Monday, July 29, 2019

PH Perompak Yang Tuduh Pihak Lain Merompak


Antara propaganda utama PH ialah tuduhan BN telah merompak berbilion-bilion dari institusi-institusi Melayu dan merosakkannya walaupun semua institusi ini beroperasi dengan baik sebelum PRU14...

Tetapi apakah kebenarannya?

MARA


Selama ini PH dakwa BN curi duit MARA...

Tapi tak ada seorang pemimpin BN pun didakwa dalam mahkamah sejak PRU14 kerana mencuri duit MARA...

Sebaliknya, PH yang potong peruntukan MARA sebanyak RM100 juta dari RM3.8 bilion tahun 2019 kepada RM3.7 bilion berbanding tahun lepas...

YAPEIM


PH dakwa BN curi duit anak yatim YAPEIM, tapi PM ke-7 sendiri kata tak ada bukti (BACA DI SINI)...


Tabung Haji


PH dakwa BN curi berbilion-bilion simpanan umat Islam...

Tapi sehingga kini tak ada seorang pemimpin BN pun yang didakwa merompak walau satu sen duit Tabung Haji...

Bekas Pengerusi TH didakwa bersama abang dia atas kes lain yang melibatkan projek lebuhraya, yang bukan dalam kuasa ahli parlimen dan tiada kaitan dengan Tabung Haji, apa lagi dengan tuduhan rompakan duit Tabung Haji yang didakwa oleh Pakatan...

Paling serius pun ialah dakwaan bahawa UMNO buat kerja zalim seperti terlebih bayar hibah RM4.2 bilion kepada pencarum Tabung Haji...

Itupun tuduhan TH berdasarkan firma audit luar yang  diupah oleh Pakatan, di mana dapatan audit luar tersebut bercanggah dengan dapatan audit dari Jabatan Audit Negara...

Hakikatnya, Pakatan yang mendakwa berusaha menyelamatkan kewangan Tabung Haji, telah menyebabkan nilai aset Tabung Haji jatuh sebanyak RM10.8 bilion selepas PRU14 akibat kejatuhan teruk pasaran saham dalam tangan Pakatan Harapan!!!

Bila didesak supaya PAC atau ditubuhkan RCI untuk siasat kewangan Tabung Haji, Mujahid kata tak perlu (BACA DI SINI)...

Siapa yang sebenarnya memusnahkan Tabung Haji?

FELDA


Pakatan Harapan dakwa Barisan Nasional rompak berbilion-bilion duit peneroka FELDA...

Tapi sehingga kini, hanya Isa Samad seorang yang didakwa menerima sogokan sebanyak RM3 juta kerana FELDA membeli satu hotel di Kuching...

Kenapa tiada pendakwaan ke atas berbilion-bilion duit FELDA yang Pakatan Harapan dakwa telah dirompak oleh Barisan Nasional!!!

Lebih memeranjatkan, ialah dalam kes Isa Samad, setiausaha politik PM ke-7 dinamakan dalam 9 dari 10 kertas pendakwaan mahkamah sebagai pihak pengantara dan wakil untuk pemberi dana...

Tapi setiausaha politik PM ke-7 seorang ini tidak dikenakan apa-apa dakwaan pulak (BACA DI SINI)...

Kenapa dia terlepas, ya?

PH tuduh institusi-institusi Melayu rosak di era Barisan Nasional tapi yang rakyat saksikan ialah bajet MARA dipotong, hibah Tabung Haji adalah paling rendah dalam sejarah, kuota Haji pun turun akibat Arab Saudi tidak lagi luluskan kuota tambahan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan peneroka FELDA sedang menderita selepas PRU14...

Siapa sebenarnya yang merosakkan institusi-institusi Melayu?

Kalau Pakatan Harapan benar-benar telus dan adil, buatlah RCI ke atas semua institusi-institusi Melayu di atas seperti yang dijanji dalam 10 janji 100 hari manifesto bukan kitab mereka...

Paling tidak, buatlah siasatan PAC ke atas semua ini...

Nak tuduh dan fitnah Barisan Nasional curi berbilion-bilion dan merosakkan institusi-institusi Melayu tapi Pakatan Harapan tak berani buat siasatan terbuka pula...

Debat pun tak mahu...

Lari macam Kit Siang...

Tapi jika Pakatan Harapan buat, rakyat yakin Pakatan Harapan akan terkantoi lagi kerana memfitnah...

Seperti tuduhan Barisan Nasional rompak wang GST RM19.4 bilion...

Yang dibuktikan oleh laporan PAC sebagai satu lagi fitnah jahat mereka...

Jadi pada rakyat Malaysia yang sel-sel otaknya masih bersambung, terutamanya pada macai-macai Pakatan Harapan yang masih angguk-angguk, geleng-geleng, cuba senaraikan, dalam banyak-banyak dakwaan rompakan yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan pada Barisan Nasional, yang mana satu dah di dakwa dalam mahkamah?

Dah lebih setahun Pakatan Harapan dapat kuasa, takkan belum cukup bukti lagi kut?

Kalau tak ada bukti, apa asasnya buat dakwaan dan tohmahan tu?

0 comments:

fda

Archives