sedangkan menurut, seksyen 10 (1), Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan am dan Lembaga TH hendaklah kuatkuasakannya.

Sememangnya kafir harbi DAP tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat menyaksikan TH berada dalam kedudukan kewangan yang cukup lemah.

Tidak mustahil, sebelum berakhirnya penggal pemerintahan PH, kerajaan akan umumkan tiada lagi subsidi atau bantuan kerajaan melalui TH pada jemaah yang mahu menunaikan fardu haji.

Ini bermaksud, siapa saja yang mahu menunaikan fardu haji mesti menampung sendiri segala kos menunaikan fardu haji yang dianggarkan lebih dari RM20K seorang.

Inilah matlamat kafir harbi DAP sebenarnya.

Sampai bila pila Mujahid akan terus berdiam diri dengan tindakan penjualan aset TH, malah mempertahankannya?

Apakah masyarakat Melayu Islam akan terus membisu, walau pun sedang dibangsatkan di tanah air sendiri oleh kafir harbi DAP?



Kredit :

Fb Korek Korek

Tuesday, February 18, 2020

PIACCF Hanya Wayang TS Abu Kassim Untuk Menutup Konspirasi Peringkat Tertinggi Dalam Kes SRC Dan 1MDB

|0 comments

Menjadi satu perkara yang amat menjengkelkan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad melancarkan dana kononnya untuk melindungi pegawai-pegawai anti rasuah yang terkesan dan teraniaya dalam usaha membenteras rasuah.

Dana yang diberi nama Perdana International Anti Corruption Champion Fund (PIACCF) yang dilancarkan dalam majlis Penganugerahan Anti Rasuah Antarabangsa 2020 sudah cukup meloyakan.


PIACCF sudah jelas menggambarkan niat utama dana ini diwujudkan adalah untuk mengampu dan mengangkat Dr. Mahathir.

Seperti biasa, di mana ada semut, di situ ada gula dan bila ada dana yang diberi, akan ada tangan-tangan ghaib yang akan menyalahguna dana tersebut.

Dalam ucapan pelancaran yang sangat-sangat memualkan, tanpa rasa malu, Dr. Mahathir telah mengiktiraf 'sumbangan' Gani Patail, Zeti Aziz dan Shukri Abdul (BACA DI SINI).

Sementara itu, adalah sangat jelas, apa yang dilakukan oleh Abu Kassim adalah usaha beliau untuk menutup kesalahan yang beliau lakukan kerana telah menuduh orang yang salah dalam kes SRC dan 1MDB.

Mengapa Abu Kassim Diam Dalam Isu Air Asia Sedangkan Dia Ditugaskan Membaiki Hal Urus Tadbir, Integriti Dan Benteras Rasuah?


Abu Kassim ditugaskan sebagai Ketua Pengarah Pusat Urus Tadbir, Integriti dan Benteras Rasuah (NGIAC) tetapi diragui ada usaha yang ketara selain majlis anugerah.

Bertahun-tahun Abu Kassim menyuarakan kerisauan berkenaan pembiayaan politik, tetapi tindakannya hanya memperkenalkan tambahan peraturan-peraturan dari cadangan mekanisma yang upaya menyelesaikan pembiayaan dan menjadikan kos kempen rendah.

Abu Kassim merangka satu 'sekretariat pusat' di PMO yg merupakan pusat sama ditubuh di UITM yang gagal selepas MACC-AGC-BNM-PDRM 'super task force' untuk menganiaya DS Najib.

Dia mengambil kuasa pengawasan yang mengatasi KSN dengan secara tak langsung mengarah kepada semua sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Membenteras Rasuah yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Namun, sekretariat tersebut hanya dianggotai pekerja dan kakitangan yang diambil dari SPRM dan PTD dengan pangkat tinggi dan gaji besar, tetapi tiada kerja dan proses sebenar dan berstruktur.


Dikhabarkan Abu Kassim telah campurtangan dan mengetepikan kuasa tadbir urus oleh Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara dalam hal-hal strategi, kewangan dan sumber.

Dia boleh mengatur Nomination and Remuneration Committee bawah Lembaga Pengarah untuk ubah keputusan berhubung cadangan CEO yg telah ditolak Jawatankuasa atas alasan tidak sesuai keperibadian dan tidak tepat kelayakan.

Seterusnya, dia mengarah CEO yang dia cadang untuk melantik segera kroni-kroni untuk kerja-kerja konsultansi yang aneh dan tidak penting bernilai RM25,000 seorang menggunakan rizab institut.

Tambah lagi, dengan alasan membenteras rasuah yang sepatutnya bawah pengendalian SPRM sepenuhnya, dia mengambil peluang dari platform struktur semula institut untuk keuntungan komersial dan lantik kenalan peribadi.

Dalam proses, dia telah membuang personel-personal penting dengan arahan oleh proksinya melalui cara taktik manipulasi, memperkasakan pembantu khas menjadi wakilnya untuk menentukan perjawatan dengan mendendangkan pengaruh PMO.

Pemangku CEO baru dilantik semula oleh Perdana Menteri selepas 6 bulan percubaan dan 6 bulan tambahan atas ihsan cadangan, perlindungan dan campurtangan Abu Kassim.

Pengalaman tiada, ditolak bekas BOD namun menjadi pilihan dan perlindungan peribadi.

Maka dengan adanya bapa angkat, CEO baru asyik menjaja nama Abu Kassim.


Dengan semua ini sedang berlaku, bolehkah diharap apa-apa dengan Abu Kassim sebagai nakhoda dan tiada kedengaran komen berhubung bencana Air Asia? (BACA DI SINI).

Inilah Abu Kassim yg merencana, mengatur, dan meriuhkan dari belakang tabir untuk menganiaya dalam kes SRC-1MDB.

Sekarang semua orang boleh disenyapkan seperti biri-biri untuk disembelih.




Kredit :

Fb Salahuddin Hisham

Blogger Another Brick In Wall

Monday, February 17, 2020

Polis Lembab, SPRM Sibuk Politik, Imigresen Penakut Pula

|0 comments

Keterlaluan dan sungguh biadap.

Seramai 50 anggota Imigresen Selangor telah di halau keluar  dari kawasan peniaga haram   dari India dan Pakistan.

Lebih kurang 1,000 PATI telah dikenal pasti berniaga tanpa sebarang rasa takut disebabkan adanya perlindungan dari gangster di bawah nauangan Tan Sri Nadarajah yang juga sedang disiasat oleh SPRM.

Yang menjadi persoalan ialah kenapa boleh ada sampai 1,000 orang PATI yang berniaga secara bebas baru nak ambil tindakan!

Daripada Latheefa Koya sibuk buat pendedahan bodoh tentang rakaman audio lebih baik kerahkan setiap anggota SPRM bongkar kemungkinan adanya campurtangan orang politik sehingga AJK kuil menjadi sebegitu biadap.

AJK kuil telah membahayakan nyawa anggota penguatkuasa dengan konfrontasi dan provokasi yang sengaja diadakan ini .

Adakah pentadbiran Kuil Batu Caves ini begitu Hebat Dan Kebal hingga PDRM takut untuk mengambil tindakan tegas?

Memburukkan keadaan 50 orang AJK Kuil Batu Caves telah masuk campur dan mencemuh anggota penguatkuasa dengan perkataan kesat dan menghalau keluar anggota penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Selangor.


Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Imigresen telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa pasukan penguatkuasa keluar bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

PDRM mesti menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan penuh intergriti.

Tanpa memilih bulu, setiap yang terlibat dalam rusuhan ini perlu diambil tindakan yang cukup tegas.

Ini melibatkan Kedaulatan Undang Undang dsn maruah negara.

Dari sumber yang dipercayai, maklumat mengenai operasi hari ini telah pun dibocorkan kepada pihak pengurusan kuil Batu Caves yang sememangnya telah bersedia dari pagi dan menunggu operasi hari ini.

Jadi tidak hairanlah jika anggota penguatkuasa  dapat dihalang dari menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.


AJK kuil telah menyamar sebagai orang awam dan mula menyerang pihak JIM.

Pihak yang membocorkan rahsia juga perlu dikenakan tindakan oleh SPRM.

Adakah pihak PDRM akan menjalankan Ops Cantas Khas bagi menangkap setiap samseng di situ sekarang juga?

PDRM mesti lakukan Ops Cantas khas dan berkas setiap samseng ini tanpa belas kesian.

Jangan pula tunggu AJK kuil buat 'clearance' PATI India dan Pakistan tu baru nak ambil tindakan.

Ini bukan soal rasis tapi ini soal kredibiliti penguatkuasaan undang-undang di Malaysia dan maruah negara.

Sunday, February 16, 2020

Pemeriksaan Atas Barang DS Najib Yang Di Rampas, PH Minta Tangguh Lagi, Apa Yang Cuba Di Sembunyikan?

|0 comments

Selepas PRU 14, pada bulan Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan melalui PDRM telah menyerbu dan menyelongkar kediaman mantan Perdana Menteri, DS Najib.

Dalam serbuan tersebut, PDRM telah merampas barang-barang yang didakwa oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Amar Singh bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion (BACA DI SINI).


Pada Mac 2018, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun menegaskan bahawa siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.

Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas (BACA DI SINI).

Dalam ertikata lain, sekiranya hingga 16 Mei 2019, tiada sebarang tindakan atau siasatan atau dakwaan jenayah yang dilakukan oleh pihak PDRM, maka barang rampasan tersebut mesti dikembalikan.

Namun, untuk menghalang barang tersebut dari dikembalikan, Kerajaan Pakatan Harapan telah failkan saman sivil untuk sita barang-barang tersebut pada April 2019 sebelum tamatnya tempoh 1 tahun di mana barang-barang perlu dikembalikan.

Dalam afidavit Kerajaan Pakatan Harapan yang digunakan sebagai alasan saman sivil, melalui siasatan yang dilakukan, mereka mengaku kebanyakan barang-barang tersebut merupakan hadiah peribadi terkumpul seluruh keluarga DS Najib sejak berdekad-dekad lalu.

Namun tidak ada bukti dokumen jelas yang buktikan ianya adalah hadiah.


DS Najib telah beberapa kali menjelaskan bahawa banyak dari hadiah-hadiah tersebut adalah hadiah tunang, perkahwinan dan harijadi dari kawan-kawan termasuk dari orang kenamaan dan kerabat Raja dari dalam dan luar negara.

Sebab itu juga, pihak DS Najib mahu periksa dan pastikan jumlah dan nilai barang yang mereka umumkan semasa sita adalah sahih.

Pada bulan Julai 2019, DS Najib failkan permohonan untuk periksa barang-barang tersebut kerana senarai yang dikeluarkan semasa PDRM sita tidak lengkap dan tidak jelas.

Selepas beberapa penangguhan akibat langkah Kerajaan Pakatan Harapan membantah pemeriksaan, kes akhirnya didengar pada awal Februari 2020.


Kerajaan Pakatan Harapan membantah lagi dalam mahkamah dengan memberi beberapa alasan yang tidak logik antaranya nilai barang-barang tersebut akan merosot jika terdedah kepada udara apabila dikeluarkan dari bilik kebal (BACA DI SINI).

Hakim tolak alasan tersebut dan memerintah bahawa pemeriksaan dilakukan selewat-lewatnya pada 17 Februari 2020 atau dalam tempoh 2 minggu kemudian (BACA DI SINI).

Pada 14 Februari 2020, Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi memohon lanjutan tempoh unruk pemeriksaan barangan tersebut oleh pihak DS Najib kononnya atas alasan keselamatan (BACA DI SINI).

BNM mampu kawal keselamatan untuk wang-wang kertas serta jongkong emas bernilai puluhan bilion ringgit tetapi tidak mampu mengawal keselamatan untuk ahli keluarga memerika barang yang disita?

Beberapa persoalan yang timbul, mengapakah Kerajaan Pakatan Harapan menggunakan berbagai alasan untuk menghalang pihak DS Najib dari memeriksa barangan rampasan tersebut?

Sudah berlalu 21 bulan dari tarikh barangan tersebut dirampas, sekiranya benar memang barangan tersebut diperolehi dari kegiatan jenayah komersial, mengapakah tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak PDRM untuk membuat siasatan terperinci?

Apakah tujuan Kerajaan Pakatan Harapan mengemukakan saman sivil perlucutan harta sebagai langkah untuk mengelakkan dari barangan itu dikembalikan setelah siasatan mendapati tiada kes prima facie untuk mensabitkan perolehan barangan tersebut di bawah AMLA?

Kredit :

FB DS Najib Razak

Saturday, February 15, 2020

Dasar Bumi Hangus DAP Memasuki Fasa II

|0 comments

Satu strategi yang sangat sinonim dengan DAP ialah menuduh lawan melakukan apa yang sebenarnya mereka telah atau sedang lakukan.

Terma bagi strategi ketenteraan iaitu Dasar Bumi Hangus yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong untuk menggambarkan kerjasama antara PAS dan UMNO ini sebenarnya adalah satu dasar yang parti DAP tidak pernah hentikan walaupun mereka telah membentuk kerajaan.

Ramai beranggapan strategi yang digunakan DAP selama ini bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 14.


Adalah sangat jelas DAP mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama.

Menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya.

Ini termasuk memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu dan dibantu oleh kejayaan mereka 'berkahwin' dengan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Dr. Mahathir dan partinya PPBM sebagai pelengkap kepada dasar ini.

Hakikatnya, setelah UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan pada PRU-14, DAP berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaat pun dalam mengamalkan dasar tersebut.

Fasa II Dasar Bumi Hangus DAP


Melalui Fasa I, matlamat DAP adalah melakukan 'total damage' pada kredibiliti Barisan Nasional supaya mereka dapat ke Putrajaya.

Serangan dilakukan dari dua penjuru, kepada UMNO untuk bangsa Melayu dan kepada MCA serta MIC untuk bangsa bukan Melayu.

DAP berjaya bila kredibiliti Barisan Nasional tercalar teruk dan DAP berjaya ke Putrajaya.


Dan kini DAP memasuki Fasa II Dasar Bumi Hangus.

Mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang tempoh memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.

Dasar ini sedang dan bakal menguntungkan DAP dalam apa jua cara meskipun mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat, terutamanya Melayu dan Bumiputera.

Maka mereka melipatganda usaha 'membumi-hanguskan' negara dengan pelbagai cara.

Sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.


Oleh kerana itu setelah mengambil-alih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, sehingga kini DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar hangus dan kekeringan sumbernya sehingga PRU 15.

Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar.

Antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset kepada rakan-rakan mereka di Singapura.

Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi.

Negara sudah kering kontang hasil dan bertimbunnya hutang, di mana manfaat maksimum hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa.

Sebaliknya rakyat tidak menikmati manfaat yang sama malah berterusan ditekan dan ditindas.

Kumpulan atau pihak yang menang mengatasi DAP dan sekutunya kemudian akan berhempas-pulas dengan sumber dan baki rizab kering kontang yang ada.

Di mana sebahagian besarnya telah dialihkan keluar, dijual atau disalurkan ke pihak lain secara bersistematik.

Seperti pengamalan Dasar Bumi Hangus itu sendiri apabila sebuah pasukan tentera , sebelum berundur dari medan peperangan, sebarang bangunan, penempatan, peralatan ataupun sumber yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan akan dimusnahkan lebih awal dengan apa cara sekalipun agar tidak memberi kelebihan dan faedah kepada pihak lawan apabila mereka mengambil-alih kelak.


Malaysia kini berada dalam keadaan yang cukup tenat dari sudut ekonomi, hubungan diplomatik luar negara, perpaduan antara kaum dan dalam berbagai sudut lagi.

Penambahan hutang luar yang sangat mendadak akan ditanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia hingga berpuluh tahun yang akan datang, walau pun sekiranya DAP telah lenyap dari pentas politik negara.

Penjualan aset strategik yang bernilai berpuluh bilion ringgit akan menyukarkan walau siapa pun yang akan menjadi kerajaan untuk menjana semula pendapatan negara.

Dengan hutang luar yang semakin menghampiri matlamat DAP, RM1 trilion dan tanpa aset strategi yang dapat menjana pendapatan negara, apakah pilihan yang kita ada untuk membangunkan semula negara setelah DAP memBumi Hanguskan Malaysia.

Justeru rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan warna kulit, perlu bangkit menolak DAP dan Pakatan Harapan sebelum matlamat mereka tercapai untuk membumi-hanguskan negara.



Kredit :

Editor Malaysia

Friday, February 14, 2020

Akhirnya Panglima Mujahid Terkulai Layu Di Pangkuan Pondan Bernama Muhamad Sajat, Mmm...😋😋😋

|0 comments

Baru-baru ini Panglima Mujahid keluarkan kenyataan, kerana beliau diberikan nama Mujahid, maka beliau adalah seorang pejuang.

Mujahid bin TG Hj. Yusof Rawa, anak seorang ulamak tersohor tanah air.


Almarhum TG Hj. Yusof Rawa adalan mantan Mursyidul Am PAS dari tahun 1987~1995, almarhum juga adalah mantan Prediden PAS dari tahun 1982~1989.

Lebih menarik lagi, almarhun pernah menewaskan Dr. Mahathir dalam PRU 1969 dengan kelebihan 989 undi.

Tapi seperti yang selalu dikatakan, iman dan keberanian tidak dapat diwarisi tapi kebodohan dan penakut memang free...😉😉😉

Anak lelaki alhmarhum, Panglima Mujahid, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan berjaya menbentuk kerajaan apabila menang dalam PRU 14 lalu.

Beliau diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal ugama Islam.

Sepanjang hampir 2 tahun menjadi menteri yang menjaga hal ehwal ugama Islam, disenaraikan antra beberapa 'kejayaan' Panglima Mujahid disebabkan oleh 'semangat perjuangan' beliau memelihara kesucian ugama Islam di Malaysia :

'Menghalalkan' Perbuatan Khalwat Dan Minum Arak Kalau Di Lakukan Di Rumah Sendiri Atau Tempat Tertutup


Umat Islam di Malaysia gempar bila Panglima Mujahid memberikan arahan kepada Jabatan Agama Islam supaya tidak melakukan tangkapan khalwat atau minum arak sekira ianya dilakukan di tempat tertutup, seperti di rumah sendiri (BACA DI SINI).


Alasan Panglima Mujahid mudah, kalau dilakukan di rumah sendiri atau di tempat tertutup itu bukab lagi urusan kerajaan dan kalau masyarakat tak nampak, naka tiada lagi aduan akan dilakukan dan bila tiada aduan, maka tiada tangkapan akan dilakukan (BACA DI SINI).

Meletakkan TH Di Bawah Penguasaan Lim Guan Eng Sepenuhnya Hingga Hampir Semua Aset Bernilai Tabung Haji Di Jual


Bukan fitnah tapi diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh aka Fuziah LYNAS (BACA DI SINI).



Akibatnya, broker aset Melayu Islam tersohor, Lim Guan Eng telah menjual aset strategik masyarakat Melayu Islam dalam TH sesuka hati macam harta mak bapak dia.


Ambil sikap lepas tangan, Panglima Mujahid cakap, penjualan aset TH tak ada kena mengena dengan politik (BACA DI SINI)!!!


Akibatnya, hibah TH yang diunumkan pada tahun lepas adalah pada kadar hibah yang paling hiba dalam sejarah iaitu 1.25%.


Bukan setakat itu, masyarakat Islam Malaysia juga kehilangan kuota tambahan istimewa sebanyak 10,000 orang untuk menunaikan haji dan yang paling istimewa ialah subsidi untuk mengerjakan mereka yang berjaya dalam rayuan mengerjakan haji walau pun kali pertama dan juga kepada waris sudah dimansuhkan, dan ini menjadikan kos menunaikan fardu haji yang terpaksa ditanggung meningkat dari RM9,980 kepada RM22,900 seorang (BACA DI SINI).

Isu Sajat Pakai Telekong Ketika Menunaikan Umrah


Panglima Mujahid selama beberapa hari tunjukkan garang terhadap isu Sajat menunaikan umrah sebagai wanita.

Belum lagi ada Menteri yang mendesak SKMM (secara terbuka di media) menyekat figura popular daripada bersiaran di media sosial.

Hanya Panglima Mujahid yang garang begitu.


Tapi bila NGO, Lawyers for Liberty (dianggotai barisan peguam pro-Liberalisme) mengecam kenyataan Panglima Mujahid, menteri ini ubah nada (BACA DI SINI).

Terkini bila wartawan tanya kepada Panglima Mujahid, apa tindakan yang hendak diambil ke atas Sajat?


Dengan muka ala-ala 'My Little Kitty' gitu, Panglima Mujahid jawab :

"Isu Sajat sudah menjadi perkara kecil... tiada komen." (BACA DI SINI).

Walau pun di Arab Saudi, kalau dilakukan kesalahan yang sama, hukumannya ialah pancung!!!


Mujahid dan Sajat ada dua persamaan.

Pertama, kedua-duanya lelaki kuat berdrama.

Kedua, mereka berdua lelaki yang tidak ada teloq!!!

Apa yang ditulis cuma sebahagian kecil 'kejayaan' dari 'semangat perjuangan Panglima Mujahid' terhadap umat Islam di Malaysia!!!


Kredit :

Fb Korek Korek

Thursday, February 13, 2020

Bila Kaki Kencing Kena Kencing Dengan Saka Yang Kuat Pusing...🤣🤣🤣

|0 comments

Sebut jer nama Anwar Ibrahim, apa yang terlintas di kepala kita?

PM Tepi, Sesumpah Politik, Kisah Seks Luar Tabie dan macam-macam lagilah.


Bila sebut nama Dr. Mahathir pulak, apa yang terlintas di kepala kita?

Atok Kaki Pusing, Atok Kaki Kencing dan macam-macam lagi.

Pertembungan antara Dr. Mahathir bukan kali pertama, dah menjangkau lebih 2 dekad, jadi tak perlulah admin tuliskan kronologinya lagi, bosanlah.

Apa yang admin nak tuliskan sekarang nie ialah tentang peralihan kuasa yang Dr. Mahathir janjikan pada Anwar Ibrahim.

Kalau ikut yang diwar-warkan, tak lama lagi tu, sekarang dah bulan Februari, maknanya tinggal 2 bulan setengah jer lagi.

Tapi signal dari Dr. Mahathir, jelas tunjukkan yang Anwar sekali lagi akan kena main.


Mula-mula 2 tahun, lepas tu 3 tahun, lepas tu bila semua masaalah selesai, lepas tu bila semua hutang negara selesai...😝😝😝

Yang belum keluar dari mulut Dr. Mahathir ialah bila matahari terbit dari barat, baru peralihan kuasa akan berlaku...🤣🤣🤣

Undi Percaya PAS Di Dewan Rakyat, Pasti Akan Buat Anwar Kelam Kabut Ayam


Lepas kepimpinan PAS jumpa Dr. Mahathir, PAS terus umumkan akan lakukan undi percaya pada Dr. Mahathir di Dewan Rakyat nanti.

Bila saja PAS umumkan tentang undi percaya, Anwar dan macai-macainya terus menggelupur dan kelam kabut ayam.

Kenapa?

Sama ada undi percaya itu berjaya dapat sokongan majoriti atau tidak, keputusan akhirnya tetap Anwar akan kempunan untuk jadi Perdana Menteri.

Kalau undi percaya terhadap Dr. Mahathir dapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, bererti Dr. Mahathir akan lebih selesa untuk jadi Perdana Menteri sampai akhir penggal, ini bermakna Anwar hanya berpeluang jadi Perdana Menteri selepas PRU 15, itu pun kalau Pakatan Harapan menang ler.

Dan kalau undi percaya gagal dapat sokongan Ahli Dewan Rakyat, maka undi percaya yang dilakukan itu akan bertukar menjadi undi tidak percaya pada Dr. Mahathir, dan Dr. Mahathir mesti mengadap SPB YDP Agong untuk menyerahkan surat perletakan jawatan beliau dan kerajaan Pakatan Harapan.

Terpulang kepada SPB YDP Agong untuk membuat keputusan sama ada mahu parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU 15 atau baginda akan menitahkan supaya satu kerajaan alternatif yang akan memerintah hingga akhir penggal ditubuhkan untuk menggantikan kerajaan Pakatan Harapan, dan ini juga akan buat Anwar kempunan untuk jadi Perdana Menteri.

Jadi memanglah tidak menghairankan bila Anwar melenting ke tahap maksima bila dapat tahu PAS akan melakukan undi percaya terhadap Dr. Mahathir.

Anwar tahu, undi percaya itu adalah kehendak Dr. Mahathir sendiri, tak mungkin PPBM akan melakukan undi percaya sebab kita semua tahu auta dan cara Dr. Mahathir berpolitik.


Dan DAP terutamanya Lim Guan Eng, janganlah purak-purak tak tahu apa itu undi percaya terhadap Perdana Menteri, Ai Yaaa Ah Beng, tanya sama lu punya apak lah (BACA DI SINI)...😉😉😉

Bila Wan Azizah yang selama ini banyak mendiamkan diri dalam isu peralihan kuass telah bersuara, maka ini adalah signal yang cukup jelas bahawa kesabaran Anwar sudah sampai ke tahap maksima.

Apa pilihan yang Anwar ada?


Satu-satunya pilihan yang Anwar ada ialah perkudakan balik budak-budak otai reformasi buat demonstrasi, bergolek-golek, berguling-guling di jalanraya...🤣🤣🤣

Bila itu berlaku, apakah Dr. Mahathir akan serahkan jawatan Perdana Menteri atau Anwar akan terus gigit jari?

Apa pun kesudahannya, itulah yang akan berlaku bila Kaki Kencing Kena Kencing Dengan Saka Yang Kuat Pusing...😝😝😝

Wednesday, February 12, 2020

Najibnomics Memacu Ekonomi Malaysia, Guan Engnomics Jadikan Malaysia Kalis Kemelesetan Ekonomi...🤣🤣🤣

|0 comments

Zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan DS Najib, formula-formula yang DS Najib telah membuatkan Malaysia menongkah arus dari kemelesetan ekonomi global.

Formula ekonomi DS Najib diakui oleh pakar ekonomi bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara hingga mendapat gelaran Najibnomics.


Malah pada tahun 2017, Finance Asia yang berpusat di Hong Kong telah menobatkan DS Najib sebagai Menteri Kewangan ke 10 terbaik di Asia Pasifik walau pun pada tahun 2016 telah meletakkan DS Najib sebagai Menteri Kewangan ke 2 terburuk Asia Pasifik kerana terpengaruh dengan serangan musuh politik DS Najib di Malaysia.


Dan sejak pertengahan tahun 2018, Malaysia sekali lagi mendapat Menteri Kewangan yang baru akibat dari kekalahan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 14.


Lim Guan Eng, aka Nabita, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, yang telah pun menelan ratusan juta ringgit duit rakyat tapi hingga ke saat ini, Terowong Dasar Laut Pulau Pinang masih lagi menjadi misteri telah dilantik menjadi Menteri Kewangan!!!

Selain itu, Lim Guan Eng juga terkenal dengan pengiraan salah kos Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, kesilapan titik perpuluhan dalam Dewan Rakyat dan berbagai-bagai teori dan dasar ekonomi yang merapu hingga digelar Menteri Badut aka Menteri Kewayangan Malaysia.

Kini, akibat dari penularan wabak dari virus korona ke seluruh dunia, Lim Guan Eng sekali lagi keluarkan kenyataan bodoh yang langsung tidak berasas.


"Malaysia bebas risiko kemelesetan ekonomi", kata Lim Guan Eng.

Mana pernah ada negara yang kalis risiko kemelesetan ekonomi?

Seluruh dunia mengeluh tentang impak ekonomi dari wabak koronavirus tapi Menteri Kewayangan aka akauntan yang gagal nie kata Malaysia kalis risiko kemelesetan ekonomi.

Negara yang ekonominya paling besar dalam dunia, tak pernah ada sekatan seperti yang sedang berlaku di negara China.

Warga mereka takut atau dilarang untuk keluar rumah.

Mereka takut untuk berbelanja.

Mereka di halang dari keluar bandar dan negara.

Kilang-kilang sana diarahkan tutup untuk tempoh yang lama.


Negara-negara lain juga tak pernah ada sekatan penerbangan berskala besar seperti apa yang sedang berlaku sekarang (BACA DI SINI).

Sudah ramai pakar-pakar, menteri kewangan dan perdana menteri dari banyak negara lain yang memberi amaran bahawa impak ekonomi akibat wabak ini adalah sangat signifikan.

Tapi Menteri Badut aka Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng kata Malaysia kalis risiko ekonomi.

Dia fikir ekonomi Malaysia sejak PRU14 dan sebelum wujudnya darurat koronavirus ini sangat mantap ker?

Kalau betul seperti apa yang Lim Guan Eng dakwa, sila nyatakan perancangan dan dasar-dasar ekonomi yang telah dirangka untuk membuatkan Malaysia kalis risiko kemelesetan ekonomi.

Janganlah keluarkan kenyataan tanpa sebarang fakta.

Sedangkan sebelum menularnya wabak dari virus korona, ekonomi Malaysia dah jatuh teruk, inikan pula bila dunia dilanda kebimbangan akibat dilanda wabak tersebut.

Lu punya sembang, kandang babi pun boleh terbang!!!
fda