Thursday, April 12, 2018

Fitnah 30 Tahun Kuncu Mahathir Terhadap Al Marhum Sultan Iskandar


GEORGETOWN: "Saya minta maaf kepada keluarga Diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam".


Demikian luahan adik Prebet Adam, Hawa Jaafar, 53, yang menafikan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai 'caddy' golf kepada Almarhum.

Beliau berkata, mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun, kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

"Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.

"Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, dua lagi adik Adam iaitu Arina Jaafar dan Arman Jaafar. Adam adalah anak sulung daripada sembilan beradik.

Mengulas lanjut, Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik berkata, mereka sekeluarga tidak pernah mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor.

Malah katanya, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit.

"Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa. Kami tidak pernah terima sesen pun duit daripada mana-mana pihak untuk nafikan hal ini," katanya yang tinggal di Pangsapuri Taman Desaria Sri Merpati, di sini, hari ini.

Kejadian amuk Prebet Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pernah menggemparkan negara pada 1987 dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Baca Di Sini :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/411080/keluarga-prebet-adam-mohon-maaf

Tulisan Asal :

Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@bh.com.my

1 comment:

  1. BODOHlah mereka yang memainkan issu ini.
    Biarlah budak kedi yang mati dan orang yg mendebuknya
    dengan kayu golf rest in peace.
    Tak perlu menjadikan issu ini issu politik murahan.
    Ia memang takda kaitan dengan Prevet Adam.
    Tak tahu, siapa yang mengaitkan kes budak kedi mati
    didebuk dgn kayu golf dengan kes Privagte Adam mengamuk.
    Saya tak jumpa pun dalam hanset PARLIMEN yang dibentang
    Shahidan Kassim pada tahun 1993.
    Yang ada cuma Pfrivate Adam mengamu - satu kes
    BUDAK Kedi mati dideb uk degn kayu golf - satu kes
    Dua kes ini takda kaitan langsung tapi kedua-dua kes
    MEMANFG WUJUD

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.