Sunday, November 8, 2020

Datangnya Mereka Dengan Menyembah, Kini Mereka Berani Menyanggah!!! (1)


Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali mereka mencabar kesabaran bangsa Melayu.

Raja Raja Melayu, hak keistimewaan, bangsa, bahasa, malah ugama telah mereka persendakan.

Bila ada yang bangkit menyatakan kemarahan, akan dilabel dan dituduh sebagai rasis.

Dengan alasan kebebasan hak bersuara dan hak asasi manusia, mereka berselindung untuk menghalalkan sikap biadap mereka.

Gelaran yang baik dan sedap didengar akan diberikan kepada manusia-manusia biadap supaya setiap tindakan yang dilakukan akan dipandang sebagai pejuang.

Bukan kali pertama University Malaya Association of New Youth (UMANY) melakukan tindakan provokasi dan biadap.


Sebelum ini, kalau kita masih ingat, bekas Presiden UMANY, Wong Yan Kee, pernah melakukan satu tindakan biadap yang terlampau bila menjeritkan perkataan 'INI TANAH MALAYSIA' selepas menerima skrol ijazah beliau dari Naib Canselor, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim ketika majlis konvokesyen Universiti Malaya.

Adalah difahamkan, tindakan Wong Yan Kee itu adalah sebagai menunjukkan protes beliau terhadap Dr Abdul Rahim yang terlibat secara langsung dalam Kongres Maruah Melayu.

Tetapi tindakan Wong Yan Kee yang membawa plakad dan menjeritkan perkataan 'INI TANAH MALAYSIA' ketika majlis konvokesyen tersebut dan di hadapan Canselor Universiti Malaya, DYMM Sultan Perak dan Naib Canselor, Dr Abdul Rahim, adalah tindakan provokasi biadap yang tidak boleh diterima, apa lagi dilupakan begitu sahaja!!!

Apa tindakan Universiti Malaya terhadap Wong Yan Kee?

Walau pun Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Ros, memberitahu bahawa Universiti Malaya boleh menarik balik ijazah Wong Yan Kee kerana tindakan biadap dan tidak beretika itu, tetapi Universiti Malaya telah membuat keputusan yang sdebaliknya.

Atas desakan beberapa pemimpin politik  terutamanya dari DAP yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ketika itu.

Malah Lim Kit Siang telah MENGARAHKAN supaya pihak Universiti Malaya menarik balik lapuran polis yang telah dibuat terhadap Wong Yan Kee.

Dalam artikata lain, sikap biadap Wong Yan Kee yang menjadi Presiden UMANY ketika itu telah DIHALALKAN atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia!!!

Kini sekali lagi, di bawah kepimpinan baru UMANY dan dengan menggunakan alasan yang sama, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, UMANY telah melakukan tindakan yang jauh lebih biadap.


Kali ini, di bawah Presiden UMANY, Yap Wen Qing, telah dengan berani dan biadap mencabar dan memperlekehkan kuasa SPB YDP Agong.

SPB YDP AGONG  JANGAN MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN NEGARA!!!

Itulah AMARAN yang diberikan UMANY kepada SPB YDP Agong!!!

Sekali lagi admin tanya, apa tindakan Universiti Malaya?


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya memaklumkan pihak universiti memandang serius dengan hantaran yang dibuat oleh UMANY dan akan melakukan siasatan ke atas isu tersebut.

Sangat-sangat memalukan, pihak Universiti Malaya seakan tunduk mengalah bila UMANY, sebuah persatuan pelajar yang bernaung di bawah Universiti Malaya mengancam akan bertindak balas sekiranya Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib ke atas UMANY!!!


Tetapi di atas lapuran polis dan desakan dari orang ramai, pihak PDRM akan memanggil Presiden UMANY untuk diambil keterangan.

Diharapkan kali ini pihak PDRM akan bertindak tegas mengikut lunas perlembagaan.

Kita tidak mahu PDRM setakat mengambil keterangan tetapi akhirnya membebaskan penderhaka ini begitu sahaja selepas ada tekanan dari pihak ahli politik terutamanya dari pihak pembangkang, sebagaimana yang berlaku terhadap kes Wong Yan Kee.


Kepada yang berada di dalam UMANY, sedarlah diri, di tanah mana kamu berada sekarang, milik siapakah tanah ini.

Kepada pentadbiran Universiti Malaya, cubaklah renungkan, mengapa penderhaka-penderhaka ini hanya lahir dari Universiti Malaya?

Bersambung...


0 comments:

fda

Archives