Saturday, December 22, 2018

Justice 4 Adib, Dr. Mahathir What Say You...🤔🤔🤔

|0 comments

17hb Disember 2018, tepat jam 9.41 malam, Institut Jantung Negara, mengesahkan Allahyarham Mohd. Adib bin Mohd. Kassim telah pergi meninggalkan kuta buat selama2nya...

Bukan saja keluarga Allahyarham Mohd. Adib bersedih, malah rakyat Malaysia juga turut bersedih sama dengan pemergian wira negara yang sangat dekat di hati kita...

Mengapa...

Allahyarham Mohd. Adib, adalah salah seorang dari sepasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang di arahkan untuk memberikan bantuan ketika rusuhan sedang memuncak di kuil Seri Maha Mariamman pada 27hb November 2018...

Tapi kedatangan mereka yang bertujuan untuk memberikan bantuan telah di sambut dengan ganas oleh sekumpulan perusuh India yang bagaikan telah hilang kewarasan...

Malah Allahyarham Mohd. Adib telah di tarik keluar dari kenderaan ambulan pasukan Bomba dan Penyelamat dan di pukul oleh sekumpulan empat orang perusuh India sehingga mendapat kecedaraan parah...

Setelah menanggung penderitaan, kesakitan dan bertarung nyawa selama 21 hari, akhirnya, Allahyarham Mohd. Adib tewas dan telah di jemput menemui Allah swt...

Justice 4 Adib


Cerita mengenai Allahyarham Mohd. Adib tidak berakhir setakat di situ, malah pemergiannya telah menimbulkan gelombang menuntut keadilan terhadap beliau...

Kenapa Gelombang Menuntut Keadilan Untuk Allahyarham Mohd. Adib Berlaku


》Senator Waythamoorty, Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri adalah watak utama yang di katakan sebagai pencetus pada keganasan rusuhan tersebut...

Waythamoorthy mengetuai sidang media yang di buat oleh sekumpulan menteri2 India pada pagi 28hb November 2018 telah menyebabkan keadaan rusuhan di kuil tersebut menjadi semakin ganas...

Tanpa asas yang kukuh, Waythamoorthy menyalahkan pihak berkuasa terutamanya PDRM, yang di dakwa lambat bertindak...

Ini mengakibatkan kumpulan perusuh hilang rasa hormat kepada pihak berkuasa yang di arahkan bertugas untuk mengawal keadaan di situ...


》Exco kerajaan negeri Selangor, V. Ganabatirau, telah mengeluarkan kenyataan provokasi dan berbentu perkauman di dalam akaun Facebook beliau dengan menuduh sekumpulan orang Islam telah menyerang kuil Seri Maha Mariamman...


》Dakwaan S. Ramaji, Ketua Pasukan Khas Selamatkan Kuil Seri Maha Mariamman yang mengatakan bahawa kecederaan parah yang di alami oleh Allahyarham Mohd. Adib bukanlah kerana di pukul perusuh tetapi di langgar oleh kenderaan Bomba dan Penyelamat!!!


》Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang mendakwa Waythamoorthy menjadi kambing hitam dalam isu kuil Seri Maha Mariamman di lihat sebagai cubaan untuk menutup kebenaran yang berlaku...


》Desakan dari beberapa ahli politik India kepada kerajaan Malaysia supaya mengendurkan ketegangan mengenai isu ini dengan menutup kes kematian Mohd. Adib kerana kononnya bimbang akan menjadi ketegangan antara kaum India dan Melayu...

Antar yang mereka lakukan ialah :


- Dengan kematian Allahyarham Mohd. Adib, pihak polis telah meminda pertuduhan awal kes ini dari Seksyen 307 (cubaan membunuh) Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 (membunuh) Kanun Keseksaan, tapi Peguam Negara, Tommy Thomas masih lagi enggan membenarkan pihak polis membuat tangkapan semula ke atas 4 orang suspek yang telah di bebaskan dengan ikat jamin sebelum ini...

Ketua Polis Negara di katakan sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini kerana kelewatan kebenaran dari Peguam Negara akan membolehkan ke empat2 suspek melarikan diri ke luarnegara...

- Punca kematian Allahyarham Mohd. Adib di katakan akan di ubah kepada 'kecederaan di dada' tanpa penjelasan spesifik kepada punca kepada kecederaan tersebut...

Ini akan membuka ruang kepada dakwaan punca kecederaan Allahyarham Mohd. Adib adalah kerana di langgar kenderaan Bomba dan Penyelamat dan bukannya di pukul, ini di kuatkan lagi dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri bahawa punca sebenar kecederaan masih di siasat!!!

Ini adalah usaha untuk menafikan bahawa Allahyarham Mohd. Adib di pukul, walau pun pihak polis sendiri telah mengesahkan bahawa melalui siasatan dan rakaman percakapan saksi di tempat kejadian telah mengesahkan bahawa Allahyarham Mohd. Adib memang telah di pukul!!!

Apakah Yang Akan Dr. Mahathir Lakukan


Walau pun menerima tekanan dari pelbagai pihak, bukan saja dari rakyat Malaysia malah penasihat media dan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Kadir Jassin serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, apakah Dr. Mahathir akan tetap tunduk dengan desakan dari beberapa kerat ahli parlimen India itu...

Apakah Dr. Mahathir akan tergamak menyembunyikan kebenaran dan mengenepikan keadilan?

Apakah bagi Dr. Mahathir, suara beberapa orang ahli politik India itu lebih lantang dari suara jutaan rakyat Malaysia!!!

Apakah bagi Dr. Mahathir, sokongan dari beberapa kerat ahli politik India itu lebih penting dari keadilan serta RULE OF LAW yang beliau sering laungkan!!!

Friday, December 21, 2018

Surat Terbuka TS Shahrir Samad Kepada ADUN Dan MP UMNO

|0 comments
Siapa Kita, Kalau Kita Seorang Wakil


Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini...

Alasan yang di beri ialah kerana pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!!!

Persoalannya, adakah hala tuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang di pilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?

Pelik juga, bila kita memikirkan pilihan perjuangan mereka ini...

Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya2, adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti, mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat...

Itukah hak mereka sejujurnya?


Apakah yang mereka maksudkan dengan halatuju parti yang jelas, yang mereka jadikan alasan keputusan mereka yang melompat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janji2 mereka kepada pengundi, walau pun manifesto PH bukan kitab suci...

Jadi mengapa pula hala tuju PH lebih baik daripada UMNO?

Sebaliknya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO, semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang...

PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing2 dan berdolak dalik dalam banyak perkara...


Dalam soal 'rule of law' pun, jelas nampak penguatkuasaan undang2 memilih bulu...

Kalau tidak bersama mereka, boleh di tuduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan atau pun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu...

Tuduhan yang di uar2kan dalam media pun boleh berubah bila di hadapkan di mahkamah...


Isu ratifikasi ICERD pun boleh berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana...

Ahli2 menteri PH tetap berkokok ICERD akan di ratifikasikan tahun depan...


Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula di kelirukan oleh menteri agama PH...

Sehingga ada jemaah haji yang baru saja
tunaikan fardhu Haji yg termenung seketika, memikirkan samada ibadah Hajinya di biayai dengan duit tidak sah...

Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu...

Betul2 menteri agama PH tidak cukup bijaksana!!!

Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan...

Apa lagi kalau di tenguk lagi pengurusan kewangan negara!!!

Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!!!

Tenguk2, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang di cekau dan aset Khazanah yang di jual!!!

Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir...


Harga sawit dan getah, kedua2 sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon2 UMNO, pun di paras harga yang merbahaya...

Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal2 kommoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu...

Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang bolih di lakukan kerajaan PH...

Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luarbandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat...

Ekonomi bebas lah!

Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi2 wakil2 rakyat UMNO...

Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti di janjikan?

Sebenarnya, kalau hendak di laksanakan oleh kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun...

Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni?

Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu?

Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita?

Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?

DAP dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini...

Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadian melompat parti ini...

PAS pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu...

Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju...

Namun, kepada rakan2 saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka...

12hb Dis 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Thursday, December 20, 2018

Tahlil Sama2 Satu Malaysia Untuk Adib Malam Ini

|0 comments

26hb November 2018, tercetus rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya...


Akibat kenyataan awal dari 2 orang ahli politik, seorang bertaraf exco negeri Selangor dan seorang lagi bertaraf menteri di Jabatan Perdana Menteri, rusuhan yang pada awalnya cuma melibatkan sekumpulan kecil telah bertukar menjadi rusuhan yang ganas dan semakin sukar di kawal...

Sepasukan anggota bomba telah di arahkan ke tempat rusuhan untuk memberikan bantuan...

Antara anggota bomba yang di hantar ialah Allahyarham Mohd. Adib bin Mohd. Kassim...

Tujuan mereka pergi ke kuil Seri Maha Mariamman adalah untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan...

Niat Allahyarham dan rakan2nya ke sana hanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah di galaskan ke atas bahu mereka...

Tetapi kedatangan mereka, di sambut dengan kemarahan dan cacian para penganut Hindu di situ...


Apa kesalahan dan dosa yang telah mereka lakukan sehingga niat murni mereka langsung tidak di hargai...

Mereka bukannya perusuh yang memulakan rusuhan...

Tetapi mengapa mereka di sambut seperti musuh...

Allahyarham Mohd. Adib telah mengorbankan nyawa sewaktu ingin mencurahkan bakti...

Tak perlu lagi di pertikaikan atau di bahaskan sama ada pemergian beliau adalah kerana di langgar kenderaan Jabatan Bomba atau pun kerana di pukul perusuh...

Kerana itu akan hanya menambahkan luka di hati insan2 yang menyayanginya...


Berat hati kita untuk melepaskannya pergi, lebih berat hati keluarga mereka untuk menerima realiti...

Berikanlah kepercayaan sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk melengkapkan siasatan...

Admin menyeru kepada semua warga Islam di Malaysia supaya bersama2 kita membaca surah Yassin dan bertahlil untuk di sedekahkan kepada Allahyarham Mohd. Adib...

Muga roh wira Malaysia ini, akan tenang dan damai di sana...

Ya Allah, beliau telah menerima kesakitan yang amat sangat sewaktu ingin mencurahkan bakti...

Beliau telah pergi meninggalkan keluarga dan insan2 tersayang semata2 kerana ingin melaksanakan tugas yang murni...

Terimalah rohnya ke dalam dakapan Rahmat dan RahimMu ya Allah...

PTPTN : SYED SADDIQ DENGAR ANWAR DARI TUN, TAPI INGIN JADI MPT PPBM

|0 comments

Khabarnya Syed Saddiq merancang untuk bertanding tempat dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi PPBM, tetapi desas desus dalam PPBM mengatakan beliau bakal di cantas kerana isu PTPTN...

Memang salah satu janji 100 hari Manifesto PH ialah untuk menghapuskan hutang PTPTN...

Janji ini memang menarik pada pengundi muda yang berpelajaran tinggi dan sokongan segmen ini boleh merebakkan pengaruh PH...

Syed Saddiq pula adalah antara mereka yang paling lantang memainkan isu ini pada orang muda...

Sebaik saja 100 hari habis, Kerajaan PH ambil pendirian utk tidak tunai janji ini...

Jumlah yang mahu di hapuskan adalah RM54 billion dan baru PH sedar realiti ianya tak mungkin dapat di laksana...


Pada mulanya, Syed Saddiq akur dengan keputusan bersama yang di buat oleh jemaah kabinet...

Dia pun turut sama menukar pendirian mengatakan hutang mesti di bayar...

Namun, hati orang muda yang tiada pengalaman kerja dan mudah terusik tidak dapat tahan di ungkit2 telah mencapati janji kepada penyokong dan pengundi...

Tambah lagi, dalam bajet terbaru yang di bentang LGE, jadual pembayaran balik telah meletakkan gaji minima untuk di wajibkan mula bayar balik PTPTN ialah RM1,000 sebulan...


Bukan setakat itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful mengulang kembali polisi LGE dan menekan rancangan ini akan di kuatkuasakan...

Syed Saddiq lagi berhadapan dengan tekanan dari media sosial dan anak2 muda...


Ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim memberi reaksi untuk masuk campur dan berjumpa dengan Maszlee...


Syed Saddiq ambil peluang itu untuk bersuara...


Akibatnya, PTPTN terpaksa umumkan akan merangka skim baru bayar balik PTPTN...

Ketika itu, UMNO masuk mencelah dan bekas Pengerusi PTPTN cadangkan ikut balik skim yg telah di jalankan bawah kerajaan BN...

Suatu yang memalukan kepada kerajaan PH yang kelihatan flip flop dan U turn berkali2 serta kabinet di lihat hilang kredibiliti oleh orang ramai dan pengundi muda...

Keadaannya lebih menekan hingga sekumpulan bekas mahasiswa telah berarak ke Parlimen dan muncul di Perhimpunan Bantah ICERD atas isu PTPTN...


Syed Saddiq merasakan dia berjaya perjuangkan isu PTPTN dan ini menaikkan profilnya dalam parti untuk tanding dalam pemilihan pertama PPBM untuk tempat dlm MPT...

Selain itu, Syed Saddiq merasakan dia  perlu tinggalkan politik Armada dan naik ke politik taraf dewasa dengan segera sebelum kelemahan dan kegagalannya sebagai Ketua Armada dan Menteri KBS lebih terserlah...

Syed Saddiq naik atas payung pemimpin2 utama PPBM seperti TS Muhyiddin, Tun Daim dan Tun Mahathir...


Tetapi dia sudah lupa diri dan tidak faham pendirian Tun M berhubung PTPTN amat tegas yang berhutang perlu bertanggungjawab...

Tambah lagi, PTPTN adalah polisi yg di bentuk oleh Tun M...

Pantang orang tua itu polisinya di kacau...


Syed Saddiq telah berkali2 di tegur dengan terakhir sekali, dia di panggil Muhyiddin dan di beri khutbah panjang berkomennya tentang ialah Ketuanan Melayu dll...

PPBM mahu di bentuk untuk mengganti UMNO sebagai pembela Melayu tapi Syed Saddiq mahu bawa agenda liberal dan terbuka ala PKR...


Sudah jadi buah mulut dalam PPBM bahawa Syed Saddiq lebih sesuai untuk PKR dan di tambah dengan gandingannya dengan Anwar dalam isu PTPTN, ramai mula persoalan Syed Saddiq kerana mengengkar Tun M dan tidak peduli dengan signal yang di beri Pengerusi PPBM...

Ketika persaingan kuasa Anwar-Mahathir tengah mula membara dan mainan lompat AP UMNO ke PPBM sedang berlaku, Syed Saddiq mula di lihat orang dalaman PPBM sebagai orang PKR dan individualistik yang tidak boleh kerja berpasukan dan hanya pentingkan diri...

Tidak lama lagi, dia akan hadapi dilema untuk kekal Ketua Armada atau tanding MPT tapi kalah...

Habis tempoh AP, jangan heran dia di gugurkan sebab dah tak berguna...

Jajalah surat palsu tawaran Oxford yg tidak ada nilai sebab tak ada pengalaman kerja...

Wednesday, December 19, 2018

Tangan Ghaib Memandu SPV (Special PEROMPAK Vehicle) Buat Magik Dalam TH

|0 comments

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba2, kita di beritahu bahawa Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut2...



Walaupun telah di audit dan di luluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun...


Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion di jual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset2 ini...



SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset2 TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun...

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak di jamin oleh kerajaan...

Tidak boleh di jual kepada mana2 pihak, ini bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu...

Pakar kewangan kata :

"Sukuk dan RCPS-I itu not guaranteed, not-traded and not rated"...

Ajaibnya, TH tidak lagi mengalami defisit...

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion...

Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit...

Magik...


Lagi magik bila jumlah wang yang di katakan defisit dalam TH ialah RM 4.1 bilion...

Tapi nilai aset TH yang di jual sebanyak RM19.9 bilion!!!

Hebat!!!


Dalam dok Mujahid kata, TH terlebih bayar hibah (dividen) pada penyimpan TH dan mengakibatkan TH alsmi defisit sebanyak RM4.1 bilion dan TH akan jual aset untuk tampung defisit tu, tiba2 dalam masa 24 jam, CEO TH umumkan yang TH dah jual RM19.9 bilion pada SPV!!!

Aik, cepatnya, macam jual barang harga RM19.90 jer, ker memang ada ada skrip...


Yang paling menarik, dalam dok keriau akaun defisit TH, Mujahid boleh umumkan yang TH tetap akan berikan hibah...

Satu2nya syarikat dalam dunia nie yang buat macam tu!!!


Satu persatu ekuiti bangsa Melayu dalam ekonomi Malaysia di kuncupkan dengan alasan2 bodoh dan tak masuk akal...

Tapi orang Melayu tetap terpesona dengan alasan2 bodoh dan tak masuk akal tu...





Sumber :

FB Datuk Seri Najib
Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Tuesday, December 18, 2018

Waythamoorthy Dan Ganabatirau, Sekiranya Kamu Berdua Manusia Bermaruah, Letak Jawatan Dengan Segera

|0 comments

Pada 20 Januari 2009 di Subang, mayat A. Kugan seorang tahanan kes samun kereta mewah yg mempunyai rekod jenayah lampau telah mati dalam lokap...

Kaum India dan anggota kongsi gelap secara terang2an telah mencetus kontroversi dan kira2 1000 orang berarak kononnya mahu menuntut keadilan bagi pihak mendiang...


Ironinya, pada 27 November 2018 seorang anggota bomba telah di pukul sewaktu menjalankan tugas dan baru sahaja menghembus nafas terakhir sebentar tadi,  17 Disember 2018 di IJN akibat pergaduhan di Kuil Hindu di Subang...


Sehingga kini, pihak berkuasa seolah2 mengambil tindakan secara lewa, tertuduh di benar di ikat jamin, pak menteri membisu seribu bahasa dan para pejuang Melayu sekadar amuk di alam maya...


Sesungguhnya kematian Adib harus di tuntut,  nyawa di bayar dengan nyawa, kita bukan rasis tapi sekadar mahukan keadilan...

Harus di ingat, Adib cedera parah dan akhirnya meninggal dunia sewaktu bertugas untuk negara...

A. Kugan mati sewaktu dalam tahanan kerana kes samun...


Sengsara Adib tidak ramai yg berkongsi tetapi kematian A Kugan mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan pemimpin DAP yang kini mereka sudah bergelar menteri...


Memang benar, Allahyarham Adib meninggal dunia kerana kecederaan parah yang di alami di paru2 dan buah pinggang akibat di pukul perusuh...


Walau pun pihak kuil cuba memutarbelitkan fakta dan menipu bahawa kononnya Allahyarham Adib bukan di pukul tetapi di langgar oleh kereta bomba sendiri...

Tetapi punca sebenar bagaimana rusuhan menjadi ganas adalah kerana kenyataan berbaur perkauman 2 orang ahli politik...


Exco negeri Selangor, V. Ganabatirau mengeluarkan kenyataan ADA SEKUMPULAN ORANG ISLAM MENYERANG KUIL SRI MAHA MARIAMMAN...


Memburukkan keadaan bila sekumpulan menteri pula membuat kenyataan media dengan menyalahkan pihak PDRM...

Setelah pemergian Allahyarham Mohd. Adib, tidakkah kamu semua merasa bersalah kerana dengan kenyataan melulu kamu semua telah menyebabkan, seorang tunang, berkecai impiannya kerana kehilangan tunangnya, seorang ayah dan ibu, kehilangan anak kesayangannya!!!

Di manakah tanggungjawab moral kamu semua...

Apakah kamu fikir, kamu masih layak bercakap tentang perpaduan dan keadilan...

Apakah kamu rasa, kamu masih berhak memegang jawatan kamu sekarang...

Demi maruah dan harga diri kamu, anak isteri kamu serta ibu dan ayah kamu, sila letak jawatan dengan segera...

Kita bukan rasis tapi sudah tiba masanya kita bangkit...

Melayu terus menjadi mangsa di bumi sendiri...

Kerana Melayu terlalu berlembut maka bangsa lain pijak kita...

Melayu jangan kita cepat lupa...

Kalau bukan kita yang bangkit siapa lagi?

Kalau kita tidak bangkit hari ini bila lagi?

Ahli UMNO Jangan Marah Tapi Berterimakasih Pada MP Yang Lompat Parti

|0 comments

Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar, malah angka sebenar adalah 37 orang ahli dan bekas MP UMNO...

Namun apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanya kepada sebahagian Ahli Parlimen terbabit berhubung SD tersebut, mereka menjawab, mereka hanya akan menyokong untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu Anwar menjadi PM dan mereka tidak sesekali akan keluar parti...

Itu apa yang di lafazkan kepada Presiden Parti...

Tidak pasti siapa 37 orang ini, namun kita boleh agak ada sekitar 11 MP Umno yang tidak menandatangani SD tersebut antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dato Sri Nazri Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa nama lain...

Malangnya, sepertimana yang di jangkakan, peringkat demi peringkat, mereka menyusun MP yang telah menandatangani SD ini untuk keluar parti dan meletakkan kesalahan ke atas batang tubuh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid  dan mendesak beliau berundur...

Salah seorang pengkhianat utama yang mengusahakan gerakan menarik MP untuk di persembah kepada Dr. Mahathir alhamdulillah telah keluar parti semalam, Hamzah Zainuddin...

Cuma yang menyedihkan, sudahlah tidak mempunyai rasa aib meninggalkan parti, ada hati pula beliau ingin mengugut Presiden supaya berundur jika tidak mahu 10 lagi MP UMNO lompat parti...

Kepada pemimpin dayus ini kita berpesan, jangan sesekali kegagalan diri kamu sendiri hendak di pindahkan untuk di pikul oleh Ahmad Zahid...


Yang gagal menjaga isterinya sehingga kononnya di goda Anwar ialah Hamzah, bukan Zahid...

Yang menggunakan rakaman perbualan telefon isteri sendiri bersama seorang lelaki yang di katakan Anwar untuk mendapat habuan dari Daim ialah Hamzah, bukan Zahid...

Dan hari ini, bila Anwar dah hampir2 hendak ambil alih sebagai Perdana Menteri, yang gelabah tidak tentu pasal kumpul MP UMNO sokong Mahathir dan atur orang desak Presiden berundur juga adalah Hamzah, bukan Zahid...

Jangan fikir kawan2 lama tidak mengikuti perkembangan beliau...

Sehubungan itu, ahli UMNO perlu memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO yang telah melafaskan ikrar beliau untuk mengukuhkan kedudukan UMNO dan ketegasan beliau bahawa UMNO tidak akan berkerjasama dengan DAP...

Dalam masa yang sama, ahli2 UMNO perlu bersedia menghadapi kemungkinan paling buruk, iaitu kesemua 37 individu terbabit, akhirnya akan keluar daripada parti dan MP UMNO mungkin tinggal kurang dari 10 orang...

Bagi saya, pemergian pemimpin2 UMNO ini adalah hadiah istimewa bagi akar umbi UMNO...

Mereka yang pergi adalah mereka yang mempunyai masalah dan bimbang akan di dakwa oleh regim Mahathir DAP...

Sebaliknya, mereka yang tidak gentar dengan ugutan kerana tahu mereka berada di pihak yang benar, mereka akan tetap menentang regim Mahathir DAP walaupun berhadapan dengan risiko di dakwa...

Perkembangan ini akan bawa 5 faedah besar untuk UMNO :

1. Apabila sebuah parti yang mempunya jumlah ahli teramai, iaitu 3.5 juta orang, tetapi hanya tinggal 10 MP, kita akan kehilangan 'bargaining power'... 
Tawaran yang kita akan terima daripada pihak yang ingin membentuk kerajaan campuran dengan kita pasti tidak berbaloi untuk kita terima...
Ini bermakna, tiada lagi pemimpin UMNO akan cuba bentuk kerajaan dari pintu belakang dan mereka semua akan fokus mula melakukan kerja2 menguatkan UMNO supaya kita boleh merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan bersama PAS dan komponen BN lain...

2. UMNO akan jadi sebuah parti yang bersih dari pemimpin yang bermasalah, rakyat akan lebih yakin dengan UMNO...
Segala tuduhan sebagai pemimpin rasuah dan korup akan berpindah kepada PPBM...
Lagi banyak modal untuk kita serang PPBM selepas ini...


3. Kemasukan Pemimpin UMNO Sabah kedalam Bersatu adalah mesej jelas bahawa Dr. Mahathir akan mengkhianati janji2 yang beliau lafazkan kepada Dato Sri Shafie terutamanya berhubung MA63, hasil cukai yang perlu di pulangkan kepada Sabah dan persetujuan Bersatu tidak akan masuk Sabah...
Pengkhianatan ini pasti akan menyebabkan 8 MP Warisan mungkin akan menarik balik sokongan terhadap Mahathir dan beralih ke Anwar...
Bila rakyat Sabah di khianat, hampir pasti rakyat Sarawak akan mengambil iktibar dan akan menyebabkan 19 MP Sarawak lebih selesa berkerjasama dengan orang lain asal bukan Dr. Mahathir...

4. Jika sebelum ini banyak permintaan DAP terpaksa di tunaikan Dr. Mahathir kerana 42 MP DAP menguasai Perdana Menteri yang hanya mempunyai 13 kerusi itu, adakah anda fikir DAP gembira bila jumlah kerusi PPBM semakin banyak?
Malah DAP sudahpun mengugut untuk keluar Pakatan Harapan dan tidak mustahil, parlimen akan di gantung malah mungkin di bubarkan sepertimana di idamkan UMNO dan PAS...

5. Penyertaan tokoh2 UMNO kedalam PPBM juga sudah pasti di fahami oleh Anwar dan rakan2 PKR lain...
Ini sudah pasti langkah untuk memadamkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri...
Tindakan Mahathir ini mungkin akan mengubah sifat penakut Anwar kepada Lawan Tetap Lawan semula!!!
Senario ini juga akhirnya mungkin membawa kepada pembubaran parlimen...

Itu sebabnya, saya menyeru semua teman2 UMNO untuk melihat Pengkhianatan Pemimpin UMNO yang lompat parti ini sebagai rahmat dari Allah untuk membantu UMNO kembali ke tampuk pemerintahan bersama PAS...
Usah bersedih, yang penting, mulakanlah gerak kerja pilihanraya dari sekarang...



Sumber :

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Monday, December 17, 2018

Pegawai Kanan Kementerian Kewangan Dedahkan Apa Yang Telah Dan Sedang Di Rancang Oleh Lim Guan Eng Dan Tony Pua

|0 comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Antara Prinsip Kebenaran, Maruah Bangsa & Kerjaya


Di bulan yang penuh kemuliaan ini, saya mengharapkan Allah swt berikan kekuatan untuk saya...

Setelah memikirkan dengan mendalam, berdoa memohon kekuatan pertunjuk dariNya, maka saya rasakan amat wajar untuk saya perkatakan kebenaran ini walaupun agak berat dan membimbangkan masa depan saya...

Kemelut politik yang berlaku pasca PRU14 mendatangkan kesan yang besar dalam sejarah politik serta pentadbiran negara...

Alhamdulilah, saya berkhidmat sebagai pegawai PTD dengan gred M52 tidaklah sangat terkesan dari sudut ekonomi, namun dari aspek kerjaya ianya amat nyata kerana perubahan dasar & kepimpinan pasti banyak perubahannya...

Lebih2 lagi kerana saya berkhidmat di MOF, tempat yang sangat sibuk ketika ini dengan pelbagai perubahan yang sedang berlaku...

Apa yang ingin saya kongsikan ialah luahan rasa kecewa yang teramat sangat dengan politik keterlaluan dan kebencian oleh kepimpinan hari ini...

Saya bersekolah peringkat menengah dahulu di SJKC, jadi sedikit sebanyak dapat memahami bahasa percakapan rakan Cina...


Apabila pegawai khas menteri yang baru berkata pada menteri tentang data2 kewangan berkaitan kadar hutang negara, ianya amat menyedihkan saya...

Walaupun bercakap bahasa cina untuk elakkan dari pegawai2 lain tahu, tapi saya dapat tangkap juga kerana 5 tahun belajar di SJKC...

Tuan2...

Percayalah...

Statistik tentang jumlah kadar hutang negara memang sengaja di ubah, di manipulasikan untuk tujuan politik kerajaan kini dan memburukkan kepimpinan lalu...


Ayat yang paling menyentap hati saya apabila si Tony berkata pada bos "publik akan percaya walaupun kita tipu".... 

Cakap bahasa cina...

Bukan sekadar kerana prinsip kebenaran, ia juga menyentap maruah bangsa saya sebagai orang Melayu apabila nyata kepimpinan kini melakukan sesuatu yang bertujuan mengaibkan kepimpinan Melayu sebelum ini...

Samada pembaca akan percaya atau tidak itu terpulang pada penilaian masing2...


Yang nyata bagi saya kini, suasana di MOF amat menyedihkan apabila agenda untuk membongkar segala salah laku kerajaan dulu menjadi keutamaan...



Rakyat di bohongi dengan data2 statistik yang di manipulasikan...

Saya berharap saya dapat di tukarkan ke kementerian yang lain selepas pendedahan ini menjadi viral...

Itu lebih baik dari berdiam diri menyaksikan agenda jahat berlaku dalam pengetahuan kita...




Dari tulisan asal :

Peegawai Gred M52
Kementerian Kewangan Malaysia
fda