Pendedahan terbaru SelangorLeaks.com peguam2 PKR Latheefa Koya dari firma Daim Garmany mewakili petani2 PKPS bersekongkol dgn peguam PKR mewakili kerajaan negeri Selangor hingga berlaku:
Azmin withdrew from a court decision in favour of the state government to give back the land to the farmers and resolve the issue by insisting the land be sold to Eco World. If there is truth that Azmin got his share of the land sales, then he managed to do so at the expense of the poor farmers. The settlement by the state was meant to ensure the farmers get their land and home but it is Azmin that benefit immensely.
Butiran di
Ulasan dalam bahasa Melayu:
Sumber-sumber di kalangan pemilik-pemilik asal berkata, mereka telah dihubungi oleh Latheefa Koya dari firma guaman Daim & Garmany sebelum ini. Mereka juga telah diberikan jaminan olehnya tentang pengagihan wang dan rumah yang sepatutnya. Dia telah meminta mereka bersabar. Bagaimanapun, sehingga kini Januari 2018, tiada sebarang perkembangan berhubung wang dan rumah yang dijanjikan.Rakan kongsi Daim & Garmany adalah ahli-ahli politik dan aktivis yang dikaitkan dengan PKR seperti Latheefa Koya sendiri, Sivarasa dan Eric Paulsen. Rakan kongsi lain yang mewakili Kerajaan Negeri termasuklah N. Surendran yang merupakan Naib Presiden PKR dan rakan aktivis.Sumber-sumber mahkamah pula mendakwa wang tersebut tersangkut kerana individu yang berhak dan menguasai pegangan saham LBCN dan Mujur Zaman, Dato Chin Chan Leong sedang berhadapan dengan masalah perundangan dengan pembiayanya berhubung isu wang.
Turut didedahkan sepanjang tempoh perbicaraan, entiti yang rapat dengan Azmin Ali telah dibayar dengan sejumlah wang yang banyak iaitu RM1.18 bilion oleh Eco World selepas akaun Chin Chan Leung dibekukan. Ini menjejaskan petani-petani miskin tersebut yang sekarang ini terpaksa bergantung hidup kepada pekerjaan rencam dan menyewa rumah selama lebih 20 tahun!
Azmin tidak peduli dengan arahan mahkamah agar Kerajaan Negeri menyerahkan kembali tanah-tanah tersebut kepada petani-petani itu sebaliknya menyelesaikan masalah berkenaan dengan menjual tanah itu kepada Eco World.
Seandainya benar yang Azmin Ali memperolehi bahagiannya dalam penjualan tanah tersebut, bermakna dia telah merompak petani-petani miskin itu. Sepatutnya penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri memastikan para petani berkenaan memperolehi tanah dan rumah, namun sebaliknya yang untung besar adalah Azmin Ali.Pembayaran tersebut sebenarnya untuk siapa? Tidakkah ianya merupakan satu lagi rasuah yang boleh didefinisikan di bawah undang-undang SPRM?
RM1.18 billion duit tanah petani miskin di Selangor dihilangkan, Azmin tetap mendiam diri
0 comments:
Post a Comment