Fokus netizen dan rakyat Malaysia sekarang ini adalah kepada isu moratorium dan pengeluaran Akaun 1 KWSP serta yang terbaru adalah perkembangan politik di Perak.
Tanpa ramai sedari, usaha pihak-pihak tertentu untuk mengalibabakan satu lagi aset berpotensi milik Khazanah sudah menuju ke peringkat akhir perbincangan.
Laman blog ini pernah mendedahkan konspirasi untuk melepaskan pegangan Bumiputera ke atas syarikat berteknologi tinggi, SilTerra kepada pihak asing, khususnya dari Taiwan (BACA DI SINI).
Malah menteri kanan yang paling kanan dalam Perikatan Nasional, Azmin Ali, telah menggunakan kedudukan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Khazanah telah menipu DNex, syarikat milik Bumiputera, dengan membocorkan maklumat kajian dan perancangan mengambil alih SilTerra kepada 2 syarikat pembida asing, Foxconn, X-Fab dan Green Packet.
Konspirasi melepaskan SilTerra yang merupakan aset Khazanah juga telah didedahkan oleh MyTv Online dan MYKMU.net.
Maklumat dalaman mengatakan Green Packet adalah syarikat yang berpotensi untuk memenangi pembidaan mengambil alih SilTerra dengan pelaburan yang akan dilakukan mereka dalam BumiTech Fund.
BumiTech Fund adalah sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai rakan kongsi Bumiputera tetapi hakikatnya saham yang dikatakan dimiliki oleh Bumiputera itu sebenarnya dimiliki oleh syarikat asing (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Malah Berita Harian telah mendedahkan, peneraju BumiTech Fund, Puan Chong, enggan mendedahkan siapa sebenarnya rakan kongsi BumiTech Fund yang memegang ekuiti Bumiputera dalam BumiTech Fund (BACA DI SINI).
Namun halangan utama untuk mengalibabakan SilTerra ialah pada syarat lesen untuk beroperasi.
Kerana SilTerra merupakan aset Khazanah, maka pada setiap masa mestilah dipastikan sekurang-kurangnya 55% dari saham-saham syarikat ini hendaklah dibeli dan dipegang oleh rakyat Malaysia termasuk sekurang-kurangnya 30% dikhaskan kepada Bumiputra.
Untuk mengubah syarat berkenaan, SilTerra mestilah memohon kepada Khazanah dan Khazanah mesti memohon kepada MITI dan MIDA dan MITI serta MIDA mesti mendapatkan kelulusan dari Menteri Ekonomi dan Menteri Ekonomi mestilah mendapatkan kelulusan dari Perdana Menteri kerana MITI serta MIDA berada di bawah tanggungjawab Menteri Ekonomi dan Menteri Ekonomi berada di bawah tanggungjawab Perdana Menteri.
Kunci kelulusan segala proses yang nampak seakan-akan rumit itu, hanya dipegang oleh 2 manusia yang bernama Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin.
Admin huraikan apa yang admin maksudkan :
SilTerra akan memohon kepada Khazanah supaya syarat pegangan Bumiputera untuk ditukar.
Siapa yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Khazanah?
Azmin Ali(1) dan Muhyiddin Yassin(1).
Kemudian Ahli Lembaga Pengarah akan memohon kelulusan dari MITI dan MIDA dan kedua-dua agensi itu akan bawakan permohonan itu untuk diteliti dan diluluskan oleh Menteri Ekonomi, sekiranya beliau setuju.
Siapa Menteri Ekonomi?
Azmin Ali(2).
Azmin Ali(2) akan maklumkan kepada MITI dan MIDA supaya memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan itu dan ianya mesti mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.
Siapa Perdana Menteri?
Muhyiddin Yassin(2).
Azmin Ali(2) akan mengarahkan MITI dan MIDA supaya menyuruh Ahli Lembaga Pengarah Khazanah, Azmin Ali(1) dan Muhyiddin Yassin(1), supaya bersabar dan Azmin Ali(2) berjanji akan menyegerakan proses mendapatkan kelulusan dari Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2).
Setelah Azmin Ali(2) melakukan perbincangan yang serius dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2), Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2) akan beritahu Azmin Ali(2) :
"Okey, abah luluskan, beritahu dengan Azmin Ali(1) dan Muhyiddin(1), yang permohonan mereka sudah lulus, kalau tak ada apa-apa lagi, abah nak balik sebab dah cukup 4 jam anah kerja hari nie."
Maka Azmin Ali(2) akan serahkan surat kelulusan dari Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2) kepada MITI dan MIDA untuk diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah Khazanah, Azmin Ali(1) dan Muhyiddin Yassin(1).
"Sampaikan salam saya kepada Azmin Ali(1) dan Muhyiddin(1) dan ucapkan tahniah kerana permohonan mereka sudah diluluskan", pesan Azmin Ali(2) kepada MITI dan MIDA.
Maka akan tergadai satu lagi aset Khazanah milik Bumiputera kepada orang asing.
Yang akan kaya akan menjadi semakin kaya dan harta milik Bumiputera akan terus dijual kepada orang asing.
Jadi apa bezanya Kerajaan Perikatan Nasional dengan Kerajaan Pakatan Harapan?
Maka tak salah kalau dikatakan Kerajaan Perikatan Nasional adalah Kerajaan Pakatan Harapan 2.0!!!
Yang beza cuma nama tapi pemimpinnya adalah sama, jadi agendanya juga adalah sama!!!
0 comments:
Post a Comment