Saturday, January 20, 2018

Madey benci, Cina tak undi ... Sebab Najib tolong Melayu


Semasa PM, Dr Mahathir tolong orang Melayu dengan cara ayam bertelor sebijik riuh sekampong. Sebenarnya dia dan PPBM hanya nak kuasa dan bukan nak bantu Melayu.
https://theunspinners.blogspot.my/2018/01/bukan-selamatkan-malaysia-tapi-selamat.html


Lain sekali dengan cara Dato Najib. Dia lakukan cara efektif, terus dan strategik supaya berkesan tapi dalam senyap-senyap.



Dia lakukan dengan betul ikut fundamental tanpa tipu muslihat dan maksud disebalik. Ini membuat Madey cemburu dan dengki.

Itu yang Madey cuba ambil peluang untuk melakarkan seolah-olah dia tak bantu orang Melayu dengan subsidi, handout dan lain-lain pemberian free yg membazir dan hanya kebocoran sumber.


Jika diimbas kembali, Madey hanya konon bantu Melayu tapi sebenarnya bantu kroni dan proksi cina, india dan orang asing dari betul2 bantu Melayu.

Melayu yang dia naikkan dipaksa ambil tugas khidmat untuk negara dan dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab.



Kroni dan proksi mcm Vincent Tan, Ananda Krishnan, Armugam, Francis Yeoh, Country Heights, dll buat duit sesuka hati untuk Madey tanpa had dan halang.

Cina tahu Najib lebih ikhlas bantu Melayu maka mereka membenci dan tak mengundinya.


Cina marah Najib buat kedai 1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu peruncitan yang dimonopoli oleh cina.


Cina paling marah bila najib buat GST sbb tak boleh tipu2 lagi.

Memang semua pringkat rasa penangan gst tapi yang paling terkesan adalah tauke2 besar, pemborong dan pengedar yg ramainya bangsa cina.

Walau boleh claim GST dengan kerajaan tp semua kena declare. Tak boleh tipu pendapatan lagi. Kalau tak ramai Cina2 yg kaya mengaku miskin dan mohon semua bantuan disediakan kerajaan.


Najib juga perbaiki gred penjawat awam. Gaji minimum penjawat awam sekarang seribu ke atas.
Elaun sara hidup pun dapat. Siapa yg ramai jadi penjawat awam?

Dah tentu la Melayu. Sebab tu DAP kata kalau menang nak kurangkan bilangan penjawat2 awam.





Lepas tu Najib naikkan gaji guru. 

Siapa guru? Majoriti melayu. 

Walau guru dikatakan ramai pro pembangkang tp kebajikan guru tetap terbela. Senang nak buat pinjaman, beli rumah dan kereta. Kalau dulu guru pakai motor buruk sekarang kereta rumah mahal bergaya. Pakaian ke sekolah macam dato2, mak2 datin atau artis.



Kalau askar tak payah cakap lah. Dulu prebet berapa ratus jer gaji. Sekarang prebet je dah ribu riban. Siapa yang sudi jadi mat perang pertahankan negara? Ramai Melayu juga.

Biar pencen dapat imbuhan bukan sikit2 duit. Walau dh pencen tiap2 bulan duit masuk.



Orang2 masjid pulak termasuk penggali kubur dapat buat haji free bila ada peluang. Pergi kursus imam pun di hotel2 hebat.Siapa orang2 masjid ni?

Melayulah kan??



Rumah mesra rakyat Melayu juga banyak dapat.

Cina2 yg kaya terpaksa putih mata. Sebab melayu yang ada tanah walau x kaya raya terutama di kampung2 dan felda2. Dapat bantuan baiki rumah. Dapat bantuan rumah PPRT.


Sekolah pondokq yang dipandang sepi kini terbela dgn bantuan dari kerajaan melaui yayasan sekolah pondok. Anak2 siapa belajar sekolah pondok sekolah tahfiiz ni?

Anak2 melayu juga.



BRIM (orang cakap gula2 pilihanraya) penerima pun banyak orang melayu.

Orang cina banyak yang kaya beb. Dulu boleh tipu pendapatan mengaku miskin tp sejak ada GST dah tak boleh tipu pendapatan.


Pencen pesara naik. Siapa pesara ni?? Banyak melayu lah kan?

Dulu2 orang tak mahu kerja gomen sebab gaji kecik. Nak kerja swasta gaji besar. Tapi disebabkan swasta banyak cina Melayu susah nak naik. Cina yg pegang ekonomi, dorang bantu orang2 dia jer.. Kalau melayu ni gaji ciput jer.

Kalau orang2 dia..cakap Inggeris berterabur ke. akap melayu ke laut ke.. tapi gaji tetap besar.


Lagi kurang ajar bila letak iklan kerja diutamakan bahasa Cina atau diwajibkan fasih cakap Cina.

Ingat cina suka ke pembaharuan yang Najib buat secara terang2 menyebelahi melayu?
Itu pun macam2 orang2 Melayu tuduh Najib. Sedangkan Najib tu dah buat macam2 untuk bantu Melayu.


Tun dulu pun adda kunun2 tolong Melayu.. tolong Islam tapi senyap2 tauke2 Cina kroni Tun tu kalau tau Tun bagi Arwah Nik Aziz beratus ribu atau juta untuk Kelantan dah lama Cina2 tu bergolek atas jalan cakap Tun rasuah Tun tak jujur.


Tapi masa tu tak ada facebook, tak ada tweeter dan sebagainya. Orang tak banyak tau maka senang lah kerja2 membantu melayu. Cina pun tak banyak bunyi.  


Tapi Najib ni terpaksalah tempuh zaman teknologi dunia  tanpa sempadan. Informasi dan maklumat di hujung jari.


Tapi yg peliknya ramai melayu masih nak tunjuk lagak ikut telunjuk bangsa lain. Dah senang kot atau dah kaya raya dan dh malu nak mengaku bangsa Melayu.

Maklumlah dh urban konon. Sebab tu bila didedahkan perangai dan agenda DAP yg nak hapus hak2 Melayu. Melayu2 ini jugalah yg maki hamun bela DAP dan kata kita rasis.


Yg kelakarnya bila DAP perlekeh Islam dan Melayu dorang tak berani berkutik pulak. Jadi fikir2lah sendiri siapa kita? Melayu yg mudah lupa atau... Lupa diri tu Melayu?


Ingatlah bangsa Melayu. Dah byk kerajaan Melayu Lama dah LENYAP.  Tunggu giliran kita pulak kalau asyik dok FITNAH dan buka pekung didada.





MELAYU JGN MUDAH LUPA.
FIKIR FIKIR KAN LAH...
BERSATULAH
KITA HANYA TINGGAL KUASA JE
KALAU KUASA MELAYU DAH TAK DA
MELAYU HANYA TINGGAL NAMA..

1 comments:

  • Anonymous says:
    January 20, 2018 at 12:06:00 PM GMT+8

    spin tuan..jgn tak spin..kalau MO1 suci buat benda tak salah, org tak akan marah. ini duit KWAP pun boleh masuk akaun dia, tp hamba abdi dia masih terus menyokong. islam tak ajar mcm tu pun. Salah ttp salah, tak kira melayu ke, india ke, cina ke. hilang umno kerana salah sendiri bukan salah tun m ke, salah DAP ke, salah PKR ke. zaman tun m dulu pun byk jgk org dok bising. tapi bila pilihanraya masih dapat mandat. tp dengan apa MO1 buat, kemungkinan umno kalah mmg ada. kalah sbb MO1 je. Kuman yang umngok sanggup pertahankan..kesian..

fda

Archives