Wednesday, July 3, 2019

Kenapa Wai Bi DAP Semakin Langsi...😑😑😑


Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, mana-mana Ahli Parlimen mempersoalkan hak dan keistimewaan Raja Raja Melayu dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI)...

Tapi, Pang Hok Liong, Ahli Parlimen dari Labis, Johor dengan angkuh mempersoalkan penggunaan nombor pendaftaran Sultanah Johor Darul Ta'azim,  Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah dan anakanda baginda yang bakal menjadi Sultan Negeri Johor Darul Ta'azim, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail di dalam Dewan Rakyat...

Apa yang cuba Pang Hok Liong buktikan dengan pertanyaan yang kurang ajar tu?


Adakah Pang Hok Liong cuba menunjukkan bahawa sekarang ini DAP sudah mempunyai kuasa dan boleh mengganggu gugat hak siapa saja termasuk hak dan keistimewaan Raja Raja Melayu?

Atau adakah Pang Hok Liong cuba memberitahu rakyat Malaysia dan dunia bahawa kuasa yang ada pada DAP sekarang sudah terlalu kuat hingga semua pihak termasuk Raja Raja Melayu juga berada di bawah cengkaman kuasa DAP!!!

Cuma dengan sedikit mandat yang baru di perolehi dari rakyat, DAP sudah menjadi kadok yang naik junjung!!!


Tahukah Pang Hok Liong, tanpa ihsan dan belas kasihan daripada Raja Raja Melayu, bapak dan nenek moyang beliau sudah pasti akan di hantar balik ke negara China oleh British...

Dan kalau itu berlaku, manusia yang lupa diri macam Pang Hok Liong, tidak mungkin akan dapat menjadi ahli politik di negara China...

Mungkin kerjaya Pang Hok Liong sekarang ini adalah penternak babi!!!

Punca DAP Semakin Berani Dan Semakin Langsi!!!



Tanpa dokongan ahli politik yang berpengaruh, puak-pudk cauvinis DAP tidaklah begitu berani mempersoal atau menyentuh sensiviti ugama, kedudukan Raja Raja Melayu dan keistimewaan  bangsa Melayu secara terbuka...

Sebelum PRU14, walau pun Pulau Pinang di bawah penguasaan DAP sepenuhnya, namun tidak terlalu kedengaran suara-suara puak cauvinis DAP menyentuh sensiviti bangsa Melayu...

Keharmornian masyarakat majmuk Malaysia menjadi tegang bila Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional...

Kenapa?



Kerana demi mendapatkan sokongan dan bantuan kewangan dari DAP, pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Harapan sanggup menggadaikan maruah ugama, raja dan bangsa mereka...

Sewaktu berkempen sebelum PRU 14, Dr. Mahathir yang ketika masih lagi belum di lantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah contoh bagaimana pemimpin Melayu sendiri telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada puak-puak cauvinis DAP memperlekeh dan mempersendakan ugama Islam, Raja-Raja Melayu dan juga bangsa Melayu...



Demi mendapatkan sokongan, bantuan dan juga keyakinan dari DAP, Dr. Mahathir ketika itu dengan lantang dan tanpa segan silu telah menghina suku bangsa Bugis, yang menjadi sebahagian besar suku bangsa Raja-Raja Melayu...

Malah bukan menjadi rahsia, Dr. Mahathir mempunyai sejarah hubungan yang buruk dengan kebanyakan Raja-Raja Melayu terutamanya dengan kerabat Johor Darul Ta'azim...

Tohmahan dan fitnah Dr. Mahathir terhadap kerabat Johor tidak akan di lupakan sampai bila-bila, terutamanya oleh rakyat dan kerabat Johor (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Sikap biadap Dr. Mahathir di warisi oleh anak bongsu kesayangan beliau, yang kini menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz (BACA DI SINI)...


Tidak cukup dengan itu, mantan Penasihat Media kerajaan Pakatan Harapan, A. Kadir Jasin, telah mengeluarkan kenyataan menghina institusi SPB YDP Agong dengan membuat tuduhan SPB YDP Agong membazirkan duit rakyat berjuta-juta ringgit, untuk menampung perbelanjaan SPB YDP Agong (BACA DI SINI)...

Manusia-manusia seperti Dr. Mahathir, Mukhriz, Kadir Jasin dan beberapa pemimpin Melayu Pakatan Harapan lah yang membuka pintu untuk menghina ugama Islam, Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu seluas-luasnya kepada puak cauvinis DAP!!!

Kesimpulannya, kalau pemimpin Melayu sendiri sudah biadab dengan Raja-Raja Melayu, apakah ada alasan bagi puak cauvinis DAP untuk menghormati institusi Raja-Raja Melayu?

0 comments:

fda

Archives